Khamis, November 26, 2015

Seaboree Sarawak Ke-4 & Perhimpunan Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan Kali Kedua 2015

Kontinjen PPMWPKL di KLIA2 sebelum berlepas ke Miri pada 21 November 2015

Seaboree Sarawak Ke-4 & Perhimpunan Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan Kali Kedua 2015 telah diadakan pada 21 hingga 27 November 2015 bertempat di Marina Bay, Miri, Sarawak. Acara ini telah disertai oleh kira-kira 600 orang terdiri daripada Ahli-ahli Pengakap Laut dan para Pemimpin Pengakap Laut dari seluruh negara. Turut hadir ialah warga Pengakap dari Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Thailand. 

Sebahagian Ahli Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan yang hadir di majlis perasmian

PPM WP Kuala Lumpur telah menghantar kontinjen seramai sepuluh orang yang diketuai oleh Skipper Encik Mohd Hilmi bin Abu Bakar yang juga Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur (Program & Pengakap Laut). Ahli-ahli kontinjen yang lain adalah seperti berikut:-
  • Chief Mate Encik Mohd Norfardrol Marshar bin Mohd Sharip
  • Ahli Kelana Kanan Encik Mohd Hizam bin Che Abdul Rahim
  • Bosun Saudara Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin
  • Ahli Kelana Saudari Siti Diana Kamila binti Nadim
  • Ahli Troop Pengakap Laut 183 SMKBBS Saudara Muhammad Anwar bin Zulkarnain
  • Ahli Troop Pengakap Laut 183 SMKBBS Saudari Nur Afiqah Irfahani binti Azmi
  • Ahli Troop Pengakap Laut SMAKL Saudari Nur Amalisa binti Ibarahim
  • Ahli Troop Pengakap Laut SMAKL Saudari Nik Nurin Adlina binti Zurizalazuan
  • Ahli Troop Pengakap Laut SMAKL Saudari Puteri 'Ain Sofiah binti Mohd Jeffrey
Encik Noor Azmi bin Ujang dan Encik Alvin Johnson bersama Perisai Khamaruzaman

Pelbagai aktiviti yang memfokuskan kepada ilmu kepelautan dan rekreasi air telah dijalankan. Pengerusi Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan, Encik Noor Azmi bin Ujang dan Skipper Encik Mohd Hilmi bin Abu Bakar telah bertugas sebagai Penyeleras Aktiviti. Ahli Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan, Encik Alvin Johnson pula telah bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti. Acara ini juga turut menjadi medan untuk mempertandingkan Perisai Khamaruzaman yang dilancarkan oleh Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan bagi memperingati Sea Dad Allahyarham Tuan Khamaruzaman bin Samsudin yang telah meninggal dunia pada 4 Februari 2015 yang lalu.




Krew sedang mengendalikan sesi Kempen Save Our Seafood (S.O.S.)

Krew telah diamanahkan untuk mengendalikan Zon Aktiviti 6 - Konservasi Marin. Zon aktiviti ini terdiri daripada lima aktiviti iaitu Kempen Save Our Seafood (S.O.S.), Oseanografi, Recycle Life Jacket, Operasi Pembersihan Pantai dan Masalah Kesihatan di Laut. Zon aktiviti ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta.


Para peserta bersama alat bantuan apungan daripada botol plastik terbuang

Kontinjen WP Kuala Lumpur telah terpaksa pulang awal pada 25 November 2015 disebabkan beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, sebuah kejutan majlis sambutan hari jadi untuk Skipper telah diadakan oleh rakan-rakan dari Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan dan Pengakap Laut Negeri Sarawak sekitar jam 5 petang, iaitu hanya beberapa jam sebelum Kontinjen PPMWPKL berlepas pulang. 

Bergambar beramai-ramai selepas kejutan majlis sambutan hari jadi Skipper

Seaboree Sarawak Ke-4 & Perhimpunan Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan Kali Kedua 2015 kini telah berakhir, tetapi meninggalkan sejuta kenangan manis kepada ahli-ahli kontinjen yang menyertainya. Sebagai tuan rumah untuk Perhimpunan Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan Kali Pertama pada Ogos 2014 yang lalu, Pengakap Laut WP Kuala Lumpur berasa amat terharu dan gembira kerana hasrat untuk menjadikan program ini sebagai acara tahunan telah berjaya direalisasikan. Semoga akan terus dianjurkan setiap tahun demi anak-anak Pengakap Laut di seluruh negara!

Isnin, Oktober 19, 2015

Perkhidmatan di World JOTA-JOTI Stesen 9M4SJW di SK Setiawangsa

Ahli-ahli Krew sedang mengendalikan sesi Isyarat Bendera Semaphore

Sempena World JOTA Ke-58 & World JOTI Ke-19 yang diadakan di seluruh dunia pada 16 hingga 18 Oktober 2015, Unit Komunikasi PPMWPKL telah membuka Stesen JOTA-JOTI 9M4SJW bertempat di SK Setiawangsa pada hari Sabtu 17 Oktober 2015 yang lalu. Seramai kira-kira 80 orang Ahli Pengakap dari seluruh Kuala Lumpur telah mengunjungi stesen ini dan menjalani pelbagai aktiviti yang diadakan. Krew telah dijemput untuk oleh mengendalikan sesi Isyarat Bendera Semaphore. Program ini telah dijalankan mulai jam 8 pagi hingga 1 tengah hari.

Sijil, lencana dan button badge yang diberikan oleh penganjur kepada para petugas

Seramai enam orang warga Krew telah hadir membantu perjalanan program ini dengan empat orang berkhidmat sepenuh masa. Dua orang lagi iaitu Skipper dan Bosun Saudara Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin hadir pada awal dan akhir program kerana mengendalikan Kembara 16 Kilometer Troop Pengakap Laut 183 WP Kuala Lumpur. Ahli-ahli Krew yang hadir membantu perjalanan program adalah seperti berikut:-
1. Koordinator Perkhidmatan Kelana Encik Mohd Hilmi bin Mat Saad
2. Ahli Krew Saudari Siti Nurfatimah Zahra binti Kamal
3. Ahli Krew Saudari Nur Nelissa binti Nazri
4. Ahli Krew Saudara Mohamad Shahair bin Abdul Kadir

Isnin, Oktober 12, 2015

Scout of the World Discovery National Workshop 2015

Para peserta bengkel bergambar beramai-ramai di hadapan bangunan kampus UIAM Kuantan

Krew telah menghantar delegasi seramai enam orang untuk menyertai bengkel Scout of the World Discovery National Workshop 2015 bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Kuantan pada 9 hingga 11 Oktober 2015 yang lalu. Krew telah diwakili oleh:-
1. Bosun Saudara Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin
2. Purser Saudara Mohamad Ridwan bin Rosman
3. Ahli Krew Saudari Atikah binti Mansor
4. Ahli Krew Saudara Muhammad Fahimi bin Ahmad Roslan
5. Ahli Krew Saudara Luqman Haziq bin Ramli
6. Ahli Krew Saudara Mohamad Shahair bin Abdul Kadir

 
Bosun sedang membentangkan hasil perbincangan

Bosun menerima sijil penyertaan daripada Koordinator MOP, SWA dan WSEP Kebangsaan, 
YBhg. Tuan Amir Hamzah bin Aman

Melalui bengkel ini, para peserta telah diberi pendedahan tentang apa itu Scout of the World Award dan bagaimanakah kaedah untuk mendapatkan anugerah tersebut. Peserta juga telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membincangkan projek-projek komuniti yang bersesuaian sebagai platform untuk menyelesaikan prasyarat anugerah ini.

Bersama rakan-rakan Kelana dari negeri-negeri lain

Sebagai hasilnya, suatu kerjasama strategik telah dirancang bersama-sama rakan-rakan Kelana dari Pahang dan Selangor. Ini akan membolehkan ketiga-tiga negeri menyokong antara satu sama lain walaupun projek dijalankan secara berasingan. Krew dijangka memfokuskan kepada aktiviti komuniti berkaitan dengan persekitaran marin di samping memberi penekanan kepada Kempen Save Our Seafood 2.0.

Delegasi krew bergambar bersama penerima Anugerah Scout of the World Award sebelum ini

Ahad, Oktober 11, 2015

Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 (Unit Pengakap Kanak-Kanak & Pengakap Muda)


Skipper sedang menyampaikan ceramah kepada para peserta kursus

Pasukan Latihan Negeri WP Kuala Lumpur dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Segambut telah mengadakan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 (Unit Pengakap Kanak-Kanak & Pengakap Muda) pada 9 hingga 10 Oktober 2015 yang lalu bertempat di SK Bandar Manjalara, Segambut. Ketua Kursus bagi Unit Pengakap Kanak-Kanak ialah Encik Mark Suresh manakala Ketua Kursus bagi Unit Pengakap Muda ialah Encik Chong Beng Ming.




Setiap kumpulan sedang mengadakan perbincangan

Skipper telah dijemput untuk memberi ceramah bagi sesi "Merancang Program" untuk kedua-dua Unit Pengakap Kanak-Kanak dan Pengakap Muda. Sesi ini berlangsung selama tiga jam merangkumi ceramah penerangan, perbincangan dalam kumpulan dan pembentangan hasil perbincangan. Perancangan program dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Program Jangka Panjang (tahunan), Program Jangka Pendek (bulanan) dan Perjumpaan mingguan. Diharap agar para peserta akan dapat merancang dan menjalankan program dengan baik dan efektif setelah menjalani sesi ini.


Para peserta sedang membentangkan hasil perbincangan masing-masing

Sabtu, Oktober 10, 2015

Tahniah Kepada Saudara Muhammad Adham Aiman!

Saudara Muhammad Adham Aiman bersama sijil dan trofi Tokoh Kokurikulum SMK Bandar Baru Sentul

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Saudara Muhammad Adham Aiman bin Nor Apandi, Ketua Troop Pengakap Laut 183 SMK Bandar Baru Sentul 2014/2105 yang telah menerima Anugerah Tokoh Kokurikulum SMK Bandar Baru Sentul bagi tahun 2015 sempena Hari Anugerah Cemerlang SMK Bandar Baru Sentul yang telah diadakan pada hari Sabtu, 10 Oktober 2015 yang lalu. Semoga anugerah ini akan menaikkan lagi semangat Saudara Muhammad Adham Aiman untuk mencapai yang terbaik di dalam peperiksaan SPM yang telah hampir dan seterusnya mencapai Anugerah Pengakap Raja pada akhir tahun nanti. 

Ahad, Oktober 04, 2015

Mesyuarat Persediaan Seaboree Sarawak Ke-4 & Perhimpunan Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan Kali Kedua 2015

Ahli mesyuarat bergambar beramai-ramai setelah selesai mesyuarat tersebut

Mesyuarat Persediaan Seaboree Sarawak Ke-4 & Perhimpunan Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan Kali Kedua 2015 telah diadakan pada 3 Oktober 2015 yang lalu bertempat di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri, Sarawak. Skipper sebagai Setiausaha Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan telah menghadiri mesyuarat ini bersama-sama Tuan Noor Azmi bin Ujang selaku Pengerusi Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan. Untuk program ini, Sekretariat telah bertindak sebagai penasihat bagi Jawatankuasa Aktiviti.



Suasana di dalam dewan mesyuarat

Turut menghadiri mesyuarat ini ialah kepimpinan tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sarawak iaitu Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sarawak, YBrs. Tuan Haji Sa'id bin Haji Bolhassan; Pesuruhjaya Pengakap Laut Negeri Sarawak, YBrs. Encik Bollhassan bin Abdul Latip, Pengerusi Pasukan Latihan Negeri Sarawak, YBrs. Encik Ngatiman; Pesuruhjaya Pengurusan Risiko Negeri Sarawak, YBrs. Encik Mohamad bin Matsah dan Bendahari Majlis Pengakap Negeri Sarawak. Selain itu, para Pesuruhjaya dan Pemimpin tempatan dari Daerah Miri yang menjadi penggerak utama program ini telah hadir.

Sesi perbincangan ringkas bersama kepimpinan tertinggi PPM Negeri Sarawak

Sebelum mesyuarat berlangsung, suatu perbincangan ringkas telah diadakan di Hotel Dynasty, Miri antara kepimpinan tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sarawak dan delegasi Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan. Selepas itu, suatu lawatan tapak ringkas telah diadakan di tapak Seaboree di Marina Bay bagi membolehkan wakil Sekretariat menjalankan penilaian ke atas tapak tersebut.


Lawatan tapak ke Marina Bay yang bakal menjadi lokasi Seaboree

Mesyuarat persediaan tersebut telah dijalankan di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang bermula pada jam 2 petang dan berakhir kira-kira jam 7 malam. Pelbagai keputusan telah dicapai sepanjang mesyuarat dan beberapa permasalahan telah dapat diselesaikan. Kami telah dijamu makan malam berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Miri sebelum berlepas pulang sekitar jam 9 malam.

Singgah makan malam sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur

Selasa, September 29, 2015

Tahniah Kepada Saudara Afiq Hafizuddin!

Ahli Krew Saudara Afiq Hafizuddin bin Mizan

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ahli Krew Saudara Afiq Hafizuddin bin Mizan yang telah dipilih oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk menyertai Pelayaran Kapal Layar Diraja Tunas Samudera (Skim Belia) Voyage 335/2015. Pelayaran ini akan diadakan di laluan Lumut - Langkawi - Lumut bermula pada 9 hingga 22 September 2015. Krew mendoakan agar Saudara Afiq Hafizuddin akan dapat menimba pelbagai pengalaman yang berguna khasnya dalam ilmu kepelautan sepanjang pelayaran itu. Semoga selamat pergi dan selamat kembali. Ameen. 

Isnin, September 28, 2015

Khidmat Masyarakat di Karnival Hari Keluarga India Muslim Malaysia

Bergambar beramai-ramai di depan gerai aktiviti dan sukaneka yang dikendalikan oleh warga Pengakap Laut PPMWPKL

Unit Pengakap Laut PPM WP Kuala Lumpur (PPMWPKL) telah menerima jemputan daripada Yayasan SMS Deen untuk berkhidmat sebagai petugas di Karnival Hari Keluarga India Muslim Malaysia. Karnival ini telah diadakan bertempat di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Seksyen 21, Shah Alam pada hari Ahad, 27 September 2015 yang lalu. Ini merupakan kolaborasi kedua antara Unit Pengakap Laut PPMWPKL dengan Yayasan SMS Deen setelah bekerjasama menjayakan Majlis Iftar Ramadhan di Jalan Masjid India pada bulan Ramadhan yang lalu.

Khidmat masyarakat kali ini telah diketuai oleh Skipper Encik Mohd Hilmi bin Abu Bakar yang juga Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur (Pengakap Laut). Beliau disertai oleh tujuh (7) orang Ahli Krew dan dua puluh (20) orang Ahli Troop Pengakap Laut 183 WP Kuala Lumpur. Setiap petugas telah diberikan topi Pengakap Laut edisi khas. Mereka juga dibekalkan ves pantul cahaya Yayasan SMS Deen untuk memudahkan pemantauan. 

Para petugas mengendalikan pengkalan aktiviti Yayasan SMS Deen, iaitu salah satu daripada tiga pengkalan aktiviti yang dibuka kepada para pengunjung pada hari tersebut. Selain mengendalikan pendaftaran dan pembahagian hadiah, para petugas dari Pengakap Laut WPKL telah mengendalikan aktiviti dart, sukaneka pingpong, bola sepak, sukaneka tennis, acara sprint, sepak takraw dan hoki. Makanan dan minuman petugas telah disediakan sepanjang menjalankan tugasan di pengkalan aktiviti tersebut.

Ahli Krew yang hadir berkhidmat adalah seperti berikut:-
1. Bosun Saudara Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin
2. Purser Saudara Mohamad Ridwan bin Rosman
3. Ahli Krew Saudari Nurfatimah Zahra binti Kamal
4. Ahli Krew Rizwandi bin Abdul Rahman
5. Ahli Krew Muhammad Norkhairin bin Rollan
6. Ahli Krew Ameer Iskandar bin Zainal Abidin
7. Ahli Krew Mohamad Shahair bin Abdul Kadir

Ahli Troop Pengakap Laut 183 yang hadir berkhidmat adalah seperti berikut:-
1. Saudara Muhammad Adham Aiman bin Nor Apandi
2. Saudara Amierul Firdaus bin Azwanizam
3. Saudara Mohd Afizal bin Suhaimi
4. Saudari Nurul Nadirah binti Roslan
5. Saudari Wan Faizatul Syarniesha binti Wan Suhaimi
6. Saudari Nurfarisya Husna binti Ismail
7. Saudari Nur Fiffy Adreena binti Remy Julian
8. Saudari Khairunnisa Firas binti Mohd Shaharudin
9. Saudari Eka Ulandari binti Azmi
10. Saudari Nur Nabilah binti Zainol Abidin
11. Saudari Ain Syuhada binti Herman
12. Saudara Muhd. Isma Haikal bin Abdul Kafli
13. Saudari Aida Rasyidah binti Ruddyansjah
14. Saudari Tiara Purnama Syafiqah binti Mohd Faizal
15. Saudari Resy Farhana binti Herman
16. Saudari Nurul Nadiah binti Ahmad Ghazali
17. Saudari Siti Nurafiqah binti Muhammad Fadzil
18. Saudari Nur Hidayatul Hazirah binti Khairuddin
19. Saudari Nur Natasya binti Amir Sabri
20. Saudari Nurul Niesha binti Mohd Shafiee

Ahad, September 27, 2015


Sampel topi aktiviti rasmi Pengakap Laut Malaysia

Untuk memudahkan pengenalan identiti dan sebagai pemangkin kepada imej Pengakap Laut, pihak Sekretariat telah mengeluarkan sampel pertama 50 unit topi aktiviti rasmi Pengakap Laut untuk menilai sambutan warga Pengakap Laut di seluruh negara terhadap produk ini. Topi ini dijual dengan harga RM22 seunit (tidak termasuk kos pos). Kepada sesiapa yang berminat, boleh menghubungi Skipper untuk maklumat lanjut.

Ahad, September 20, 2015

Persiapan Ke Arah Pentarafan Pengakap Raja

Calon-calon sedang melengkapkan buku log masing-masing

Sesi melengkapkan buku log sebagai persediaan ke arah Pentarafan Pengakap Raja telah dijalankan di Kem Cangkat Budaya, Jenderam Hilir pada hari Jumaat dan Sabtu yang lalu (18 hingga 19 September 2015). Sesi ini merupakan sesi pertama dan telah disertai oleh tiga orang calon Pengakap Raja iaitu Ahli Krew Saudari Siti Nurfatimah Zahra binti Kamal (calon batch 2014), Ahli Troop 183 Saudara Amierul Firdaus bin Azwanizam (calon batch 2015) dan Ahli Troop 183 Saudara Riky Danieal bin Misman (calon batch 2015). 

Beberapa sesi seumpama ini akan diadakan pada masa akan datang bagi membantu calon-calon Pengakap Raja yang tidak dapat hadir pada kali ini. Persekutuan Pengakap Malaysia WP Kuala Lumpur dijangka akan mengadakan Pentarafan Pengakap Raja pada pertengahan Disember 2015 ini bagi menampung calon-calon yang berkelayakan. Semoga semuanya dipermudahkan.

Rabu, September 16, 2015

Sesi Taklimat Pengakap Laut SMAKL

Skipper sedang menyampaikan taklimat kepada warga Pengakap Laut SMAKL

Skipper Encik Mohd Hilmi bin Abu Bakar telah menerima jemputan daripada Ustaz Mohd Sani bin Hamzah, Pemimpin Troop Pengakap Laut SMK Agama Kuala Lumpur (SMAKL), Bandar Manjalara untuk menyampaikan taklimat kepada ahli-ahli Pengakap Laut SMAKL berkenaan  apa itu Pengakap Laut dan Skim Latihan Pengakap Laut. Taklimat ini telah diadakan di Mini Auditorium SMAKL pada hari Rabu, 16 September 2015 bermula jam 10.00 pagi.


Isnin, September 07, 2015

Perkhemahan Lencana Kemahiran SM Sains Seri Puteri

Para peserta perkhemahan bergambar beramai-ramai bersama jambatan "double trestle bridge" yang mereka bina

Kumpulan Pengakap Ke-29 Daerah Batu (SM Sains Seri Puteri) telah mengadakan Kem Lencana Kemahiran Pengakap Remaja bertempat di Kem Cangkat Budaya, Jenderam Hilir, Dengkil pada 4 hingga 6 Setember 2015 yang lalu. Kem ini disertai oleh 19 orang ahli Pengakap Remaja dengan diiringi oleh Pemimpin Kumpulan, Puan Aida binti Aris dan Cik Siti Narini binti Mohd Idris. Skipper Encik Mohd Hilmi bin Abu Bakar telah bertindak sebagai Ketua Perkhemahan. Sesi dan ujian yang dijalankan adalah merangkumi sukatan pelajaran Lencana Kemahiran seperti Pandu Arah, Penganggaran, Ikhtiar Hidup, Masakan Rimba, Simpulan dan Ikatan, Projek Perintis dan lain-lain lagi. 

Beberapa orang Ahli Krew telah hadir membantu perjalanan perkhemahan ini seperti berikut:-
1. Pengurus Aset Krew Puan Rosbiah binti Mohd Shah
2. Yeoman Saudara Muhammad Shazwan bin Mohd Shafizal
3. Ahli Krew Saudari Siti Nurfatimah Zahra binti Kamal
4. Ahli Krew Saudara Mior Ahmad Ramadhan bin Mior Shahridan
5. Ahli Krew Saudara Luqman Haziq bin Ramli
6. Ahli Krew Saudara Mohamad Shahair bin Abdul Kadir

Di samping itu, turut hadir membantu adalah seperti  berikut:-
1. Jurulatih Jemputan Krew Encik Chan Zi-Lie (bagi sesi Menjejak dan Plaster Cast)
2. Jurulatih Jemputan Krew Encik Norfian bin Nazir (bagi sesi Jerat Ringkas)
3. Ahli Krew Kelana 'C' (Laut) Daerah Sepang Saudara Nur Firdaus bin Nor Azman

Kem ini telah berjalan dengan lancar dan bersurai pada hari Ahad, 6 September 2015 pada kira-kira jam 2.30 petang. Semoga para peserta telah mendapat pengalaman yang bermanfaat daripada perkhemahan ini.

Isnin, Ogos 31, 2015

1st Malaysia Open Rovers Challenge 2015

Bergambar semasa bersarapan pagi di Permatang Pauh sewaktu dalam perjalanan ke Baling

Krew telah terpilih untuk mewakili PPM WP Kuala Lumpur (PPMWPKL) ke 1st Malaysia Open Rovers Challenge 2015 yang telah dianjurkan oleh PPM Daerah Baling bertempat di Sungai Angkat, Kampung Iboi, Kupang, Baling, Kedah pada 26 hingga 30 Ogos 2015 yang lalu. Kontinjen PPMWPKL terdiri daripada 15 orang, iaitu tiga orang pengiring dan 12 orang ahli kontinjen seperti berikut:-

Pengiring
1. Encik Muhammad Rahimi bin Mahmud (PKPPNg. WP Kuala Lumpur - Unit Kelana)
2. Encik Mohd Hilmi bin Abu Bakar (PKPPNg. WP Kuala Lumpur - Program & Pengakap Laut)
3. Puan Rosbiah binti Mohd Shah (Pengurus Aset Krew Kelana 'C' (Laut) WP Kuala Lumpur)

Selepas menyertai pertandingan water bender

Ahli-ahli Kontinjen
1. Saudara Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin
2. Saudari Jennifer Loh Pui Pui
3. Saudara Mohamad Ridwan bin Rosman
4. Saudara Rizwandi bin Abdul Rahman
5. Saudari Siti Nurfatimah Zahra binti Kamal
6. Saudara Mior Ahmad Ramadhan bin Mior Shahridan
7. Saudara Afiq Hafizuddin bin Mizan
8. Saudari Sofiah binti Madzlin
9. Saudara Muhammad Norkhairin bin Rollan
10. Saudara Muhammad Fahimi bin Ahmad Roslan
11. Saudara Ameer Iskandar bin Zainal Abidin
12. Saudara Luqman Haziq bin Ramli

Bergambar di depan tapak kem Kontinjen PPMWPKL

Kontinjen PPMWPKL telah mengambil bahagian dalam semua pertandingan yang diadakan iaitu:-
1. Pertandingan Hunger Game
2. Pertandingan Water Bender
3. Pertandingan Projek Perintis Komuniti
4. Pertandingan Pidato
5. Pertandingan Coconut Run
6. Pertandingan Pentomin Tokoh Pengakap

Menikmati makan malam bersama-sama pada malam akhir

Kontinjen PPMWPKL telah mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Pentomin Tokoh Pengakap. Tokoh yang dipilih untuk dilakonkan semula ialah YBhg. Mej. Jen. Prof. Dato' Dr. Hj. Mohd Zin bin Bidin, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (Pengurusan Risiko, Pakaian Seragam dan Aksesori Pengakap, Pakar Rujuk Pengakap Laut dan Pengakap Udara).

Di sawah padi berhampiran dengan tapak kem sebelum bergerak pulang ke Kuala Lumpur

Isnin, Ogos 17, 2015

Pameran Pengakap Laut di Fort Cornwallis

Skipper menerima cenderahati daripada YBhg. Dato' Haji Baharin bin Dato' Abdul Hamid,
Ketua Pengarah Laut Malaysia

Krew telah mewakili Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan untuk memenuhi jemputan Jabatan Laut Malaysia bagi mengadakan Pameran Pengakap Laut sempena Hari Terbuka Rumah Api Fort Cornwallis dan Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pengangkutan Malaysia 2015. Acara ini telah diadakan di perkarangan Rumah Api Fort Cornwallis, Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada hari Sabtu, 15 Jun 2015 yang lalu. Ini merupakan permulaan yang amat baik untuk kerjasama rasmi antara Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan dengan Jabatan Laut Malaysia.

Bergambar di atas Jambatan Pulau Pinang Kedua sewaktu dalam perjalanan ke Pulau Pinang

Rumah Api Fort Cornwallis

Hadir merasmikan acara ini ialah YBhg. Dato' Haji Baharin bin Dato' Abdul Hamid, Ketua Pengarah Laut Malaysia yang juga Pengerusi Lembaga Dius Api. Beliau juga telah berkesempatan mengunjungi gerai Pameran Pengakap Laut dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan di atas kesudian memenuhi jemputan Jabatan Laut Malaysia untuk mengadakan pameran tersebut.

Skipper Mohd Fikri sedang membuat persediaan di gerai pameran

Ucapan perasmian oleh YBhg. Dato' Ketua Pengarah Laut Malaysia

YBhg. Dato' Ketua Pengarah Laut Malaysia merasmikan pembukaan 
Balai Pameran Alat Bantuan Pelayaran Fort Cornwallis

YBhg. Dato' Ketua Pengarah Laut Malaysia berhubung dengan stesen radio amatur 
di rumah api yang lain menggunakan callsign 9M4LFC

Krew telah diwakili oleh lima orang seperti berikut:-
1. Encik Mohd Hilmi bin Abu Bakar (Skipper KL Charlie Rovers / ASC Pengakap Laut KL)
2. Encik Mohd Fikri bin Rusni (Scuba Diving Coordinator KL Charlie Rovers / ASC Pengakap Laut Johor)
3. Saudara Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin (Bosun KL Charlie Rovers)
4. Saudara Afiq Hafizuddin bin Mizan (Ahli Krew KL Charlie Rovers)
4. Saudara Ameer Iskandar bin Zainal Abidin (Ahli Krew KL Charlie Rovers)

YBhg. Dato, Haji Baharin bin Dato' Abdul Hamid, Ketua Pengarah Laut Malaysia dan
YBrs. Tuan Chua Kok Ching, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia 
merasmikan kawasan pameran dengan gimik pembukaan rakit kecemasan (life raft)


Menerima kunjungan YBhg. Dato, Haji Baharin bin Dato' Abdul Hamid, Ketua Pengarah Laut Malaysia; 
YBrs. Tuan Chua Kok Ching, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia 
dan dif-dif kehormat di gerai Pameran Pengakap Laut

Menerima kunjungan Kapten Sukhbir Singh, 
Ketua Penolong Pengarah Unit Kompetensi dan Peperiksaan Pelaut, Jabatan Laut Malaysia

Sebelum bergerak pulang, suatu perjumpaan telah diadakan di Beach Street bersama Encik Lim Wee Seong, alumni Pengakap Laut Penang Free School. Beliau berhasrat untuk membangunkan semula Pengakap Laut di Penang Free School dan berharap pihak Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan akan dapat membantu memberikan garis panduan untuk menjayakan usaha tersebut.


Berbincang sambil menjamu selera bersama Encik Lim Wee Seong di Old Town White Coffee, 
Lebuh Pantai sebelum bergerak pulang ke Kuala Lumpur