Jumaat, Julai 24, 2015

Majlis Hari Raya Krew 1436H / 2015M

Bergambar beramai-ramai setelah selesai majlis tersebut

Krew telah mengadakan Majlis Hari Raya bertempat di kediaman Skipper di Kem Cangkat Budaya, Jenderam Hilir, Dengkil, Selangor pada hari Khamis, 23 Julai 2015 yang lalu. Majlis ini diadakan bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga Krew di samping menjamu selera bersama-sama. Majlis ini turut dihadiri oleh Saudara Haqqim bin Harun yang merupakan Pengerusi Sekretariat Pengakap Kelana Negeri WP Kuala Lumpur. Warga Krew dan Troop Pengakap Laut 183 yang berkesempatan hadir adalah seperti berikut:-

1. Skipper Mohd Hilmi bin Abu Bakar
2. Chief Mate Mohd Norfardrol Marshar bin Mohd Sharip
3. 2nd Mate Mohd Ariff bin Mohd Tajudin
4. Ahli Kelana Kanan Rosbiah binti Mohd Shah
5. Ahli Kelana Kanan Nurnadia Shafika binti Ismail
6. Ahli Kelana Kanan Mardhiyah binti Yaacob
7. Bosun Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin
8. Yeoman Muhammad Shazwan bin Mohd Shafizal
9. Ahli Krew Mior Ahmad Ramadhan bin Mior Shahridan
10. Ahli Krew Muhammad Norkhairin bin Rollan
11. Ahli Krew Siti Nurfatimah Zahra binti Kamal
12. Ahli Krew Siti Diana Kamila binti Nadim
13. Ahli Krew Zuhayra Raihan binti Zahisham
14. Ahli Krew Sofiah binti Mazlin
15. Ahli Krew Atikah binti Mansor
16. Ahli Krew Luqman Haziq bin Ramli
17. Pen. Ketua Troop 183 Mohd Afizal bin Suhaimi
18. Pen. Ketua Troop 183 Amierul Firdauz bin Azwanizam
19. Ketua Patrol Ashrul Nuqman bin Abdul Aziz
20. Ketua Patrol Riky Danieal bin Misman

Krew mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga Krew dan Troop Pengakap Laut 183 yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri majlis ini. Semoga kita akan dapat mengulangi kejayaan majlis tahun ini pada tahun hadapan, insyaAllah.

Khamis, Julai 16, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H / 2015M


Krew mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H / 2015M kepada semua warga Krew dan rakan-rakan Pengakap yang beragama Islam. Semoga kita semua dapat memanfaatkan Aidilfitri kali ini untuk saling bermaafan dan merapatkan hubungan silaturrahim antara kita. Ameen.

Ahad, Julai 12, 2015

Bengkel Ikhtisas Jambori Pengakap Malaysia Ke-13

Para pesera bengkel bergambar beramai-ramai selepas selesainya bengkel tersebut

Persekutuan Pengakap Malaysia WP Kuala Lumpur telah menganjurkan Bengkel Ikhtisas Jambori Pengakap  Malaysia Ke-13 bertempat di Dewan Titiwangsa, Kompleks Belia dan Sukan WPKL, Kampung Pandan. Bengkel ini telah disertai oleh kira-kira 80 orang Pesuruhjaya di peringkat Negeri dan Daerah, Pemimpin Kumpulan dan Ahli Kelana dari seluruh WP Kuala Lumpur. Krew telah diwakili oleh Bosun Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin, Yeoman Muhammad Shazwan bin Mohd Shafizal dan Ahli Krew Rizwandi bin Abdul Rahman. 

Warga Krew yang hadir sebagai peserta bengkel ini

Bengkel ini telah dimulakan dengan tiga sesi ceramah untuk memberi pendedahan kepada para peserta bengkel tentang penganjuran jambori. Ceramah pertama bertajuk "Jambori Antarabangsa" telah disampaikan oleh YBhg. Dr. Mohammed Mukhyuddin bin Sarwani, Pesuruhjaya Antarabangsa Persekutuan Pengakap Malaysia. Ini diikuti oleh ceramah kedua bertajuk "Jambori Pengakap Malaysia dan Struktur Pentadbiran Jambori" oleh YBhg. Tuan Haji Ishak bin Mohd Jonid, Pesuruhjaya Latihan Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor.

YH. Dato' Dr. Elli bin Haji Mohd Tahir menyampaikan cenderahati kepada 
YBhg. Dr. Mohammad Mukhyuddin bin Sarwani, Pesuruhjaya Antarabangsa PPM

Ceramah ketiga sepatutnya disampaikan oleh YBhg. Tuan Haji Azizul Azhar bin Abdul Rahman, Pengerusi Program Negeri Perak. Walau bagaimanapun, disebabkan masalah teknikal dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, beliau tidak dapat hadir pada saat-saat akhir dan telah digantikan oleh Skipper yang juga Pengerusi Program WP Kuala Lumpur. Ceramah ketiga bertajuk "Pengendalian Jambori" melibatkan proses-proses yang perlu dilalui sebelum, semasa dan selepas penganjuran sesebuah jambori.

Selamat rehat tengah hari, bengkel ini telah disambung dengan sesi brainstorming di mana para peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan seperti berikut:-

Kumpulan 1 - Pentadbiran
Moderator: Encik Dzulfikar Kamal bin Kamarudin (PKPPNg. WP Kuala Lumpur - Latihan)

Kumpulan 2 - Logistik
Moderator: Encik Muhammad Rahimi bin Mahmud (PKPPNg. WP Kuala Lumpur - Unit Kelana)

Kumpulan 3 - Aktiviti
Moderator: Encik Mohd Hilmi bin Abu Bakar (PKPPNg. WP Kuala Lumpur - Program)

Kumpulan 4 - Promosi dan Pemasaran
Moderator: Encik Jufri Lai bin Abdullah (PKPPNg. WP Kuala Lumpur - Tugas-Tugas Khas)

Sesi ini telah diikuti oleh sesi penggulungan oleh keempat-empat moderator dengan hasil bengkel akan dikompilasikan untuk dijadikan garis panduan penganjuran Jambori Pengakap Malaysia Ke-13 pada 26 November hingga 1 Disember 2016 yang akan datang.

YH. Dato' Dr. Elli bin Haji Mohd Tahir menyampaikan amanat kepada semua peserta bengkel

Bengkel telah ditutup dengan Majlis Berbuka Puasa PPMWPKL di tingkat bawah bangunan tersebut. Jutaan terima kasih kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang telah menaja makanan untuk juadah berbuka puasa pada kali ini. 

Sabtu, Julai 11, 2015

Majlis Iftar Bersama Anak Yatim dan Warga Tua Anjuran SMS Deen Foundation

Krew telah menerima jemputan untuk membantu penganjuran Majlis Iftar Bersama Anak Yatim dan Warga Tua anjuran SMS Deen Foundation pada hari Khamis, 10 Julai 2015 yang lalu bertempat di Jalan Fatimah, Masjid India, Kuala Lumpur. Seramai 13 orang warga Krew Kelana 'C' WP Kuala Lumpur dan 9 orang warga telah hadir bermula jam 4 petang. Majlis tersebut melibatkan anak yatim dan warga tua berbilang kaum dari seluruh Kuala Lumpur. Hadir merasmikan majlis ini ialah Ahli Dewan Negara yang juga Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA), YB. Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Kader. 

Warga Krew telah berkhidmat membungkus set makanan dan minuman, seterusnya mengedarkan kepada golongan gelandangan, orang miskin dan orang awam yang berada di sekitar kawasan Masjid India. Set makanan dan minuman ini disumbangkan oleh empat restoran India Muslim yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur iaitu Restoran Syed Bistro, Restoran ABC, Restoran Uncle Rahmat dan Restoran Kayu Nasi Kandar. 

Selain itu, Krew juga telah turut membawa anak-anak yatim daripada Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa untuk sama-sama diraikan dalam majlis ini. Penglibatan warga Rumah Titian Kaseh ini merupakan antara inisiatif yang diusahakan oleh Krew melalui projek kemanusiaan #HumanityStartWithMe yang juga merupakan projek jangka panjang antara Krew dan Rumah Titian Kaseh. Anak yatim dan warga tua yang hadir telah mendapat duit raya sumbangan SMS Deen Foundation.

Berikut adalah senarai warga Krew dan Troop Pengakap Laut 183 yang telah hadir berkhidmat untuk majis ini:-

Kelana 'C' WP Kuala Lumpur

1. Mohd Hilmi Abu Bakar
2. Mohd Hafizal bin Azizudin
3. Ismail bin Ibrahim
4. Rosbiah binti Mohd Shah
5. Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin
6. Muhammad Shazwan bin Mohd Shafizal
7. Mohammad Ridwan bin Rosman
8. Rizwandi bin Abdul Rahman
9. Siti Nurfatimah Zahra binti Kamal
9. Mior Ahmad Ramadhan bin Mior Shahridan
10. Muhammad Norkhairin bin Rollan
11. Afiq Hafizuddin bin Mizan
12. Luqman Haziq bin Ramli
13. Adik Shazwan

Troop Pengakap Laut 183 WP Kuala Lumpur

1. Amierul Firdaus bin Azwanizam
2. Mohd Afizal bin Suhaimi
3. Riky Danieal bin Misman
4. Nadirah
5. Julia
6. Nisa
7. Auni
8. Wan
9.  Arman