Isnin, Julai 01, 2019

Sambutan Hari Belia Negara Peringkat WP Kuala Lumpur 2019

Saudara Mior Ahmad Ramadhan bergambar bersama YB Menteri Wilayah Persekutuan

Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur dengan kerjasama Majlis Belia Wilayah Persekutuan telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan 2019 pada hari Ahad, 30 Jun 2019 bertempat di perkarangan AEON Mall AU2, Setiawangsa. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad, Menteri Wilayah Persekutuan.

Bergambar bersama warga Angkatan Tentera Malaysia yang mengadakan pameran

Krew sukacita memaklumkan bahawa Ahli Krew, Saudara Mior Ahmad Ramadhan bin Mior Shahridan telah mewakili Persekutuan Pengakap Malaysia WP Kuala Lumpur dalam sesi Bacaan Ikrar Belia. Dalam sesi ini, setiap badan gabungan Majlis Belia Wilayah Persekutuan menghantar seorang wakil untuk sama-sama membaca ikrar.

Khamis, Jun 27, 2019

Wawancara Bosun di Rancangan Nine11

Promo rancangan Nine11

Bosun Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin telah dijemput untuk mewakili Majlis Pengakap Kelana Negara untuk diwawancara dalam rancangan Nine11 yang disiarkan di saluran Astro 502 pada hari Rabu, 26 Jun 2019 yang lalu. Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pengakap Kelana WP Kuala Lumpur mengiringi Saudara Muhammad Jurais bin Abdullah, Pengerusi Majlis Pengakap Kelana Negara. Topik yang dibicarakan ialah "Youth for Rights".

Bosun bersama Saudara Jurais ketika sedang diwawancara


Ketika diwawancara, Bosun telah berkesempatan mempromosikan Pengakap Laut dan Pengakap Kelana Laut. Beliau memberi penerangan tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Pengakap Laut. Selain itu, beliau turut memberi penekanan tentang kewujudan peluang pekerjaan yang memberikan pulangan lumayan dalam industri marin dan kepelautan. Wawancara ini secara keseluruhannya berlangsung selama kira-kira 13 minit dan boleh ditonton di YouTube menerusi link berikut:


Jumaat, Mei 31, 2019

Iftar Ramadhan Krew KL Charlie Rovers 1440H / 2019M


Warga Krew bergambar setelah selesai menikmati juadah berbuka puasa

Iftar Ramadhan Krew KL Charlie Rovers bagi tahun 1440H/2019M telah diadakan pada hari Khamis, 30 Mei 2019 bertempat di Restoran Rot Thai Buffet Steamboat & Grills, Maxim Citylights, Jalan Sentul, Kuala Lumpur. Program ini telah dihadiri oleh 33 orang Warga Krew termasuk Pemimpin dan Penolong Pemimpin Krew. Jutaan terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk hadir dan mengeratkan silaturrahim. 

Selasa, Januari 01, 2019

Selamat Tahun Baru 2019!


Pasukan Pengakap Kelana 'C' WP Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Charlie Rovers) mengucapkan selamat tahun baru 2019 kepada semua rakan-rakan. Semoga tahun 2019 akan membuka lebih banyak ruang dan peluang untuk kita semua terus berkelana dan berkhidmat kepada masyarakat.