Isnin, April 26, 2010

Ucapan Lord B-P Kepada Ibu Bapa



"...and we teach them character so that they may succeed in life"

Rabu, April 21, 2010

Bunga Geti (Sheet Bend)

Struktur simpulan bunga geti

Simpulan bunga geti atau sheet bend (turut dikenali sebagai becket bend, weaver's knot danweaver's hitch) adalah suatu simpulan yang menyambungkan dua tali yang tidak sama diameternya. Apabila digandakan, simpulan ini akan menjadi lebih efektif dan kuat.



Simpulan ini merupakan salah satu daripada enam simpulan dan ikatan asas yang menjadi prasyarat Lencana Keahlian Persekutuan Pengakap Malaysia.

Selamat

Simpulan ini mempunyai struktur yang seakan-akan menyerupai simpulan tindih kasih (bowline). Ia mudah disediakan dan lebih selamat daripada simpulan buku sila. Simpulan ini juga biasa digunakan untuk mengikat bendera pada tali bendera.

Tidak Selamat

Bunga geti besar kemungkinan dimulakan oleh orang-orang zaman Neolitik. Tinggalan jaring zaman batu telah dijumpai dengan simpulan yang menyerupai bunga geti. David Steel merujuk simpulan ini dengan nama "sheet bend (bunga geti) di dalam bukunya "Elements and Practice of Rigging and Seamanship" (1794). Ia merupakan simpulan yang digunakan pada tali layar (sheet) pada ketika itu.

Selasa, April 20, 2010

Di Sini Senang

Di sini senang
Di sana senang
Di mana-mana hatiku senang
Di sini senang
Di sana senang
Di mana-mana hatiku senang
Lalalalala
Lalalalala


Selasa, April 13, 2010

Takziah Untuk Farah Ashikin @ Kechik

Saudari Farah Ashikin Mohd Radi

Krew Kelana C Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ingin mengucapkan takziah kepada ahli krew, saudari Farah Ashikin Mohd Radi @ Kechik atas pemergian bapanya, Encik Mohd Radi bin Mohd Noor ke rahmatullah. Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir sebentar tadi pada jam 11.00 malam di Hospital Ipoh selepas koma akibat serangan strok. Marilah kita sama-sama membacakan Al-Fatihah untuk Allahyarham dengan doa supaya roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Semoga saudari Farah juga tabah menerima dugaan yang amat berat ini. All the crew members are with you..

Isnin, April 12, 2010

Buku Sila (Reef Knot)

Buku sila merupakan salah satu daripada simpulan dan ikatan asas yang perlu diketahui oleh semua ahli Pengakap. Simpulan ini digunakan secara meluas di seluruh dunia dan turut dikenali dengan nama inggerisnya iaitu "reef knot". Selain itu, simpulan ini turut dikenali sebagai "square knot" dan "hercules knot".


Nama "reef knot" digunakan sejak sekitar tahun 1794 dan berasal daripada kegunaan simpulan ini untuk mengikat dan memendekkan layar (reef a sail) bagi mengurangkan luas permukaan layar ketika angin kencang.

Rabu, April 07, 2010

Pelancaran Program Scout For Nature "Stripes R Icon"


Lencana Kempen Scout for Nature

Antara aktiviti pertama yang disertai oleh ahli-ahli Krew Kelana C Kuala Lumpur sebaik sahaja didaftarkan ialah Majlis Pelancaran Program Scout For Nature "Stripes R Icon" bertempat di Dataran Dato' Ismail Hutson, Zoo Negara pada 28 Februari 2010 yang lalu. Majlis ini dianjurkan oleh Majlis Pengakap Kelana Kuala Lumpur (MPKKL) dan disertai oleh ahli-ahli Pengakap Kelana dan KLKM dari seluruh negara. Seramai tiga orang ahli krew telah terlibat secara aktif sebagai Biro Makanan.


Sampel set makan tengahari yang disediakan oleh pihak Tiara Catering

Persediaan ke arah acara ini telah dimulakan beberapa minggu sebelumnya melalui beberapa siri mesyuarat dan lawatan ringkas ke Zoo Negara. Encik Rahim, Pengurus Tiara Catering yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan makanan juga telah menyediakan sampel set makan tengah hari untuk dinilai kualitinya oleh ahli-ahli Biro Makanan kira-kira dua minggu sebelum acara ini diadakan. Set makanan ini mengandungi nasi putih, sayur campur, ayam masak kurma dan papadom.

Minuman kotak sebanyak 25 karton yang disumbangkan oleh Boh Plantation Sdn Bhd

Dalam pada itu, pihak Boh Plantation Sdn Bhd telah berbesar hati menyumbangkan 25 karton minuman kotak Teh Boh (600 unit) untuk majlis ini. Pemimpin Krew telah menerima sumbangan ini melalui Cik Chris Chan di Ibu Pejabat Boh Plantation Sdn Bhd, Persiaran Hampshire Off Jalan Ampang pada 24 Februari. Minuman kotak ini telah ditumpangkan di rumah saudara Rusydi di Jelatek sementara menunggu hari pelancaran.

Keratan akhbar Utusan Malaysia menunjukkan Pesuruhjaya Antarabangsa Persekutuan Pengakap Malaysia, YB Dato' Dr. Shahrum Osman sedang merasmikan pelancaran kempen Scout For Nature

Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Pesuruhjaya Antarabangsa Persekutuan Pengakap Malaysia, YB Dato' Dr. Shahrum Osman yang juga Ahli Parlimen Kuala Lipis. Turut hadir ialah Presiden Malaysian Zoological Society, YBhg. Dato' Ismail Hutson, Pengarah Zoo Negara, Dr. Mohammad Ngah dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mejar (B) Haji Mior Rosli bin Dato' Mior Mohd Jaafar.

Tuan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur sedang menjamu selera bersama para VVIP

Seramai lebih 500 orang ahli Pengakap Kelana dan KLKM dari seluruh negara telah hadir di majlis ini. Kuantiti makanan yang pada awalnya dianggarkan berjumlah 350 set terpaksa ditambah kepada lebih 450 set untuk memastikan semua peserta mendapat set makan tengahari masing-masing. Pertambahan ini menyebabkan pihak katering sampai agak lewat semasa menghantar set makan tengahari.

Ahli-ahli krew sedang bersiap sedia di kaunter pembahagian makanan

Ahli-ahli krew sedang bertugas membahagikan set makan tengah hari kepada para peserta

Set makanan ini diletakkan dalam microwave oven tupperware dan dikumpulkan semula selepas digunakan. Beberapa orang ahli Pengakap Muda dan Remaja telah berkhidmat untuk mencuci semula tupperware ini dengan dipimpin oleh saudara Farhan dari Zon Keramat. Majlis Pengakap Kelana Kuala Lumpur bercadang untuk menyumbangkan bekas makanan ini kepada mana-mana pihak yang memerlukan memandangkan ia boleh digunakan berulang kali.

Tupperware yang dikumpulkan semula selepas selesai makan bagi tujuan kitar semula

Ahli-ahli Pengakap Remaja menjalankan perkhidmatan membasuh bekas makanan dengan dipimpin oleh Saudara Farhan

Tupperware yang telah selesai dibasuh

Para peserta yang hadir ke majlis pelancaran ini turut menerima sijil penyertaan dan lencana "Scout For Nature". Mereka juga berkesempatan untuk membuat "face painting", melawat gerai My Cat, dan mengecat laluan harimau berhampiran dengan kandang Harimau Malaya.

Kesemua ahli krew yang hadir telah mengambil bahagian dalam aktiviti face-painting

Majlis ini agak bertuah kerana menerima liputan media yang menggalakkan. Berita mengenai majlis ini telah diselitkan dalam beberapa akhbar tempatan seperti Utusan Malaysia, Kosmo dan Harian Metro. Ini membantu menaikkan imej Pengakap di kalangan warga Kuala Lumpur.

Keratan akhbar Kosmo

Keratan akhbar Harian Metro


Sasaran kempen ini adalah mendapatkan sekurang-kurangnya 50,000 tandatangan sokongan sebelum September 2010 daripada mana-mana warganegara Malaysia yang memiliki MyKad dan komited untuk menyokong pemuliharaan dan pemeliharaan harimau Malaya. Kempen ini akan dijalankan menerusi sub-sub kempen yang lebih kecil iaitu SFN School Blitz (sekolah), SFN Campus Blitz (kampus) dan SFN Community Blitz (Orang Awam).

Logo sub kempen SFN: School Blitz, Campus Blitz dan Community Blitz

Penanda buku khas Kempen SFN, Stripes R Icon akan dihadiahkan kepada semua individu yang menurunkan tandatangan. Semoga kempen ini akan berjaya mencapai sasaran dan membantu menyedarkan rakyat Malaysia tentang kepentingan melindungi spesies yang terancam ini.

Penanda buku SFN yang bakal diedarkan semasa kempen dijalankan kelak

Get Back Into Your Kayak

Video menunjukkan salah satu kaedah yang boleh digunakan untuk masuk semula ke dalam kayak sekiranya berlaku "capsize"

Selasa, April 06, 2010

Pengasas Pengakap Sedunia


(Diterjemahkan secara bebas daripada laman web WOSM)


ZAMAN KANAK-KANAK

Robert Stephenson Smyth Baden Powell, lebih dikenali sebagai B-P, dilahirkan di No. 6, Stanhope Street (sekarang No. 11, Stanhope Terrace), Paddington, London pada 22 Februari 1857. Beliau adalah anak lelaki keenam dan anak kelapan daripada sepuluh anak Reverend Baden Powell, seorang profesor di Universiti Oxford. Bapa beliau meninggal dunia ketika B-P baru berumur tiga tahun menyebabkan keluarga tersebut hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell, Pengasas Pengakap Sedunia

B-P diberi pendidikan awal oleh ibunya dan kemudian memasuki Rose Hill School, Tunbridge Wells, di mana beliau memperolehi biasiswa untuk memasuki Charterhouse School. Charterhouse School pada asalnya terletak di London sewaktu B-P mula-mula memasukinya. Walaubagaimanapun, sekolah itu kemudiannya berpindah ke Godalming di Surrey yang dikelilingi hutan. Perpindahan ini memberi pengaruh besar dalam hidupnya selepas itu. Beliau amat berminat untuk mempelajari kemahiran-kemahiran baru di samping bermain piano dan biola. Semasa di Charterhouse, B-P mula memanfaatkan minatnya dalam seni kepengakapan dan seni kraf kayu.