Logo Charlie Burger & John
Bersempena bulan Ramadhan yang akan bermula pada hari esok, Krew telah menerima hadiah istimewa berupa lot perniagaan di Bazar Ramadhan Flat PKNS Jalan Kuching. Pemberian lot perniagaan ini adalah atas inisiatif daripada Encik Ahmad Badli bin Badaruddin, alumni SMK Bandar Baru Sentul yang juga bergiat aktif dalam Pemuda UMNO Bahagian Batu. Lot perniagaan Krew terletak di Lot 339 di bazar Ramadhan tersebut.
Lokasi bazar Ramadhan di Flat PKNS Jalan Kuching berhampiran dengan Brem Mall
Bagi tujuan perniagaan ini, Krew telah menubuhkan sebuah syarikat khas menggunakan jenama Charlie Burger & John. Untuk permulaan, Krew akan memfokuskan kepada penjualan roti john sepanjang bulan Ramadhan ini. Ahli Krew Saudara Muhammad Adham Aiman bin Nor Apandi akan mengetuai perniagaan ini. Ahli-ahli Krew yang lain akan membantu secara berganti-ganti bergantung kepada kelapangan masing-masing.
Ahli Krew Saudara Muhammad Adham Aiman bin Nor Apandi sedang mengisi borang pendaftaran perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Keluarga Saudara Adham turut meminjamkan gerai tolak bagi memudahkan kerja-kerja memasak roti john dan menyimpan alatan memasak. Beberapa kelengkapan yang lain seperti meja dan gazebo akan dibawa dari KCB. Bazar Ramadhan di Jalan Kuching pada kebiasaanya adalah antara yang paling sibuk dipenuhi oleh pengunjung selepas selesai waktu pejabat.
Gerai yang bakal digunakan untuk memasak roti john
Warga Krew mencuci peralatan yang bakal digunakan




