Pada hari Rabu, 23 Februari 2011 yang lalu, Pemimpin Krew, Saudara Mohd Hilmi Abu Bakar; Drill Instructor, Saudara Izhar Mat Isa dan Yeoman, Saudari Rosbiah Mohd Shah telah mengadakan perjumpaan pertama dengan ahli-ahli Troop 183 SMK Bandar Baru Sentul yang juga merupakan Troop Perintis Pengakap Laut WP Kuala Lumpur. Perjumpaan dibuat pada sebelah pagi dan petang untuk ahli-ahli Pengakap Muda Laut yang belajar sesi pagi dan sesi petang. Perjumpaan ini telah diadakan di makmal bangunan baru di SMK Bandar Baru Sentul.
Untuk perjumpaan sebelah pagi, kira-kira 40 orang ahli-ahli Pengakap Muda Laut yang belajar dalam sesi petang telah menghadirkan diri. Manakala perjumpaan sesi petang dihadiri oleh kesemua 5 orang ahli Pengakap Muda Laut yang belajar dalam sesi pagi. Untuk kelas tingkatan 1, hanya terdapat 1 kelas yang belajar dalam sesi pagi. Turut menghadiri perjumpaan ini adalah Guru Pemimpin Troop 183 iaitu Puan Siti Zuraidah Yusof dan Puan Nor Mazlina Mohamad.
Perjumpaan ini adalah bertujuan untuk berkenalan dengan ahli-ahli Pengakap Muda Laut Troop 183 serta memberi penerangan tentang Skim Latihan Pengakap Muda Laut dan aktiviti-aktiviti yang bakal dianjurkan. Sambutan ahli-ahli adalah amat menggalakkan. Semoga Troop Perintis ini akan dapat dilatih dengan baik sehingga mencapai tahap yang memuaskan.