Ahad, Jun 04, 2023

Outdoor Expo Malaysia 2023 Melabuhkan Tirai

Warga Krew bergambar bersama Pengarah Outdoor Expo Malaysia 2023, Encik Fathee Razali dan isterinya

Menerima kunjungan YBrs. Dr. Mohammad Mukhyuddin Sarwani, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negaran dan YBrs. Encik Mohd Zairi Zaharin, Pesuruhjaya Program Negara

Setelah memulakan operasi sejak hari Jumaat, hari ini gerai pameran Persekutuan Pengakap Malaysia di Outdoor Expo Malaysia 2023 telah sampai ke penghujungnya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada penganjur Outdoor Expo Malaysia 2023, khususnya kepada Encik Fathee Razali selaku pengarah ekspo yang sudi memberikan ruang kepada Persekutuan Pengakap Malaysia untuk mengadakan pameran. Gerai PPM yang turut dibarisi oleh pameran Pengakap Laut dan Pengakap Udara telah dikunjungi oleh ramai pelawat yang berminat dengan keberadaan Pengakap di ekspo ini. InsyaAllah, tahun depan kita jumpa lagi!

Sabtu, Jun 03, 2023

Bosun Zairin Adam di Rancangan Selamat Pagi Malaysia

 

Seperti yang telah diwar-warkan semalam, Bosun Zairin Adam bin Abdul Aziz telah bersiaran di slot Nadi Seri Pagi rancangan Selamat Pagi Malaysia sebentar tadi. Turut bersama ialah Saudari Amirah Mohammad Arshad, Pemimpin Muda, Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan Saudari Michelle Shi Jie Chew, Pengerusi Majlis Belia Kebangsaan, Persatuan Bulan Sabit Malaysia.

Ketiga-tiga panelis telah mempromosikan acara Sidang Kemuncak Mobilisasi Belia Asia-Pasifik 2023 (Asia Pacific Youth Mobilisation Summit 2023) yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 15 hingga 18 Jun 2023 yang akan datang ini. Setakat ini 16 negara di seluruh rantau Asia Pasifik telah mengesahkan penyertaan ke acara ini. 

Tahniah Bosun! Semoga persediaan menuju ke arah acara kemuncak ini akan berjalan lancar seperti yang dirancang. 

Jumaat, Jun 02, 2023

Bosun Zairin Adam Bersiaran di Selamat Pagi Malaysia

 

Bosun Krew, Saudara Zairin Adam bin Abdul Aziz akan bersiaran di rancangan Selamat Pagi Malaysia pada jam 8:40 pagi esok, Sabtu, 3 Jun 2023. Saudara Zairin Adam akan mempromosikan Sidang Kemuncak Mobilisasi Belia Asia-Pasifik 2023 bersama Saudari Amirah Mohammad Arshad dari Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan Saudari Michelle Shi Jie Chew dari Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Rancangan ini akan disiarkan di saluran RTM TV1. 

Persediaan Akhir Pameran Persekutuan Pengakap Malaysia di Outdoor Expo Malaysia 2023

 
Warga Krew bergambar di tapak pameran

Pada malam tadi, warga Krew telah menjayakan kerja-kerja persediaan akhir untuk pameran Persekutuan Pengakap Malaysia di Outdoor Expo Malaysia 2023 di Kompleks Sukan Kelana Jaya. Ekspo ini akan berlangsung mulai hari ini hingga Ahad nanti dan bakal melibatkan ramai pihak dalam komuniti aktiviti rekreasi luar.





Krew dibantu oleh rakan-rakan daripada PPM Negeri Selangor iaitu Skipper Nur Firdaus bin Norazman dari Krew Pengakap Kelana Laut C Daerah Sepang dan Saudari Nur Aina Aqilah binti Mohamad Rahman dari Krew Pengakap Kelana D Daerah Hulu Selangor. Turut sama di tapak ekspo ialah Encik Kamarulbashah bin Haji Hussin, Penolong Setiausaha Eksekutif (Program), Persekutuan Pengakap Malaysia yang mengendalikan barangan pameran PPM.

Warga Krew yang hadir ialah:

  1. Skipper Mohd Samat bin Abdul Hamid (Penolong Pemimpin Krew)
  2. Skipper Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin (Penolong Pemimpin Krew)
  3. Bosun Zairin Adam bin Abdul Aziz (Pengerusi Krew)
  4. Saudari Nur Zawani binti Zainudin (Ahli Krew / Penolong Pemimpin Kumpulan Pengakap SM Sains Seri Puteri)
  5. Saudari Zuhayra Raihan binti Zahisham (Ahli Krew)
  6. Saudara Mohd Afizal bin Suhaimi (Ahli Krew)
  7. Saudara Muhamad Afiq bin Mohd Noor (Ahli Krew)
  8. Saudari Shafiqah Nurfarhana binti Mohd Shafizal (Ahli Krew / Setiausaha Persaudaraan Pengakap Raja WP Kuala Lumpur)
  9. Saudara Muhammad Aliff Izzuddin bin Baharuddin (Ahli Krew / Naib Pengerusi Sekretariat Pengakap Kelana Negeri WP Kuala Lumpur)
  10. Saudari Nurul Nadirah binti Roslan (Ahli Krew / Ahli Yang Dipilih Sekretariat Pengakap Kelana Negeri WP Kuala Lumpur)
  11. Saudara Adam Wazif bin Awira (Ahli Krew)
  12. Saudara Abdul Razak bin Abdul Karim (Ahli Krew)
  13. Saudara Muhammad Wafiq bin Hazwa (Ahli Krew / Ahli Yang Dipilih Sekretariat Pengakap Kelana Negeri WP Kuala Lumpur)
  14. Saudara Aisy Baihaqi bin Mohamad Shukri (Ahli Krew)






Semoga ekspo ini akan memberi ruang yang lebih luas untuk warga Persekutuan Pengakap Malaysia berinteraksi dengan warga komuniti aktiviti rekreasi luar dan seterusnya memantapkan jaringan perhubungan untuk pelbagai kolaborasi yang lebih menarik pada masa depan. 

Khamis, Jun 01, 2023

Tahniah Atikah!

 

Setinggi-tnggi tahniah diucapkan kepada Ahli Krew, Saudari Atikah bin Mansor yang telah berjaya graduasi dengan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan - Kewangan (Kepujian) di Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA pada 31 Mei yang lalu di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. 

Seluruh warga Krew mendoakan agar Saudari Atikah akan terus berjaya dalam kehidupan. Semoga kejayaan ini akan dapat memberi galakan kepada warga Krew yang masih belajar untuk mencapai yang terbaik dalam pengajian masing-masing.