Isnin, Mac 11, 2013

Khidmat Masyarakat Pembersihan Bukit Broga

Ahli-ahli Pengakap yang menyertai bergambar beramai-ramai di Bukit Broga

Seramai 21 orang ahli Pengakap Laut dan Pengakap daripada Troop 183 (SMK Bandar Baru Sentul) dan Troop 227 (SMK Batu Muda) dengan diiringi oleh Pemimpin Krew, Storekeeper Krew dan Koordinator Memanjat Gunung Krew, Saudara Mohd Samat telah menyertai Aktiviti Membersihkan Bukit Broga yang dianjurkan oleh NGO Pendaki Bukit B.C.A (Budak Cap Ayam) di Bukit Broga, Semenyih pada 10 Mac 2013 yang lalu. Acara ini membantu para peserta untuk menyelesaikan prasyarat Lencana Maju iaitu khidmat masyarakat selama 3 jam dan prasyarat Lencana Jaya iaitu mendaki bukit dengan ketinggian 300  meter. Selain Pengakap dan Pengakap Laut, acara ini turut disertai oleh orang awam. Hampir 20 unit plastik sampah berjaya dipenuhkan untuk acara kali ini. Pihak penganjur telah menyediakan jamuan ringan untuk semua yang terlibat.

Para peserta menikmati jamuan ringan di kaki Bukit Broga setelah selesai acara

Isnin, Mac 04, 2013

Pameran Pengakap Laut Sempena Sambutan Hari Pengasas Peringkat Daerah Seremban Timur

Warga Pengakap KL yang hadir bergambar beramai-ramai di depan kanopi Pameran Pengakap Laut

Krew berbesar hati menerima jemputan daripada Pasukan Pengakap Kelana 'A' Seremban Timur (PPKAST) untuk mengadakan Pameran Pengakap Laut sempena Sambutan Hari Pengasas Pengakap Peringkat Daerah Seremban Timur pada hari Sabtu, 2 Mac 2013 yang lalu bertempat di Padang SMK King George V, Seremban. Acara ini diadakan bagi memperingati tarikh lahir Pengasas Pengakap Sedunia, Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell pada 22 Februari 1857.

Sabtu, Mac 02, 2013

Sijil Kursus Kayak Star Award 1 Telah Siap Sedia!


Perhatian kepada para peserta Kursus Kayak Star Award 1 Pengakap Laut WPKL Edisi 1/2013 yang telah diadakan pada 19 Januari 2013 yang lalu, sijil bagi kursus tersebut telah ada dalam simpanan Pemimpin Krew mulai 2 Mac 2013. Sila hubungi untuk penyerahan sijil tersebut. Tahniah kepada semua peserta yang  telah berjaya melepasi ujian teori dan praktikal yang dijalankan. Selamat datang ke dunia kayak. :)