Barisan Ahli-ahli Krew yang telah hadir berkhidmat membantu sesi pengajaran dan pengujian Lencana Kem Kraf BSMM
Skipper telah menerima jemputan daripada Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan untuk membantu mengendalikan sesi pengajaran Lencana Kem Kraf BSMM sempena Perkhemahan Lencana Kecekapan Belia Bulan Sabit Merah Malaysia Peringkat Negeri WP Kuala Lumpur. Perkhemahan ini telah diadakan bertempat di SMK Bandar Baru Sentul pada 29 April hingga 2 Mei 2016 dan dihadiri kira-kira 320 orang peserta yang merupakan ahli-ahli Bulan Sabit Merah Malaysia dari seluruh WP Kuala Lumpur.
Jurulatih Jemputan Krew, Tuan Chan Zi-Lie dan Ahli Krew Saudara Muhammad Adham Aiman menyediakan tali untuk sesi pengajaran dan pengujian simpulan
Krew telah diminta mengajar dan menguji lapan jenis simpulan yang terdapat di dalam sukatan pelajaran Lencana Kem Kraf BSMM iaitu:-
- Simpulan buku sila (reef knot)
- Simpulan bunga geti (sheet bend)
- Simpulan tindih kasih (bowline)
- Simpul pulih (sheep shank)
- Lilit tindih kejap (rolling hitch)
- Lilit balak (timber hitch)
- Simpul kerusi (fireman's chair knot)
- Simpul abah-abah (manharness knot)
Saudara Ashrul Nuqman selaku fasilitator Kumpulan 1
Saudara Ameer Iskandar selaku fasilitator Kumpulan 2
Saudari Siti Diana Kamila selaku fasilitator Kumpulan 3
Saudara Riky Danieal selaku fasilitator Kumpulan 4
Saudara Amierul Firdaus selaku fasilitator Kumpulan 5
Saudara Mior Ahmad Ramadhan selaku fasilitator Kumpulan 6
Saudara Aiman Haziq selaku fasilitator Kumpulan 7
Saudara Zairin Adam selaku fasilitator Kumpulan 8
Skipper telah dibantu oleh lapan orang Ahli Krew seperti berikut:-
- Saudara Mior Ahmad Ramadhan bin Mior Shahridan
- Saudari Siti Diana Kamila binti Nadim
- Saudara Ameer Iskandar bin Zainal Abidin
- Saudara Amierul Firdaus bin Azwanizam
- Saudara Zairin Adam bin Abdul Aziz
- Saudara Riky Danieal bin Misman
- Saudara Aiman Haziq bin Mohd Fadzil
- Saudara Ashrul Nuqman bin Abd. Aziz
Skipper menandatangani slip ujian peserta
Ahli Krew Saudara Muhammad Adham Aiman bin Nor Apandi juga telah hadir membantu persediaan peralatan pada sebelah pagi sebelum beredar atas urusan kerja. Jurulatih Jemputan Krew, Tuan Chan Zi-Lie juga turut hadir membantu sesi ini selain menguruskan pentauliahan ahli-ahli Bulan Sabit Merah Malaysia pada sebelah tengah hari.
Bergambar bersama para peserta setelah selesai sesi
Setiap Ahli Krew telah ditugaskan untuk mengajar dan menguji kira-kira 25 orang peserta. Masa yang diperuntukkan ialah selama 4 jam. Pihak penganjur telah menyediakan sarapan pagi, minum pagi dan makan tengah hari untuk semua warga Krew yang hadir berkhidmat. Turut disediakan ialah sijil penghargaan untuk setiap warga Krew yang berkhidmat dan dua unit hamper.
Bergambar selepas menerima sijil dan hamper daripada pihak penganjur
Krew amat berterima kasih kepada Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan yang sudi menjemput Krew untuk berkhidmat di perkhemahan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Ahli Krew Saudara Muhammad Adham Aiman yang menjadi mediator perantara antara pihak penganjur dengan Krew, sekaligus memastikan persediaan berjalan dengan lancar. Semoga kerjasama yang telah terjalin ini akan dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.
.

