About Us

   

PIONEERING THE WAVES OF CHANGE

Kuala Lumpur Charlie Rovers is a State Headquarters Rovers Crew of WP Kuala Lumpur that manage and organize Sea Scouting activities especially on the elements of Seamanship and water activities. With members of various background, we seal our brotherhood with Scout Promise and Scout Laws. Originally operating in Johore Bahru, the crew shifted its operation to Kuala Lumpur in early 2010 due to most of the members had graduated and started their career around Kuala Lumpur.

Until now, the crew has continuously organized a lot of Sea Scouting activities in Kuala Lumpur and involved in many more outsides the state, consisting activities such as kayaking, sailing, fishing, SCUBA diving, rafting, motorboating, Sea Scouts exhibition and marine communication. We've also involved actively in a lot of Sea Scout event at national level as part of organizing committee and also members of National Sea Scouts Secretariat. The door is always open to the new members to join our brotherhood 
and be a part of the ship.


MENERAJUI GELOMBANG PERUBAHAN

Pasukan Pengakap Kelana 'C' Laut WP Kuala Lumpur adalah sebuah Krew Kelana Ibu Pejabat bagi negeri WP Kuala Lumpur yang mengurus dan menganjurkan aktiviti-aktiviti Pengakap Laut khasnya yang membabitkan elemen kepelautan dan aktiviti air. Dengan keahlian daripada pelbagai latarbelakang, kami memeterai persaudaraan kami dengan Persetiaan dan Undang-undang Pengakap. Mula beroperasi di Johor Bahru, Krew ini kemudiannya berpindah ke Kuala Lumpur pada awal 2010 berikutan kebanyakan ahli pada ketika itu telah tamat belajar di Johor Bahru dan mula bekerja di sekitar Kuala Lumpur.



Sehingga kini, Krew ini telah banyak menganjurkan pelbagai aktiviti Pengakap Laut di Kuala Lumpur dan terlibat dalam banyak lagi aktiviti di negeri lain, merangkumi aktiviti-aktiviti seperti berkayak, berlayar, memancing, menyelam SCUBA, berakit, pengendalian bot bermotor, pameran Pengakap Laut dan komunikasi marin. Kami juga terlibat secara aktif dalam aktiviti Pengakap Laut di peringkat kebangsaan sebagai penganjur dan anggota di dalam Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan. Pintu sentiasa terbuka luas untuk ahli-ahli baru yang berhajat untuk menyertai persaudaraan kami dan menjadi sebahagian daripada bahtera ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan