FAQ


What is the different between Scout and Sea Scout?
Apakah perbezaan antara Pengakap dengan Pengakap Laut?

Sea Scout is a branch of Scouting movement which focus more on seamanship, marine environment and water activities. It is slightly different in terms of uniform but still holding the same Scout Promise and Scout Laws.

Pengakap Laut ialah salah satu cabang Pergerakan Pengakap yang lebih memfokuskan kepada ilmu kepelautan, persekitaran marin dan aktiviti air. Ianya sedikit berbeza dari segi uniform tetapi tetap berpegang kepada Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap yang sama.



What if I don't know how to swim?
Bagaimana jika saya tidak tahu berenang?

To join a Sea Scout crew/troop means you will involve intensively in water-based activities such as sailing, kayaking, rafting and many others. It is okay if you don't know how to swim, but you must at least have water confidence. After joining Sea Scout, it will be your self-responsibility to enhance your swimming skills by attending class at the nearest pool.

Menyertai sebuah krew/troop Pengakap Laut bermaksud anda akan terlibat dengan intensif di dalam aktiviti air seperti berlayar, berkayak, berakit dan banyak lagi. Tiada masalah jika anda tidak tahu berenang, tetapi anda mestilah setidak-tidaknya mempunyai keyakinan di air. Selepas menyertai Pengakap Laut, adalah menjadi tanggungjawab peribadi anda untuk meningkat kemahiran berenang dengan mengikuti kelas renang di kolam renang yang berhampiran





What is the example of Sea Scout activities?
Apakah contoh-contoh aktiviti Pengakap Laut?

Sea Scout activities range from a basic introduction activities up to advance practical activities. Basic introduction activities such as learning how to swim, watching marine-related movies or documentaries, a short visit to marine strategic location like port, marine museum, island etc will spark the interest of all members to learn more about sea and seamanship.

Aktiviti Pengakap Laut meliputi aktiviti pengenalan asas hinggalah ke aktiviti praktikal lanjutan. Aktiviti pengenalan asas seperti belajar berenang, menonton filem atau dokumentari yang berkaitan dengan marin, lawatan ringkas ke lokasi strategik marin seperti pelabuhan, muzium marin, pulau dan sebagainya akan menjana minat di kalangan ahli-ahli untuk mempelajari lebih mendalam tentang laut dan ilmu kepelautan.


How to start my involvement in Sea Scouting?
Bagaimanakah untuk memulakan penglibatan saya di dalam Pengakap Laut?

Search for a local Sea Scout troop or Sea Rovers crew and register yourself with them. Enrich your self-skills by improving your swimming ability and get involve in water activities. As a Sea Scout or Sea Rovers member (under 25 years old), you can focus on the training scheme to gain badges for your achievement. After that, you can also attend the Woodbadge Course to become a trained Sea Scout Leader.

Cari sebuah troop Pengakap Laut atau krew Pengakap Kelana Laut tempatan dan daftarkan diri anda bersama mereka. Perkayakan kemahiran peribadi anda dengan memperbaiki keupayaan renang dan melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti air. Sebagai seorang ahli Pengakap Laut atau ahli Kelana Laut (di bawah 25 tahun), anda boleh memfokuskan kepada skim latihan untuk mendapatkan lencana bagi pencapaian anda. Selepas itu, anda juga boleh mengikuti Kursus Kepimpinan Manikayu untuk menjadi seorang Pemimpin Pengakap Laut yang terlatih.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan