Perhimpunan B-P Guild Kebangsaan telah diadakan di Look Out Point, Bukit Ampang pada 16 hingga 18 September yang lalu. Sempena perhimpunan ini, suatu Majlis Hari Raya bagi meraikan anak-anak yatim telah diadakan pada petang 17 September. Ini diikuti oleh Malam Unggun Api (Campfire) pada sebelah malamnya. Pemimpin Krew telah dijemput oleh Tuan Pesuruhjaya Daerah Sentul, Encik Chenteral Velo untuk sama-sama memeriahkan majlis ini di samping bermain gitar untuk Malam Unggun Api tersebut.
Hadir merasmikan majlis ini adalah Penaung B-P Guild Kebangsaan, YBhg. Mej. Jen. Prof. Dato' Dr. Mohd Zin bin Bidin. Ramai rakan-rakan Pengakap dari Daerah Sentul telah turut menghadirkan bagi membantu menjayakan majlis ini termasuk Pemimpin Troop 183, Puan Siti Zuraidah Yusuf. Anak yatim yang hadir di majlis ini ialah daripada Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat dan Rumah Keluarga Kami, Kajang. Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan telah diadakan oleh deejay bertugas bagi menghiburkan anak-anak yatim tersebut. Mereka juga turut menerima cenderahati daripada penganjur.





