Selepas kejayaan pelaksanaan program-program di bawah #HumanityStartsWithME, Krew kini mengorak langkah ke arah program penjagaan alam sekitar melalui agenda #SaveNature4Future. Program yang pertama telah diadakan pada hari Ahad, 11 Jun 2017 bertempat di Bazar Ramadhan Flat PKNS Jalan Kuching. Krew telah membuka gerai di bazar ini sejak awal Ramadhan ini.
Di dalam program ini, Krew telah memberi bekas makanan percuma kepada orang awam bertujuan mengurangkan penggunaan beg plastik di kalangan pengunjung bazar Ramadhan. Dengan adanya bekas makanan tersebut, pengunjung boleh meletakkan juadah berbuka puasa yang dibeli ke dalamnya berbanding menggunakan beg plastik. Bekas ini boleh dibasuh dan digunakan seperti biasa pada hari-hari berikutnya.
Membeli bekas makanan di pasaraya IKEA
Program dimulakan dengan proses membeli bekas makanan di pasaraya IKEA Pandan. Bekas makanan ini kemudiannya dibawa ke Rumah B-P di Jalan Hang Jebat untuk dipek. Selesai dipek, warga Krew bergerak ke bazar Ramadhan Flat PKNS Jalan Kuching untuk melakukan penyerahan kepada para pengunjung.
Kerja-kerja meletakkan bekas makanan ke dalam beg untuk tujuan pembahagian
Para pengunjung yang menerima bekas makanan ini diminta untuk melakukan tugasan ringkas iaitu follow instagram krew di @klcharlierovers atau like page Facebook KL Charlie Rovers bagi menunjukkan sokongan kepada inisiatif #SaveNature4Future ini. Pembahagian bekas makanan ini beroperasi dari gerai roti john Krew di Lot 339 di bawah jenama Charlie Burger & John.
Bergambar beramai-ramai di Rumah B-P sebelum bergerak ke lokasi
Warga Krew yang telah meluangkan masa untuk membeli bekas makanan, mengepek dan menjayakan program ini adalah seperti berikut:-
1. 6th Mate Encik Ismail bin Ibrahim (wakil Pemimpin dan pemantau)
2. Bosun Saudara Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin
3. Ahli Krew Saudara Mior Ahmad Ramadhan bin Mior Shahridan
4. Ahli Krew Saudara Luqman Haziq bin Ramli
5. Ahli Krew Saudara Mohd Afizal bin Suhaimi
6. Ahli Krew Saudara Muhammad Akmal bin Ramlan
7. Ahli Krew Saudara Zairin Adam bin Abdul Aziz
8. Ahli Krew Saudari Nur Syuhaddah binti
9. Ahli Krew Aiman Haziq bin Mohd Fadzil
10. Ahli Krew Saudara Hariesh Kumar
11. Ahli Krew Saudari Nur Dini binti Marzuki
12. Ahli Krew Ariez Hazaril bin Ab Llah
Warga Krew tiba di bazar Ramadhan Flat PKNS Jalan Kuching
Sekitar aktiviti menyerahkan bekas makanan kepada pengunjung bazar Ramadhan Flat PKNS Jalan Kuching untuk mengurangkan penggunaan beg plastik
Dalam masa yang sama, gerai Charlie Burger & John turut beroperasi dan dikendalikan oleh Ahli Krew Saudara Muhammad Adham Aiman bin Nor Apandi, Ahli Krew Saudara Muhammad Nor Khairin bin Rollan, Ahli Krew Saudara Mohd Afizal bin Suhaimi dan Ahli Krew Saudara Muhammad Akmal bin Ramlan.
6th Mate Encik Ismail Ibrahim bergambar bersama-sama Ahli-ahli Krew yang bertugas di gerai jualan Charlie John & Burger pada petang tersebut
Suasana di gerai jualan Charlie Burger & John pada petang tersebut
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas kejayaan melaksanakan program ini. Semoga program ini akan menjadi pemangkin kepada Krew untuk terus bergerak aktif mempromosikan kepengakapan peranan Pengakap kepada masyarakat sebagai "Messenger of Peace". Terbaik!