Memaparkan catatan dengan label Mesej Admin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mesej Admin. Papar semua catatan

Sabtu, Mei 04, 2013

Pilihanraya Umum Malaysia Ke-13


Sempena Pilihanraya Umum Ke-13 yang bakal diadakan pada hari esok, 5 Mei 2013, krew dengan ini mengucapkan selamat mengundi kepada semua ahli krew yang telah berdaftar sebagai pengundi. Gunakanlah  hak demokrasi anda dengan baik bagi memilih pemimpin yang terbaik di kawasan masing-masing. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Bersama memastikan Pengakap bergerak maju ke hadapan, seiring dengan kemajuan negara. All the best :)

Selasa, Januari 01, 2013

Selamat Tahun Baru 2013


Setelah melaksanakan pelbagai aktiviti dan melalui pelbagai cabaran sepanjang tahun, tahun 2012 akhirnya melabuhkan tirainya tanpa sebarang bencana besar seperti yang diramalkan di media internet dan media massa. Bersyukurlah kerana kita masih mampu hidup dengan selesa dan aman di negara ini meskipun ada sebahagian rakyat di negara kita sedang menghadapi banjir pada masa ini. Marilah kita sama-sama berdoa agar keadaan baik ini berterusan supaya kita dapat terus berpengakap dan mendidik generasi muda untuk menjadi insan yang berguna dan berkemahiran. Selamat tahun baru 2013, semoga tahun ini akan dapat digunakan sepenuhnya oleh Krew untuk merealisasikan impian kita semua. :)

Sabtu, Julai 21, 2012

Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1433H


Kepimpinan krew Kuala Lumpur Charlie Rovers ingin mengucapkan salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa bagi tahun 1433H kepada semua warga Pengakap Malaysia yang beragama Islam. Semoga Ramadhan tahun ini dapat menjadi medan untuk kita memperbaiki diri, meningkatkan kualiti ibadah dan menjadi ahli Pengakap yang lebih mantap pada masa depan.

Isnin, Disember 06, 2010

Selamat Tahun Baru 1432H


Krew Kelana C Kuala Lumpur ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru Hijrah 1432 kepada semua ahli-ahli krew yang beragama Islam. Semoga kehadiran tahun baru ini akan memberi keberkatan kepada seluruh krew serta dipermudahkan segala urusan dan usaha untuk memajukan Pengakap Laut di Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti telah diaturkan, mudah-mudahan dapat mencapai sasaran. InsyaAllah. :)

Isnin, September 06, 2010

Salam Aidilfitri Untuk Semua..


Krew Kelana C Kuala Lumpur ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada semua yang beragama Islam. Semoga Syawal tahun ini memberi keberkatan kepada kita semua setelah sebulan menjalani ibadah puasa. Mohon maaf zahir dan batin kepada semua, semoga persaudaraan kita sesama Islam dan di kalangan ahli-ahli Pengakap akan berkekalan. Di saat kita bergembira untuk berhari raya, jangan dilupakan golongan yang kurang bernasib baik. Salam Aidilfitri. :)


Rabu, Mac 17, 2010

Selamat Datang



Salam Pengakap dan Salam Pelaut,

Kumpulan Pengakap Kelana 'C' Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengucapkan selamat datang kepada semua pelawat yang meluangkan masa untuk melayari blog ini. Krew ini adalah krew Pengakap Kelana Laut dan memfokuskan kepada pembangunan ilmu kelautan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan untuk penambahbaikan supaya blog ini dapat berfungsi sebagai penyalur maklumat yang mantap. Jika berminat untuk mempelajari ilmu kepengakapan dan kelautan, krew ini sentiasa terbuka untuk menerima ahli-ahli baru.

"Menerajui Gelombang Perubahan"