Pada 11 Mac 2011 yang lalu, Jepun telah digegarkan dengan gempa bumi sekuat 8.9 pada Skala Richter dan diikuti oleh Tsunami setinggi 10 meter. Setakat ini dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah meninggal dunia. Video ini adalah video amatur yang menunjukkan betapa kuatnya tsunami tersebut.
Selasa, Mac 15, 2011
Khamis, Mac 10, 2011
Buku Skim Latihan Pengakap Laut Yang Baru!
Setelah menanti selama hampir lima tahun, akhirnya penat lelah Jawatankuasa Semakan Skim Latihan Pengakap Laut yang dianggotai oleh ahli-ahli krew telah berjaya mencapai matlamatnya. Buku Skim Latihan Pengakap Muda Laut dan Skim Latihan Pengakap Remaja Laut telahpun berada di pasaran sejak pertengahan Februari yang lalu.

Buku Skim Latihan Pengakap Muda Laut
Manuskrip buku-buku ini telah disediakan dan diedit oleh Skipper sebelum dihantar ke CRG Industries untuk proses percetakan dan penerbitan. Skipper ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Encik Abdul Jalil Abdul Samad yang telah banyak membantu proses rekabentuk dan penerbitan buku-buku ini sehingga akhirnya berjaya berada di pasaran. Semoga penerbitan buku ini akan membawa sinar baru dan menyemarakkan lagi aktiviti Pengakap Laut di Malaysia, insyaAllah.

Buku Skim Latihan Pengakap Remaja Laut
Genre Artikel
Berita Penting (Important News)
Pengenalan Kepada Carta Laut

Carta Puerta Rico pada tahun 1976 keluaran United States NOAA
Carta nautika adalah perwakilan grafik untuk suatu kawasan maritim dan kawasan pantai yang berhampiran. Bergantung kepada skala carta tersebut, ia boleh menunjukkan kedalaman perairan dan ketinggian muka bumi (peta topofrafi), ciri-ciri semulajadi dasar laut, butiran lanjut kawasan pantai, ancaman-ancaman navigasi, kedudukan bantuan pelayaran sama ada buatan manusia atau semulajadi, maklumat tentang ombak dan arus, butiran setempat untuk medan magnet bumi dan struktur buatan manusia seperti pelabuhan, bangunan dan jambatan.

Carta nautika awal (sebelum carta Mercator) pada 1571, yang dibuat oleh Fernao Vaz Dourado,
seorang ahli kartografi Portugis
Carta nautika adalah peralatan penting untuk navigasi marin. Kebanyakan negara mensyaratkan supaya kapal-kapal terutamanya kapal komersil membawa carta nautika bersama dalam pelayaran mereka. Carta nautika boleh dicetak di atas kertas atau dalam bentuk carta nautika elektronik berkomputer. Teknologi terbaru membolehkan lembaran carta nautika dicetak apabila diperlukan berserta dengan data kartografik terbaru iaitu pada malam sebelum percetakan dibuat. Dengan proses muat turun dibuat setiap hari, data-data kritikal seperti "Local Notica to Mariners" dapat ditambahkan ke dalam carta supaya carta ini sentiasa memuatkan data yang terkini ketika dicetak.
Genre Artikel
Ilmu Kepelautan (Seamanship Knowledge)
Perjumpaan Pertama Dengan Troop Perintis Pengakap Laut SMK Bandar Baru Sentul
Pada hari Rabu, 23 Februari 2011 yang lalu, Pemimpin Krew, Saudara Mohd Hilmi Abu Bakar; Drill Instructor, Saudara Izhar Mat Isa dan Yeoman, Saudari Rosbiah Mohd Shah telah mengadakan perjumpaan pertama dengan ahli-ahli Troop 183 SMK Bandar Baru Sentul yang juga merupakan Troop Perintis Pengakap Laut WP Kuala Lumpur. Perjumpaan dibuat pada sebelah pagi dan petang untuk ahli-ahli Pengakap Muda Laut yang belajar sesi pagi dan sesi petang. Perjumpaan ini telah diadakan di makmal bangunan baru di SMK Bandar Baru Sentul.
Untuk perjumpaan sebelah pagi, kira-kira 40 orang ahli-ahli Pengakap Muda Laut yang belajar dalam sesi petang telah menghadirkan diri. Manakala perjumpaan sesi petang dihadiri oleh kesemua 5 orang ahli Pengakap Muda Laut yang belajar dalam sesi pagi. Untuk kelas tingkatan 1, hanya terdapat 1 kelas yang belajar dalam sesi pagi. Turut menghadiri perjumpaan ini adalah Guru Pemimpin Troop 183 iaitu Puan Siti Zuraidah Yusof dan Puan Nor Mazlina Mohamad.
Perjumpaan ini adalah bertujuan untuk berkenalan dengan ahli-ahli Pengakap Muda Laut Troop 183 serta memberi penerangan tentang Skim Latihan Pengakap Muda Laut dan aktiviti-aktiviti yang bakal dianjurkan. Sambutan ahli-ahli adalah amat menggalakkan. Semoga Troop Perintis ini akan dapat dilatih dengan baik sehingga mencapai tahap yang memuaskan.
Genre Artikel
Aktiviti Krew (Crew Activities)
Kursus Manikayu Peringkat Pengenalan Daerah Bangsar dan Sambutan Hari Ulang Tahun Krew
Warga kursus bergambar kenangan bersama Tuan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
PPM Daerah Bangsar telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Pengenalan bertempat di SK Taman Tun Dr Ismail (1), Damansara pada Sabtu, 19 Februari yang lalu. Kursus ini telah diketuai oleh Saudara Chan Zi-Lie selaku calon Penolong Jurulatih Kebangsaan dari Daerah Bangsar.

Ahli-ahli krew bergambar bersama Ketua Kursus, Saudara Chan Zi-Lie
Seramai lima orang ahli krew telah menjadi peserta iaitu Saudara Mohd Hafizal Azizudin, Saudara Mohd Hizam Che Rahim, Saudari Rosbiah Mohd Shah, Saudara Nurnadia Shafika Ismail dan Saudara Nor Falzah Ishak. 2nd Mate, Saudara Mohd Ariff Mohd Tajudin dan 4th Mate, Saudara Abdullah Sani Hillaluddin pula telah menjadi pembantu kursus.
Genre Artikel
Aktiviti Krew (Crew Activities)
Lawatan ke Kedai Pancing Kepong Tackle

Pelbagai jenis joran yang dijual di Kepong Tackle
Skipper telah mengadakan lawatan ringkas ke sebuah kedai pancing iaitu Kepong Tackle yang terletak di tengah-tengah pekan Kepong pada petang Jumaat, 11 Februari 2011 yang lalu. Lawatan ini diadakan untuk mendapatkan anggaran kos barangan memancing selain meneliti alatan-alatan lain yang dijual di kedai ini.
Pelbagai jenis fishing reel dengan pelbagai harga
Kepong Tackle adalah kedai utama yang membekalkan alat-alat memancing di sekitar Lembah Kelang. Di sini terdapat pelbagai joran dari harga yang paling murah kepada harga yang sangat tinggi bergantung kepada jenama, kualiti dan fungsinya. Begitu juga dengan fishing reel atau mesin yang dijual dari harga semurah RM10 sehinggalah menjangkau ribuan ringgit.
Genre Artikel
Aktiviti Krew (Crew Activities)
Lawatan Ke Bengkel Bot Jalan Genting Klang

Bengkel bot fiber Alpha Sierra Sdn Bhd di Jalan Genting-Klang, Setapak
Pada hari Rabu, 9 Februari 2011 yang lalu, Pemimpin Krew telah berkesempatan berkunjung ke bengkel bot fiber Alpha Sierra Sdn. Bhd. di Jalan Genting Klang, Setapak, Kuala Lumpur semasa waktu makan tengah hari bagi membuat survey tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh bengkel ini.

Bot besar yang sesuai untuk latihan berkumpulan
Pemimpin Krew tiba di bengkel ini sekitar jam 1 tengah hari dan disambut oleh pemilik bengkel, Encik Shaharim Ariffin yang telah meluangkan masa untuk memberi pelbagai penerangan tentang pembuatan bot fiber dan kos-kos yang berkenaan. Terdapat pelbagai jenis bot yang dibina di bengkel ini dipamerkan di bahagian luar bengkel untuk tujuan promosi. Harga bot dan kayak adalah sekitar RM1300 hingga RM 1600.
Genre Artikel
Aktiviti Krew (Crew Activities)
Langgan:
Catatan (Atom)

