Kumpulan Pengakap Laut SMK Agama Kuala Lumpur telah mengadakan Kem Lencana Maju dan Jaya bertempat di Kem Cangkat Budaya, Jenderam Hilir pada 9 hingga 11 Mac 2018 yang lalu. Seramai 14 orang ahli Pengakap Muda Laut dari SMK Agama Kuala Lumpur telah mengambil bahagian dalam perkhemahan ini.
Antara aktiviti yang dilakukan ialah membina projek perintis, masakan rimba, membina pondok berteduh, membuat jerat dan mendaki Bukit Broga di Semenyih. Seramai 10 orang Ahli Krew telah membantu penganjuran kem ini iaitu:-
- Ahli Krew Saudara Mior Ahmad Ramadhan bin Mior Shahridan
- Ahli Krew Saudara Muhammad Shazwan bin Mohd Shafizal
- Ahli Krew Saudari Shafiqah Nurfarhana binti Mohd Shafizal
- Ahli Krew Saudari Nurul Nadirah binti Roslan
- Ahli Krew Saudara Dzikrie
- Ahli Krew Saudara Syamsul
- Ahli Krew Saudari Adriana
- Ahli Krew Saudari Sarah Adlina
- Ahli Krew Saudara Nuqman Adam
- Ahli Krew Saudara Daniel Fitri
- Ahli Kumpulan Pengakap Laut 22 Batu Saudara Muhammad Anwar bin Zulkarnain

