Mesyuarat persediaan akhir untuk Pameran Persekutuan Pengakap Malaysia di Outdoor Expo Malaysia 2023 telah diadakan di platform Google Meet sebentar tadi mulai jam 8:30 malam. Acara Outdoor Expo Malaysia 2023 yang bermula pada hari Jumaat ini, 2 Jun 2023 hingga hari Ahad, 4 Jun 2023 bertempat di Kompleks Sukan Kelana Jaya, Selangor.
Mesyuarat ini membincangkan beberapa aspek penting seperti:
- Panduan untuk ke Kompleks Sukan Kelana Jaya sama ada dengan menggunakan tren LRT atau menaiki kenderaan sendiri. Bagi yang menaiki kenderaan sendiri, perlu siap sedia memuat turun aplikasi Flexi Parking untuk membayar kos parkir.
- Pembahagian kanopi piramid 20 kaki x 20 kaki yang diperuntukkan oleh pihak penganjur kepada tiga bahagian iaitu pameran Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan dan Sekretariat Pengakap Udara Kebangsaan.
- Persediaan untuk membina model tapak perkhemahan dari segi penyediaan buluh dan pembelian tali.
- Prosedur perbelanjaan wang peruntukan dan penyimpanan resit/baucar.
- Encik Lincoln Tang Tuck Mun, Setiausaha Program Negara
- Capt. Abdul Mueiem bin Sahaddin, Pesuruhjaya Kebangsaan (Pengakap Udara)
- Skipper Abdul Halim bin Nanyan @ Othman, Ahli Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan
- Skipper Nur Firdaus bin Norazman, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sepang
- Skipper Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin, Penolong Pemimpin Krew
- Saudara Muhammad Aliff Izzuddin bin Baharuddin, Naib Pengerusi Sekretariat Pengakap Kelana Negeri WP Kuala Lumpur / Ahli Krew
- Saudari Nur Zawani binti Zainudin, Penolong Pemimpin Kumpulan Pengakap SM Sains Seri Puteri / Ahli Krew
- Saudari Shafiqah Nurfarhana binti Mohd Shafizal, Setiausaha Persaudaraan Pengakap Raja WP Kuala Lumpur / Ahli Krew
- Saudara Lee Wei Rong, Ahli Krew
- Saudara Asyraf Basil bin Nadim, Ahli Krew
- Saudara Muhammad Wafiq bin Hazwa, Ahli Krew
- Saudara Isma Danial bin Ahmad Nasir, Ahli Krew
- Saudari Sharanes Saravanan, Ahli Kelana Kolej Tingkatan 6 Bandar Utama







.jpeg)
.jpeg)



.jpeg)

.jpeg)




.jpeg)

.jpeg)














