Warga Krew yang menyertai Larian Keamanan Pengakap 2016 bergambar di pentas utama bersama
YBhg. Tan Sri Ketua Pengakap Negara, YBhg. Dato' Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara dan
YH. Dato' Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur
Buat julung-julung kalinya, Persekutuan Pengakap Malaysia telah menganjurkan Larian Keamanan Pengakap 2016 (Scouts Peace Run). Larian ini telah diadakan pada pagi Ahad, 17 Julai 2016 yang lalu dan disertai oleh kira-kira 1,700 orang peserta awam dari pelbagai latar belakang. Larian ini bermula di Padang Merbok, Kuala Lumpur sekitar jam 7.30 pagi melibatkan dua kategori iaitu larian 5 kilometer dan 10 kilometer.
Para peserta sedang bersedia untuk memulakan larian sekitar jam 7.30 pagi
Barisan kepimpinan Persekutuan Pengakap Malaysia yang hadir di Padang Merbok
Hadir merasmikan acara ini ialah Ketua Pengakap Negara, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Paduka Dr. Hj. Shafie bin Hj. Mohd Salleh. Antara kepimpinan tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia yang turut hadir ialah:-
- Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, YBhg. Mej. Jen. Prof. Dato' Dr. Hj. Mohd Zin bin Bidin;
- Ketua Pegawai Eksekutif PPM, YM. Dato' Raja Ruslan bin Raja Samah;
- Ketua Pegawai Operasi PPM, YBrs. Encik Mohd Zaki bin Nurud-din @ Nordin;
- PKPPN (Messenger of Peace), YBhg. Encik Amir Hamzah bin Aman
- PKPPN (Profil Kepengakapan), YBhg. Encik Ahmad Sabri bin Saad
- Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur, YH. Dato' Dr. Elli bin Hj. Mohd Tahir
YH. Dato' Dr. Elli bin Haji Mohd Tahir, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur
di hadapan gerai Pameran Pengakap Laut
Bersama 5th Mate Encik Mohd Hafizal bin Azizudin
Ahli-ahli Krew berehat di gerai Pameran Pengakap Laut selepas selesai larian
Seramai lapan orang Ahli Krew telah menyertai larian tersebut dan berjaya menyelesaikan larian dengan jayanya:
- Bosun Saudara Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin
- Ahli Krew Saudara Mior Ahmad Ramadhan bin Mior Shahridan
- Ahli Krew Saudari Zuhayra Raihan binti Zahisham
- Ahli Krew Saudara Luqman Haziq bin Ramli
- Ahli Krew Saudara Mohd Afizal bin Suhaimi
- Ahli Krew Saudara Aiman Haziq bin Mohd Fadzil
- Ahli Krew Saudara Harieshkumar A/L Thillai Nathan
- Saudari Fatin (dari Pengakap Laut Sarawak)
Ahli-ahli Troop 183 yang hadir membantu di gerai Pameran Pengakap Laut
Krew telah diamanahkan untuk mengadakan Pameran Pengakap Laut semasa larian ini. Hadir membantu di gerai Pameran Pengakap Laut ialah
- Encik Evengel S. Logeswarren - PKPPNg. WP Kuala Lumpur (Kumpulan Terbuka)
- 5th Mate Encik Mohd Hafizal bin Azizudin
- Ketua Troop 183 Saudari Nurul Nadirah binti Roslan
- Ahli Troop 183 Saudari Norsyazleen Fadzilah binti Khalid
- Ahli Troop 183 Saudari Nur Athirah bin Razali
Para peserta melakukan tarian zumba selepas selesainya larian tersebut
Pihak penganjur telah berkolaborasi dengan Nestle (M) Sdn. Bhd dan F&N. Air milo, bijirin dan air 100 Plus telah disediakan secara percuma untuk para peserta. Para peserta telah menerima t-shirt Larian Keamanan Pengakap 2016 lebih awal sebelum larian tersebut. Selepas tamatnya larian, para peserta menjalani aktiviti tarian zumba. Semua yang menamatkan larian menerima pingat dan sijil Larian Keamanan Pengakap 2016. Acara ini tamat sepenuhnya sekitar jam 11.00 pagi.
Skipper bergambar dengan rakan-rakan PPMWPKL sebelum bergerak pulang


.









