Isnin, Jun 19, 2017

Majlis Iftar Pengakap Kelana WP Kuala Lumpur


Majlis Iftar Pengakap Kelana WP Kuala Lumpur telah diadakan pada hari Ahad, 18 Jun 2017 yang lalu bertempat di Taman Tasik Titiwangsa. Ini merupakan kali ketiga berturut-turut majlis ini diadakan sejak tiga tahun yang lalu. Hadir mengetuai majlis ini ialah YBrs. Encik Muhammad Rahimi bin Mahmud, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur (Unit Kelana).


Hadir mewakili Krew pada majlis tersebut ialah:-
1. Bosun Saudara Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin
2. Ahli Krew Saudara Afiq Hafizuddin bin Mizan
3. Ahli Krew Saudara Ameer Iskandar bin Zainal Abidin
4. Ahli Krew Saudara Mohd Afizal bin Suhaimi
5. Ahli Krew Saudara Muhammad Akmal bin Ramlan


Ahad, Jun 18, 2017

Majlis Iftar Ramadhan KL Charlie Rovers 1438H




Majlis Iftar Ramadhan KL Charlie Rover 1438H telah diadakan bertempat di Restoran Yums, Wangsa Walk, Wangsa Maju pada hari Sabtu, 17 Jun 2017 yang lalu. Ini merupakan acara tahunan Krew sejak mula beroperasi di WP Kuala Lumpur pada tahun 2010. Berikut adalah senarai warga Krew yang telah menghadirkan diri:-

1. 6th Mate Encik Ismail bin Ibrahim
2. Ahli Krew Puan Durratul Nashihin binti Mokhtar
3. Bosun Saudara Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin
4. Bosun Mate Saudari Jennifer Loh Pui Pui
5. Ahli Krew Saudara Mior Ahmad Ramadhan bin Mior Shahridan
6. Ahli Krew Saudari Sofiah binti Madzlin
7. Ahli Krew Saudara Afiq Hafizuddin bin Mizan
8. Ahli Krew Saudara Ameer Iskandar bin Zainal Abidin
9. Ahli Krew Saudara Mohamad Shahair bin Abdul Kadir
10. Ahli Krew Saudara Mohd Afizal bin Suhaimi
11. Ahli Krew Saudara Lee Wei Rong
12. Ahli Krew Saudara Aiman Haziq bin Mohd Fadzil
13. Ahli Krew Saudara Hariesh Kumar



Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah hadir menjayakan majlis iftar ini. Semoga hubungan silaturrahim yang terjalin akan berkekalan. Go Charlier Rovers!


Isnin, Jun 12, 2017

Program #SaveNature4Future 1.0 - Mengedarkan Bekas Makanan Percuma Kepada Orang Awam


Selepas kejayaan pelaksanaan program-program di bawah #HumanityStartsWithME, Krew kini mengorak langkah ke arah program penjagaan alam sekitar melalui agenda #SaveNature4Future. Program yang pertama telah diadakan pada hari Ahad, 11 Jun 2017 bertempat di Bazar Ramadhan Flat PKNS Jalan Kuching. Krew telah membuka gerai di bazar ini sejak awal Ramadhan ini.


Di dalam program ini, Krew telah memberi bekas makanan percuma kepada orang awam bertujuan mengurangkan penggunaan beg plastik di kalangan pengunjung bazar Ramadhan. Dengan adanya bekas makanan tersebut, pengunjung boleh meletakkan juadah berbuka puasa yang dibeli ke dalamnya berbanding menggunakan beg plastik. Bekas ini boleh dibasuh dan digunakan seperti biasa pada hari-hari berikutnya.

Membeli bekas makanan di pasaraya IKEA

Program dimulakan dengan proses membeli bekas makanan di pasaraya IKEA Pandan. Bekas makanan ini kemudiannya dibawa ke Rumah B-P di Jalan Hang Jebat untuk dipek. Selesai dipek, warga Krew bergerak ke bazar Ramadhan Flat PKNS Jalan Kuching untuk melakukan penyerahan kepada para pengunjung.



Kerja-kerja meletakkan bekas makanan ke dalam beg untuk tujuan pembahagian

Para pengunjung yang menerima bekas makanan ini diminta untuk melakukan tugasan ringkas iaitu follow instagram krew di @klcharlierovers atau like page Facebook KL Charlie Rovers bagi menunjukkan sokongan kepada inisiatif #SaveNature4Future ini. Pembahagian bekas makanan ini beroperasi dari gerai roti john Krew di Lot 339 di bawah jenama Charlie Burger & John.

Bergambar beramai-ramai di Rumah B-P sebelum bergerak ke lokasi

Warga Krew yang telah meluangkan masa untuk membeli bekas makanan, mengepek dan menjayakan program ini adalah seperti berikut:-

1. 6th Mate Encik Ismail bin Ibrahim (wakil Pemimpin dan pemantau)
2. Bosun Saudara Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin
3. Ahli Krew Saudara Mior Ahmad Ramadhan bin Mior Shahridan
4. Ahli Krew Saudara Luqman Haziq bin Ramli
5. Ahli Krew Saudara Mohd Afizal bin Suhaimi
6. Ahli Krew Saudara Muhammad Akmal bin Ramlan
7. Ahli Krew Saudara Zairin Adam bin Abdul Aziz
8. Ahli Krew Saudari Nur Syuhaddah binti 
9. Ahli Krew Aiman Haziq bin Mohd Fadzil
10. Ahli Krew Saudara Hariesh Kumar
11. Ahli Krew Saudari  Nur Dini binti Marzuki
12. Ahli Krew Ariez Hazaril bin Ab Llah

Warga Krew tiba di bazar Ramadhan Flat PKNS Jalan Kuching





Sekitar aktiviti menyerahkan bekas makanan kepada pengunjung bazar Ramadhan Flat PKNS Jalan Kuching untuk mengurangkan penggunaan beg plastik

Dalam masa yang sama, gerai Charlie Burger & John turut beroperasi dan dikendalikan oleh Ahli Krew Saudara Muhammad Adham Aiman bin Nor Apandi, Ahli Krew Saudara Muhammad Nor Khairin bin Rollan, Ahli Krew Saudara Mohd Afizal bin Suhaimi dan Ahli Krew Saudara Muhammad Akmal bin Ramlan.

6th Mate Encik Ismail Ibrahim bergambar bersama-sama Ahli-ahli Krew yang bertugas di gerai jualan Charlie John & Burger pada petang tersebut





Suasana di gerai jualan Charlie Burger & John pada petang tersebut

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas kejayaan melaksanakan program ini. Semoga program ini akan menjadi pemangkin kepada Krew untuk terus bergerak aktif mempromosikan kepengakapan peranan Pengakap kepada masyarakat sebagai "Messenger of Peace". Terbaik!

Jumaat, Mei 26, 2017

Temui Charlie Burger & John di Bazar Ramadhan Flat PKNS Jalan Kuching!

Logo Charlie Burger & John

Bersempena bulan Ramadhan yang akan bermula pada hari esok, Krew telah menerima hadiah istimewa berupa lot perniagaan di Bazar Ramadhan Flat PKNS Jalan Kuching. Pemberian lot perniagaan ini adalah atas inisiatif daripada Encik Ahmad Badli bin Badaruddin, alumni SMK Bandar Baru Sentul yang juga bergiat aktif dalam Pemuda UMNO Bahagian Batu. Lot perniagaan Krew terletak di Lot 339 di bazar Ramadhan tersebut.

Lokasi bazar Ramadhan di Flat PKNS Jalan Kuching berhampiran dengan Brem Mall

Bagi tujuan perniagaan ini, Krew telah menubuhkan sebuah syarikat khas menggunakan jenama Charlie Burger & John. Untuk permulaan, Krew akan memfokuskan kepada penjualan roti john sepanjang bulan Ramadhan ini. Ahli Krew Saudara Muhammad Adham Aiman bin Nor Apandi akan mengetuai perniagaan ini. Ahli-ahli Krew yang lain akan membantu secara berganti-ganti bergantung kepada kelapangan masing-masing.

Ahli Krew Saudara Muhammad Adham Aiman bin Nor Apandi sedang mengisi borang pendaftaran perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Keluarga Saudara Adham turut meminjamkan gerai tolak bagi memudahkan kerja-kerja memasak roti john dan menyimpan alatan memasak. Beberapa kelengkapan yang lain seperti meja dan gazebo akan dibawa dari KCB. Bazar Ramadhan di Jalan Kuching pada kebiasaanya adalah antara yang paling sibuk dipenuhi oleh pengunjung selepas selesai waktu pejabat.


Gerai yang bakal digunakan untuk memasak roti john

Warga Krew mencuci peralatan yang bakal digunakan

Dengan ini, Krew ingin menjemput semua rakan-rakan dalam kepengakapan untuk hadir menyokong dan memeriahkan lagi perniagaan kami sepanjang bulan Ramadhan ini. Tahniah KL Charlie Rovers! Selangkah lagi ke hadapan, kali ini dalam bidang keusahawanan pula. Semoga dipermudahkan. 

Isnin, Mac 13, 2017

Kem Kepimpinan Pengakap Wanita SBP Peringkat Kebangsaan 2017

Kem Kepimpinan Pengakap Wanita Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan 2017 telah diadakan bertempat di SM Sains Seri Puteri, Jalan Kolam Air, Kuala Lumpur pada 10 hingga 12 Mac 2017 yang lalu. Kem ini adalah yang pertama seumpamanya dianjurkan sebagai platform untuk ahli-ahli Pengakap Wanita dari Sekolah Berasrama Penuh untuk berkenalan antara satu sama lain dan mempertandingkan kemahiran kepengakapan yang mereka miliki. Seramai 41 orang peserta daripada 13 buah Sekolah Berasrama Penuh dan 2 buah sekolah jemputan telah mengambil bahagian dalam program ini. Sekolah-sekolah tersebut adalah seperti berikut:-

Sekolah Berasrama Penuh
1. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur
2. Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur
3. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor
4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang, Selangor
5. Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Selangor
6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam, Selangor
7. Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh, Perak
8. Sekolah Menengah Sains Tapah, Perak
9. Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Perak
10. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng, Perak
11. Sekolah Menengah Sains Rembau, Negeri Sembilan
12. Sekolah Menengah Sains Perempuan Seremban, Negeri Sembilan
13. Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu, Terengganu

Sekolah Jemputan
1. SMK Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur
2. SMK Saujana Utama, Selangor

Pengisian perkhemahan ini adalah berasaskan kepada sukatan latihan Lencana Kemahiran Pengakap Remaja. Para peserta dibahagikan kepada empat patrol secara rawak iaitu Patrol Alpha, Bravo, Charlie dan Delta. Keempat-empat patrol ini kemudiannya akan bertanding dalam pertandingan-pertandingan kemahiran seperti berikut:-
1. Pertandingan peta topografi dan kompas
2. Pertandingan melukis jejak dan "plaster cast"
3. Pertandingan projek perintis
4. Pertandingan pondok ikhtiar hidup
5. Pertandingan masakan rimba
6. Pertandingan penganggaran
7. Pertandingan kawad kaki
8. Pertandingan kawad tongkat

Pertandingan yang berasaskan kemahiran individu juga turut diadakan iaitu pertandingan model projek perintis dan papan simpulan. Papan simpulan melibatkan sepuluh simpulan dan ikatan Pengakap Remaja iaitu simpul tapak kucing (catspaw), simpul raga (carrick bend), simpul buaian (scaffolding hitch), simpul serban (turk's head), lilit berkas tingkat (racking bend), genggam monyet (monkey fist), sambat pendek (short splice) ikat seraya Jepun (Japanese lashing), ikat serong Filipina (Filipino lashing) dan takal tali (rope tackle / sylvester hitch). Para peserta juga menjalani aktiviti abseiling bagi melengkapkan prasyarat untuk penganugerahan Lencana Kemahiran Pengakap Remaja. Aktiviti abseiling ini telah dikendalikan oleh Pasukan Pengakap Kelana A Daerah Setiawangsa yang diketuai oleh Encik Adli Putra bin Mashudi.

Skipper telah diamanahkan untuk menjadi Ketua Jurulatih bagi perkhemahan ini. Turut membantu sebagai jurulatih adalah seperti berikut:-
1. Encik Jamal Harim bin Abdullah - Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur (Pengurusan Risiko)
2. Encik Marwan bin Mohammad - Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur (Setiausaha Latihan Negeri)
3. Encik Ismail bin Ibrahim - Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur (Setiausaha Program Negeri)
4. Encik Muhammad Rahimi bin Mahmud - Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur (Unit Pengakap Kelana)
5. Encik David Ong - Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur (Tugas-tugas Khas)
6. Encik Abdul Halim bin Nanyan @ Othman - Pesuruhjaya Pengakap Daerah Titiwangsa
7. Encik Adli Putra bin Mashudi - Penolong Pemimpin Pasukan Pengakap Kelana A Daerah Setiawangsa
8. Encik Syazwan - Ahli Pasukan Pengakap Kelana A Daerah Setiawangsa

Ahli-ahli Krew KL Charlie Rovers dan Troop Pengakap Laut 183 SMK Bandar Baru Sentul turut hadir membantu perkhemahan ini sebagai fasilitator dan urusetia:-
1. Ahli Kelana Kanan Mohd Hizam bin Che Abdul Rahim
2. Bosun Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin
3. Yeoman Muhammad Shazwan bin Mohd Shafizal
4. Ahli Krew Mior Ahmad Ramadhan bin Mior Shahridan
5. Bakal Ahli Krew Nur Shafiqah binti Mohd Shafizal
6. Ahli Troop Pengakap Laut 183 Wan Faiezatul
7. Ahli Troop Pengakap Laut 183 Nur Emysha
8. Ahli Troop Pengakap Laut 183 Muhammad Anwar

Perkhemahan ini telah berakhir pada tengah hari Ahad, 12 Mac 2017 dan disempurnakan penutupannya oleh YBhg. Puan Asiah binti Zainal Abidin, Pengetua Sekolah Menengah Sains Seri Puteri. Patrol Delta telah berjaya memenangi johan keseluruhan dengan peratusan markah 66%. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada patrol Delta. Semoga perkhemahan ini akan dapat diadakan lagi pada tahun hadapan dan seterusnya menjadi tradisi di kalangan Pengakap Wanita Sekolah Berasrama Penuh.

Khamis, Februari 23, 2017

Kenduri 1 Wilayah Persekutuan dan Pelancaran V4KL2017 Parlimen Batu

Menjamu selera dengan nasi beriyani yang dihidangkan untuk para tetamu

Program Kenduri 1 Wilayah Persekutuan Parlimen Batu telah diadakan bertempat di Pusat Komuniti Sentul Perdana, Bandar Baru Sentul pada hari Rabu, 22 Februari yang lalu. Kebetulan program ini sama tarikhnya dengan Hari Pengasas Pengakap Sedunia. Krew telah dijemput untuk mewakili Persekutuan Pengakap Malaysia WP Kuala Lumpur dalam program ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Muhammad Najib bin Jasmani, Ahli Parlimen Belia Malaysia merangkap Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Segambut dan Encik Gulam Muszaffar bin Gulam Mustakim, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu yang telah menjemput kami ke majlis ini.

Skipper mewakili Persekutuan Pengakap Malaysia WP Kuala Lumpur menerima simbolik V4KL2017 berupa tong cat dan roller untuk program kesukarelawanan di Parlimen Batu

 Program ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YBM. Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan. Turut hadir ialah YBhg. Dato' Seri Mhd. Amin Nordin bin Abdul Aziz, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan YB. Senator Datuk Hj. Yahaya bin Mat Ghani, Ahli Dewan Negara yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu. Program ini dijadikan medan pelancaran untuk program V4KL2017 (Volunteer for KL 2017) iaitu program kesukarelawanan untuk warga ibu kota.

Bertemu dengan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Setiawangsa, Encik Rusjdi Syahrani

Selain Skipper, Krew turut diwakil oleh Bosun Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin dan Ahli Krew Muhammad Adham Aiman bin Nor Apandi. Skipper telah dijemput untuk menerima simbolik V4KL2017 berupa tong cat dan roller daripada YBM. Menteri Wilayah Persekutuan sebagai tanda komitmen Persekutuan Pengakap Malaysia WP Kuala Lumpur dalam program kesukarelawanan ini.

Isnin, Januari 30, 2017

Latihan Persediaan Calon Pengakap Raja Troop Pengakap Laut 183

 
 Sesi kerja carta nautika menggunakan carta Pelabuhan Barat

Latihan Persediaan Calon Pengakap Raja Troop Pengakap Laut 183 telah dijalankan di Kem Changkat Budaya, Jenderam Hilir, Dengkil pada 27 hingga 29 Januari 2017 yang lalu iaitu semasa cuti sambutan Tahun Baru Cina. Seramai empat orang Ahli Pengakap Remaja Laut dari Troop Pengakap Laut 183 SMK Bandar Baru Sentul telah mengambil bahagian dalam sesi latihan ini. Mereka ialah:-

1. Ketua Troop 183 Saudari Nurul Nadirah binti Roslan
2. Ahli Troop 183 Saudari Wan Faizatul
3. Ahli Troop 183 Saudari Nur Emysha
4. Ahli Troop 183 Saudari Nur Athirah

Latihan istiadat mengibarkan bendera

Antara latihan yang dijalankan ialah latihan membina gejet, pertolongan cemas, peta topografi dan kompas, kerja carta nautika dan istiadat mengibarkan bendera. Peserta turut diberikan penerangan tentang persediaan ke arah Pra Pentarafan Pengakap Raja dari segi ujian dan peralatan. Sesi latihan ini telah dibantu oleh dua orang Ahli Krew yang juga Pengakap Raja WP Kuala Lumpur iaitu Bosun Saudara Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin dan Ahli Krew Saudara Mior Ahmad Ramadhan bin Mior Shahridan. Mereka turut berkongsi pengalaman mereka semasa menjalani Pentarafan Pengakap Raja. Sesi latihan sedikit terjejas disebabkan hujan yang amat lebat pada petang Sabtu.

 Latihan membina gejet

Ahad, Januari 22, 2017

Kerja Pembersihan Kem Changkat Budaya

 
 Membakar dahan dan ranting pokok yang sekah

Kerja pembersihan Kem Changkat Budaya telah dijalankan pada hari Sabtu, 21 Januari 2017 yang lalu. Setelah tidak digunakan selama beberapa bulan, kawasan kem telah menjadi semak. Kerja-kerja ini telah dijalankan oleh Skipper, Jurulatih Jemputan Krew Encik Norfian Nazir dan Ahli Krew Saudara Lee Wei Rong. Selain memotong rumput, kerja pembersihan telah dijalankan di surau, dapur, dewan dan setor. Sebuah almari besi telah dibeli untuk menyimpan peralatan-peralatan kem yang mudah rosak.

Membeli almari besi untuk menyimpan barangan yang mudah rosak 

Isnin, Januari 16, 2017

Karnival Sehari Bersama Pengakap Daerah Seputeh

 
 Saudara Adham Aiman memberi penerangan tentang perisian Ship Simulator kepada YH. Dato' Dr. Elli bin Haji Mohd Tahir, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur

 Sesi penerangan tentang carta nautika dan alatan kerja carta

 Bergambar beramai-ramai bersama YH. Dato' Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan delegasi VIP yang mengunjungi Pameran Pengakap Laut

Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seputeh telah menganjurkan program Karnival Sehari Bersama Pengakap Daerah Seputeh pada hari Ahad, 15 Januari 2017 bertempat di SJK (C) Salak Selatan. Program ini telah dirasmikan oleh YH. Dato' Dr. Elli bin Hj. Mohd Tahir, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur. Krew telah menerima jemputan untuk mengadakan Pameran Pengakap Laut sebagai salah satu daripada pengisian program ini.

 Saudari Athirah di base Ship Simulator

 Antara buku-buku rujukan kepelautan yang dipamerkan

 Banting informasi untuk Kem Pendidikan Marin Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan

Carta nautika, alatan kerja carta, buku rujukan simbol dan singkatan carta MAL 1, buku jadual pasang surut air laut Semenanjung Malaysia

 Alatan rekreasi air seperti pakaian renang, pakaian menyelam dan bot kawalan jauh

 Banting informasi tentang apa itu Pengakap Laut?, Perhimpunan Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan dan Kursus Kepimpinan Asas Pemimpin Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan

Beberapa montaj aktiviti Pengakap Laut ditayangkan secara terus menerus menggunakan kemudahan projektor LCD yang terdapat di kelas tersebut

Sebuah bilik darjah telah diperuntukkan sebagai lokasi Pameran Pengakap Laut. Antara elemen yang dipamerkan ialah banting informasi, simulator kapal, buku-buku rujukan kepelautan, komponen asas kerja carta dan sijil-sijil penghargaan daripada pelbagai agensi. Hadir berkhidmat sebagai koordinator pameran adalah seperti senarai di bawah. Bosun Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin turut berkesempatan hadir selepas waktu tengah hari.

1. Ahli Krew Muhammad Adham Aiman bin Nor Apandi 
2. Ketua Troop 183 Saudari Nurul Nadirah binti Roslan
3. Ahli Troop 183 Wan Faizatul Syarniesha binti Wan Suhaimi
4. Ahli Troop 183 Nur Afiqah Irfahani binti Azmi
5. Ahli Troop 183 Nur Athirah binti Razali
6. Ahli Troop 183 Nurfarisya Husna binti Ismail
7. Ahli Troop 183 Nur Safiya binti Nazir

Skipper bergambar bersama para koordinator Pameran Pengakap Laut yang diketuai oleh Saudara Adham Aiman

Saudara Adham Aiman  bersama Bosun Wan Muammar Qaddafi

Skipper bersama Saudara Adham Aiman

Selain Pameran Pengakap Laut dan Pameran Pengakap, acara lain yang turut diadakan ialah komunikasi radio amatur serta sesi bermain projek perintis seperti ferris wheel, merry go round, viking ship, catapult dan lain-lain lagi. Projek perintis ini telah dibina oleh Ahli-ahli Krew Kelana 'A' Daerah Setiawangsa menerusi tunjuk ajar oleh beberapa orang Jurulatih Antarabangsa dari Hong Kong. 

Kompilasi gambar di tapak projek perintis

Video "merry go round"

Video "ferris wheel"

Video "viking ship"


Program ini secara keseluruhannya telah dihadiri oleh kira-kira 300 orang Ahli Pengakap Kanak-kanak dari seluruh Kuala Lumpur. Krew mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Encik Darren Wan Jie Kang, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Seputeh yang telah sudi menjemput kami untuk mengadakan pameran dalam program yang menarik ini.