Memaparkan catatan dengan label Aktiviti Krew (Crew Activities). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti Krew (Crew Activities). Papar semua catatan

Ahad, Jun 04, 2023

Outdoor Expo Malaysia 2023 Melabuhkan Tirai

Warga Krew bergambar bersama Pengarah Outdoor Expo Malaysia 2023, Encik Fathee Razali dan isterinya

Menerima kunjungan YBrs. Dr. Mohammad Mukhyuddin Sarwani, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negaran dan YBrs. Encik Mohd Zairi Zaharin, Pesuruhjaya Program Negara

Setelah memulakan operasi sejak hari Jumaat, hari ini gerai pameran Persekutuan Pengakap Malaysia di Outdoor Expo Malaysia 2023 telah sampai ke penghujungnya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada penganjur Outdoor Expo Malaysia 2023, khususnya kepada Encik Fathee Razali selaku pengarah ekspo yang sudi memberikan ruang kepada Persekutuan Pengakap Malaysia untuk mengadakan pameran. Gerai PPM yang turut dibarisi oleh pameran Pengakap Laut dan Pengakap Udara telah dikunjungi oleh ramai pelawat yang berminat dengan keberadaan Pengakap di ekspo ini. InsyaAllah, tahun depan kita jumpa lagi!

Sabtu, Jun 03, 2023

Bosun Zairin Adam di Rancangan Selamat Pagi Malaysia

 

Seperti yang telah diwar-warkan semalam, Bosun Zairin Adam bin Abdul Aziz telah bersiaran di slot Nadi Seri Pagi rancangan Selamat Pagi Malaysia sebentar tadi. Turut bersama ialah Saudari Amirah Mohammad Arshad, Pemimpin Muda, Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan Saudari Michelle Shi Jie Chew, Pengerusi Majlis Belia Kebangsaan, Persatuan Bulan Sabit Malaysia.

Ketiga-tiga panelis telah mempromosikan acara Sidang Kemuncak Mobilisasi Belia Asia-Pasifik 2023 (Asia Pacific Youth Mobilisation Summit 2023) yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 15 hingga 18 Jun 2023 yang akan datang ini. Setakat ini 16 negara di seluruh rantau Asia Pasifik telah mengesahkan penyertaan ke acara ini. 

Tahniah Bosun! Semoga persediaan menuju ke arah acara kemuncak ini akan berjalan lancar seperti yang dirancang. 

Jumaat, Jun 02, 2023

Bosun Zairin Adam Bersiaran di Selamat Pagi Malaysia

 

Bosun Krew, Saudara Zairin Adam bin Abdul Aziz akan bersiaran di rancangan Selamat Pagi Malaysia pada jam 8:40 pagi esok, Sabtu, 3 Jun 2023. Saudara Zairin Adam akan mempromosikan Sidang Kemuncak Mobilisasi Belia Asia-Pasifik 2023 bersama Saudari Amirah Mohammad Arshad dari Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan Saudari Michelle Shi Jie Chew dari Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Rancangan ini akan disiarkan di saluran RTM TV1. 

Persediaan Akhir Pameran Persekutuan Pengakap Malaysia di Outdoor Expo Malaysia 2023

 
Warga Krew bergambar di tapak pameran

Pada malam tadi, warga Krew telah menjayakan kerja-kerja persediaan akhir untuk pameran Persekutuan Pengakap Malaysia di Outdoor Expo Malaysia 2023 di Kompleks Sukan Kelana Jaya. Ekspo ini akan berlangsung mulai hari ini hingga Ahad nanti dan bakal melibatkan ramai pihak dalam komuniti aktiviti rekreasi luar.





Krew dibantu oleh rakan-rakan daripada PPM Negeri Selangor iaitu Skipper Nur Firdaus bin Norazman dari Krew Pengakap Kelana Laut C Daerah Sepang dan Saudari Nur Aina Aqilah binti Mohamad Rahman dari Krew Pengakap Kelana D Daerah Hulu Selangor. Turut sama di tapak ekspo ialah Encik Kamarulbashah bin Haji Hussin, Penolong Setiausaha Eksekutif (Program), Persekutuan Pengakap Malaysia yang mengendalikan barangan pameran PPM.

Warga Krew yang hadir ialah:

  1. Skipper Mohd Samat bin Abdul Hamid (Penolong Pemimpin Krew)
  2. Skipper Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin (Penolong Pemimpin Krew)
  3. Bosun Zairin Adam bin Abdul Aziz (Pengerusi Krew)
  4. Saudari Nur Zawani binti Zainudin (Ahli Krew / Penolong Pemimpin Kumpulan Pengakap SM Sains Seri Puteri)
  5. Saudari Zuhayra Raihan binti Zahisham (Ahli Krew)
  6. Saudara Mohd Afizal bin Suhaimi (Ahli Krew)
  7. Saudara Muhamad Afiq bin Mohd Noor (Ahli Krew)
  8. Saudari Shafiqah Nurfarhana binti Mohd Shafizal (Ahli Krew / Setiausaha Persaudaraan Pengakap Raja WP Kuala Lumpur)
  9. Saudara Muhammad Aliff Izzuddin bin Baharuddin (Ahli Krew / Naib Pengerusi Sekretariat Pengakap Kelana Negeri WP Kuala Lumpur)
  10. Saudari Nurul Nadirah binti Roslan (Ahli Krew / Ahli Yang Dipilih Sekretariat Pengakap Kelana Negeri WP Kuala Lumpur)
  11. Saudara Adam Wazif bin Awira (Ahli Krew)
  12. Saudara Abdul Razak bin Abdul Karim (Ahli Krew)
  13. Saudara Muhammad Wafiq bin Hazwa (Ahli Krew / Ahli Yang Dipilih Sekretariat Pengakap Kelana Negeri WP Kuala Lumpur)
  14. Saudara Aisy Baihaqi bin Mohamad Shukri (Ahli Krew)






Semoga ekspo ini akan memberi ruang yang lebih luas untuk warga Persekutuan Pengakap Malaysia berinteraksi dengan warga komuniti aktiviti rekreasi luar dan seterusnya memantapkan jaringan perhubungan untuk pelbagai kolaborasi yang lebih menarik pada masa depan. 

Khamis, Jun 01, 2023

Tahniah Atikah!

 

Setinggi-tnggi tahniah diucapkan kepada Ahli Krew, Saudari Atikah bin Mansor yang telah berjaya graduasi dengan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan - Kewangan (Kepujian) di Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA pada 31 Mei yang lalu di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. 

Seluruh warga Krew mendoakan agar Saudari Atikah akan terus berjaya dalam kehidupan. Semoga kejayaan ini akan dapat memberi galakan kepada warga Krew yang masih belajar untuk mencapai yang terbaik dalam pengajian masing-masing.

Selasa, Mei 30, 2023

Mesyuarat Persediaan Akhir Pameran Persekutuan Pengakap Malaysia Di Outdoor Expo Malaysia 2023

Tangkap layar Google Meet mesyuarat tersebut

Mesyuarat persediaan akhir untuk Pameran Persekutuan Pengakap Malaysia di Outdoor Expo Malaysia 2023 telah diadakan di platform Google Meet sebentar tadi mulai jam 8:30 malam. Acara Outdoor Expo Malaysia 2023 yang bermula pada hari Jumaat ini, 2 Jun 2023 hingga hari Ahad, 4 Jun 2023 bertempat di Kompleks Sukan Kelana Jaya, Selangor.

Mesyuarat ini membincangkan beberapa aspek penting seperti:

  • Panduan untuk ke Kompleks Sukan Kelana Jaya sama ada dengan menggunakan tren LRT atau menaiki kenderaan sendiri. Bagi yang menaiki kenderaan sendiri, perlu siap sedia memuat turun aplikasi Flexi Parking untuk membayar kos parkir.
  • Pembahagian kanopi piramid 20 kaki x 20 kaki yang diperuntukkan oleh pihak penganjur kepada tiga bahagian iaitu pameran Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan dan Sekretariat Pengakap Udara Kebangsaan.
  • Persediaan untuk membina model tapak perkhemahan dari segi penyediaan buluh dan pembelian tali.
  • Prosedur perbelanjaan wang peruntukan dan penyimpanan resit/baucar.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pemimpin Krew selaku Pesuruhjaya Kebangsaan (Pengakap Laut) dan dihadiri oleh:
  1. Encik Lincoln Tang Tuck Mun, Setiausaha Program Negara
  2. Capt. Abdul Mueiem bin Sahaddin, Pesuruhjaya Kebangsaan (Pengakap Udara)
  3. Skipper Abdul Halim bin Nanyan @ Othman, Ahli Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan
  4. Skipper Nur Firdaus bin Norazman, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sepang
  5. Skipper Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin, Penolong Pemimpin Krew
  6. Saudara Muhammad Aliff Izzuddin bin Baharuddin, Naib Pengerusi Sekretariat Pengakap Kelana Negeri WP Kuala Lumpur / Ahli Krew
  7. Saudari Nur Zawani binti Zainudin, Penolong Pemimpin Kumpulan Pengakap SM Sains Seri Puteri / Ahli Krew
  8. Saudari Shafiqah Nurfarhana binti Mohd Shafizal, Setiausaha Persaudaraan Pengakap Raja WP Kuala Lumpur / Ahli Krew
  9. Saudara Lee Wei Rong, Ahli Krew
  10. Saudara Asyraf Basil bin Nadim, Ahli Krew
  11. Saudara Muhammad Wafiq bin Hazwa, Ahli Krew
  12. Saudara Isma Danial bin Ahmad Nasir, Ahli Krew
  13. Saudari Sharanes Saravanan, Ahli Kelana Kolej Tingkatan 6 Bandar Utama

Ahad, Mei 28, 2023

Meraikan Rakan-Rakan Dari Luar Negara Selesai Asia Pacific Regional Partnership Forum 2023

 
Bergambar beramai-ramai setelah selesai menjamu selera

Selesai acara Asia Pacific Regional Partnership Forum 2023, Ahli-ahli Krew telah berkumpul untuk meraikan rakan-rakan Pengakap iaitu Saudara Addison Ng dari Hong Kong, Saudara Yafis Ahmed dari Maldives dan Cikgu Akmal dari Daerah Johor Bahru. Pertemuan ini telah diadakan di Restoran Marrakesh, Kampung Baru sebentar tadi.

Skipper Wan Muammar Qaddafi Hasanudin bersama Saudara Addison Ng dari Hong Kong

Warga Krew yang hadir ialah:

  1. Penolong Pemimpin Krew, Skipper Wan Muammar Qaddafi Hasanudin
  2. Pengerusi Krew, Bosun Zairin Adam bin Abdul Aziz
  3. Ahli Krew Saudari Nur Zawani binti Zainudin
  4. Ahli Krew Saudari Zuhayra Raihan binti Zahisham
  5. Ahli Krew Saudara Lee Wei Rong
  6. Ahli Krew Saudara Asyraf Basil bin Nadim
  7. Ahli Krew Saudara Adam Haris bin Nadim
  8. Ahli Krew Saudari Nurul Nadirah binti Roslan
  9. Ahli Krew Saudara Muhammad Aliff Izzuddin bin Baharuddin
  10. Ahli Krew Saudara Muhammad Wafiq bin Hazwa
  11. Ahli Krew Saudara Aisy Baihaqi bin Mohamad Shukri
Semoga silaturrahim yang telah terjalin ini akan terus berkekalan pada masa hadapan.

Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 (Unit Pengakap Kanak-kanak dan Pengakap Muda)


Sesi membina gejet

Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 (Unit Pengakap Muda dan Pengakap Kanak-kanak) sedang berlangsung ketika ini di SK Taman Tun Dr Ismail 1. Tiga orang Ahli Krew telah menyertai kursus ini iaitu Saudari Nur Zawani binti Zainudin, Saudara Muhammad Aliff Izzuddin bin Baharuddin dan Saudara Muhammad Wafiq bin Hazwa. 

Membentangkan hasil perbincangan dalam kumpulan

Kursus ini berjalan mulai hari Jumaat, 26 Mei hingga tengah hari ini, 28 Mei 2023. Ketua Kursus bagi Unit Pengakap Kanak-kanak ialah Encik Dinesh A/L Sambasivam, manakala Ketua Kursus bagi Unit Pengakap Muda ialah EncikJason Tiaw Chen Thong. Semoga semua yang menyertai kursus ini akan dapat menimba pelbagai pengetahuan dan kemahiran untuk memimpin dan menggerakkan kumpulan masing-masing.


Beraktiviti di dalam patrol masing-masing

Mesyuarat Persaudaraan Pengakap Raja Malaysia WP Kuala Lumpur

Ahli-ahli Majlis PPRM-WPKL bergambar selepas selesai bermesyuarat

Majlis Persaudaraan Pengakap Raja Malaysia WP Kuala Lumpur (PPRM-WPKL) telah mengadakan mesyuarat pertama pasca Mesyuarat Agung 2023 melibatkan Ahli-ahli Majlis yang baru dipilih. Mesyuarat ini merupakan perkhidmatan pertama Ahli Krew Saudari Shafiqah Nurfarhana Mohd Shafizal sebagai Setiausaha PPRM-WPKL yang baru.

Pengerusi PPRM-WPKL, Encik Jason Tiaw Chen Thong (berepolet ungu dan berkaca mata) turut bertugas sebagai Ketua Kursus untuk KMK1 (Unit Pengakap Muda)

Mesyuarat ini telah diadakan di SK Taman Tun Dr Ismail 1 dengan mengambil peluang penganjuran Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 yang sedang berlangsung. Pengerusi PPRM-WPKL yang baru iaitu Encik Jason Tiaw Chen Thong turut bertugas sebagai Ketua Kursus untuk Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 (Unit Pengakap Muda).

Setiausaha PPRM-WPKL

Krew mendoakan agar Saudari Shafiqah Nurfarhana akan dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik. Semoga segala urusannya dipermudahkan.

Jumaat, Mei 26, 2023

Melawat Asia Pacific Regional Partnership Forum 2023

Menjamu selera dan berbincang ringkas bersama Saudara Che Aidil dan Saudari Afiqah

Persekutuan Pengakap Malaysia telah menjadi tuan rumah kepada program Asia Pacific Regional Partnership Forum 2023 yang telah diadakan mulai 25 hingga 29 Mei 2023 bertempat di Tamu Hotel & Suites, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Program ini telah disertai oleh para peserta dari seluruh rantau Asia Pasifik.

Warga Asia Pacific Regional Forum 2023

Warga Krew yang terdiri daripada Penolong Pemimpin, Skipper Wan Muammar Qaddafi Hasanudin; Bosun Zairin Adam bin Abdul Aziz dan Ahli-ahli Krew, Saudari Nurul Nadirah Roslan, Saudara Muhammad Aliff Izzuddin Baharudin dan Saudara Muhammad Wafiq Hazwa telah hadir melawat program ini dan berkesempatan untuk meluangkan masa berbincang ringkas bersama dengan Saudara Che Aidil, Setiausaha Sekretariat Pengakap Kelana Negeri WP Kuala Lumpur dan Saudari Afiqah, Pengerusi Sekretariat Pengakap Kelana Negeri KLKM.

Khamis, Mei 25, 2023

Lawatan Tapak Untuk Persediaan Outdoor Expo Malaysia 2023

Bergambar di lokasi kanopi pameran bersebelahan dengan gelanggang futsal

Penolong Pemimpin Krew, Skipper Wan Muammar Qaddafi Hasanudin dan Ahli-ahli Krew; Saudari Nurul Nadirah Roslan, Saudara Muhammad Aliff Izzuddin Baharuddin dan Saudara Muhammad Wafiq Hazwa telah berkunjung membuat lawatan tapak ke Kompleks Sukan Kelana Jaya bagi membuat persediaan untuk Pameran Persekutuan Pengakap Malaysia sempena Outdoor Expo Malaysia 2023 yang akan diadakan pada 2 hingga 4 Jun 2023 yang akan datang.

Memeriksa tapak yang bakal dibina model tapak perkhemahan

Ini merupakan tahun kedua acara utama bagi komuniti aktiviti luar ini diadakan. Untuk tahun kedua berturut-turut, pihak penganjur telah memanjangkan jemputan kepada Persekutuan Pengakap Malaysia melalui Pemimpin Krew. Pengarah Ekspo, Encik Fathee Razali merupakan panelis Webinar Hari Konservasi Ekosistem Bakau Antarabangsa bagi tahun 2022 anjuran Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan. 

Mengasingkan buluh yang disediakan oleh penganjur

Bagi pameran tahun ini, gerai Persekutuan Pengakap Malaysia akan dipecahkan kepada tiga pengendali iaitu Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan dan Sekretariat Pengakap Udara Kebangsaan. Krew akan membantu membina model tapak perkhemahan Pengakap dan menguruskan aktiviti-aktiviti di gerai pameran Pengakap Laut. 

Isnin, Mei 22, 2023

Mesyuarat Agung Sekretariat Pengakap Kelana Negeri WP Kuala Lumpur

Hadirin mesyuarat bergambar beramai-ramai setelah selesai mesyuarat

Mesyuarat Agung Sekretariat Pengakap Kelana Negeri WP Kuala Lumpur 2023 telah diadakan pada hari Sabtu, 20 Mei 2023 bertempat di Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia WP Kuala Lumpur, Bangunan Selayang Capitol, Bandar Baru Selayang.

Saudara Zairin Adam bin Abdul Aziz selaku Pengerusi Sekretariat Pengakap Kelana Negeri WP Kuala Lumpur 
bagi penggal 2021-2023 menyampaikan ucapan di dalam mesyuarat agung tersebut

Dengan berlangsungnya mesyuarat agung ini, perkhidmatan Saudara Zairin Adam bin Abdul Aziz sebagai Pengerusi Sekretariat Pengakap Kelana Negeri WP Kuala Lumpur dan Saudara Adam Razin bin Awira sebagai Ahli Yang Dipilih bagi penggal 2021-2023 telah sampai ke penghujungnya. 



Saudara Muhammad Aliff Izzuddin, Saudari Nurul Nadirah dan Saudara Muhammad Wafiq 
telah bertanding dan memenangi pemilihan masing-masing

Beberapa orang Ahli Krew telah mencalonkan diri untuk bertanding di pemilihan SPKNg WP Kuala Lumpur tahun ini iaitu:

  1. Saudara Muhammad Aliff Izzuddin bin Baharuddin (bertanding jawatan Naib Pengerusi)
  2. Saudari Nurul Nadirah binti Roslan (bertanding jawatan Ahli Yang Dipilih)
  3. Saudara Muhammad Wafiq bin Hazwa (bertanding jawatan Ahli Yang Dipilih)
  4. Saudara Aisy Baihaqi bin Mohamad Shukri (bertanding jawatan Ahli Yang Dipilih)
Warga Krew Kuala Lumpur Charlie Rovers di mesyuarat agung SPKNg WP Kuala Lumpur

Saudara Aisy Baihaqi walau bagaimanapun telah menarik diri kerana tidak dapat hadir pada saat akhir disebabkan faktor yang tidak dapat dielakkan.

Saudara Adam Razin bin Awira menyerahkan cenderahati kepada wakil Kelana Daerah Bukit Bintang

Sukacita dimaklumkan bahawa tiga lagi calon iaitu Saudara MuhammadAliff Izzuddin, Saudari Nurul Nadirah dan Saudara Muhammad Wafiq telah berjaya memenangi pemilihan tersebut. Krew mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan tersebut dan amat berterima kasih kepada semua yang sudi mengundi mereka bertiga. Semoga dipermudahkan segala urusan dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan bagi penggal 2023-2025 ini.


Menyantuni rakan-rakan Kelana dari krew lain yang menghadiri mesyuarat agung tersebut

Sabtu, Mei 20, 2023

Pelayaran Percubaan SB Isabel

Bergambar di pontoon Royal Selangor Yacht Club sebelum memulakan pelayaran

Berikutan beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan, bot layar SB Isabel terpaksa dipindahkan buat sementara waktu dari Royal Selangor Yacht Club (RSYC), Pelabuhan Klang ke PD World Marina, Port Dickson. Sebelum ini, bot ini telah disimpan di hard stand RSYC sejak dibeli pada bulan Mac 2021.




Warga krew bertugas mengendalikan enjin sangkut, kemudi bot, 
menjaga awasan dan menguruskan tali layar

Bagi tujuan pelayaran ini, Krew telah diwakili oleh Skipper Ts. Ismail bin Ibrahim, Skipper Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin, Skipper Mohd Afizal bin Suhaimi dan Skipper Zuhayra Raihan binti Zahisham. Pelayaran ini dipimpin oleh Skipper Jonathan Hong Eng Kean daripada Kumpulan Pengakap Laut Terbuka 30 Daerah Segambut dan bermula sekitar jam 11 pagi dari Royal Selangor Yacht Club pada hari Sabtu, 20 Mei 2023 yang lalu.

Jumaat, April 28, 2023

International Scout Youth Forum on Scouting in the Post-Pandemic World: A Redefinition


Bergambar beramai-ramai sebelum memasuki balai pelepasan di klia2

Krew mengucapkan selamat jalan kepada Ahli-ahli Krew: Saudara Lee Wei Rong, Saudari Nur Zawani binti Zainudin, Saudara Asyraf Basil bin Nadim, Saudari Nurul Nadirah binti Roslan, Saudara Muhammad Aliff Izzuddin bin Baharuddin, Saudari Farah Aulia binti Ahmad Sanusi dan Saudari Eisyateen Sofeiyah Khadiejah Puteri binti Mohd Sirajuddin Siswadi Puterayang akan terbang ke Hong Kong sebentar lagi untuk menyertai International Scout Youth Forum on Scouting in the Post-Pandemic World: A Redefinition. Sukacita dimaklumkan bahawa Saudara Lee Wei Rong telah dipilih menjadi Ketua Kontinjen Malaysia untuk acara ini.

Ahli-ahli Krew yang menyertai International Scout Youth Forum on Scouting in the Post-Pandemic World:
A Redefinition. Dari kiri: Saudari Nurul Nadirah binti Roslan, Saudari Nur Zawani binti Zainudin, Saudara Asyraf Basil bin Nadim, Saudara Lee Wei Rong (Ketua Kontinjen Malaysia), Saudara Muhammad Aliff Izzuddin bin Baharuddin, Saudari Farah Aulia binti Ahmad Sanusi dan Saudari Eisyateen Sofeiyah Khadiejah Puteri binti
Mohd Sirajuddin Siswadi Putera

Turut hadir di klia2 pada malam ini ialah Pemimpin Krew, Skipper Mohd Hilmi Abu Bakar, Penolong-Penolong Pemimpin Krew, Skipper Rosbiah Mohd Shah dan Skipper Wan Muammar Qaddafi Hasanudin dan Ahli Krew, Saudara Muhammad Wafiq Hazwa. Semoga semuanya akan selamat pergi dan balik, serta dapat menimba ilmu baru di negara orang. Stay safe!