Isnin, Ogos 31, 2015

1st Malaysia Open Rovers Challenge 2015

Bergambar semasa bersarapan pagi di Permatang Pauh sewaktu dalam perjalanan ke Baling

Krew telah terpilih untuk mewakili PPM WP Kuala Lumpur (PPMWPKL) ke 1st Malaysia Open Rovers Challenge 2015 yang telah dianjurkan oleh PPM Daerah Baling bertempat di Sungai Angkat, Kampung Iboi, Kupang, Baling, Kedah pada 26 hingga 30 Ogos 2015 yang lalu. Kontinjen PPMWPKL terdiri daripada 15 orang, iaitu tiga orang pengiring dan 12 orang ahli kontinjen seperti berikut:-

Pengiring
1. Encik Muhammad Rahimi bin Mahmud (PKPPNg. WP Kuala Lumpur - Unit Kelana)
2. Encik Mohd Hilmi bin Abu Bakar (PKPPNg. WP Kuala Lumpur - Program & Pengakap Laut)
3. Puan Rosbiah binti Mohd Shah (Pengurus Aset Krew Kelana 'C' (Laut) WP Kuala Lumpur)

Selepas menyertai pertandingan water bender

Ahli-ahli Kontinjen
1. Saudara Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin
2. Saudari Jennifer Loh Pui Pui
3. Saudara Mohamad Ridwan bin Rosman
4. Saudara Rizwandi bin Abdul Rahman
5. Saudari Siti Nurfatimah Zahra binti Kamal
6. Saudara Mior Ahmad Ramadhan bin Mior Shahridan
7. Saudara Afiq Hafizuddin bin Mizan
8. Saudari Sofiah binti Madzlin
9. Saudara Muhammad Norkhairin bin Rollan
10. Saudara Muhammad Fahimi bin Ahmad Roslan
11. Saudara Ameer Iskandar bin Zainal Abidin
12. Saudara Luqman Haziq bin Ramli

Bergambar di depan tapak kem Kontinjen PPMWPKL

Kontinjen PPMWPKL telah mengambil bahagian dalam semua pertandingan yang diadakan iaitu:-
1. Pertandingan Hunger Game
2. Pertandingan Water Bender
3. Pertandingan Projek Perintis Komuniti
4. Pertandingan Pidato
5. Pertandingan Coconut Run
6. Pertandingan Pentomin Tokoh Pengakap

Menikmati makan malam bersama-sama pada malam akhir

Kontinjen PPMWPKL telah mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Pentomin Tokoh Pengakap. Tokoh yang dipilih untuk dilakonkan semula ialah YBhg. Mej. Jen. Prof. Dato' Dr. Hj. Mohd Zin bin Bidin, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (Pengurusan Risiko, Pakaian Seragam dan Aksesori Pengakap, Pakar Rujuk Pengakap Laut dan Pengakap Udara).

Di sawah padi berhampiran dengan tapak kem sebelum bergerak pulang ke Kuala Lumpur

Isnin, Ogos 17, 2015

Pameran Pengakap Laut di Fort Cornwallis

Skipper menerima cenderahati daripada YBhg. Dato' Haji Baharin bin Dato' Abdul Hamid,
Ketua Pengarah Laut Malaysia

Krew telah mewakili Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan untuk memenuhi jemputan Jabatan Laut Malaysia bagi mengadakan Pameran Pengakap Laut sempena Hari Terbuka Rumah Api Fort Cornwallis dan Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pengangkutan Malaysia 2015. Acara ini telah diadakan di perkarangan Rumah Api Fort Cornwallis, Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada hari Sabtu, 15 Jun 2015 yang lalu. Ini merupakan permulaan yang amat baik untuk kerjasama rasmi antara Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan dengan Jabatan Laut Malaysia.

Bergambar di atas Jambatan Pulau Pinang Kedua sewaktu dalam perjalanan ke Pulau Pinang

Rumah Api Fort Cornwallis

Hadir merasmikan acara ini ialah YBhg. Dato' Haji Baharin bin Dato' Abdul Hamid, Ketua Pengarah Laut Malaysia yang juga Pengerusi Lembaga Dius Api. Beliau juga telah berkesempatan mengunjungi gerai Pameran Pengakap Laut dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan di atas kesudian memenuhi jemputan Jabatan Laut Malaysia untuk mengadakan pameran tersebut.

Skipper Mohd Fikri sedang membuat persediaan di gerai pameran

Ucapan perasmian oleh YBhg. Dato' Ketua Pengarah Laut Malaysia

YBhg. Dato' Ketua Pengarah Laut Malaysia merasmikan pembukaan 
Balai Pameran Alat Bantuan Pelayaran Fort Cornwallis

YBhg. Dato' Ketua Pengarah Laut Malaysia berhubung dengan stesen radio amatur 
di rumah api yang lain menggunakan callsign 9M4LFC

Krew telah diwakili oleh lima orang seperti berikut:-
1. Encik Mohd Hilmi bin Abu Bakar (Skipper KL Charlie Rovers / ASC Pengakap Laut KL)
2. Encik Mohd Fikri bin Rusni (Scuba Diving Coordinator KL Charlie Rovers / ASC Pengakap Laut Johor)
3. Saudara Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin (Bosun KL Charlie Rovers)
4. Saudara Afiq Hafizuddin bin Mizan (Ahli Krew KL Charlie Rovers)
4. Saudara Ameer Iskandar bin Zainal Abidin (Ahli Krew KL Charlie Rovers)

YBhg. Dato, Haji Baharin bin Dato' Abdul Hamid, Ketua Pengarah Laut Malaysia dan
YBrs. Tuan Chua Kok Ching, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia 
merasmikan kawasan pameran dengan gimik pembukaan rakit kecemasan (life raft)


Menerima kunjungan YBhg. Dato, Haji Baharin bin Dato' Abdul Hamid, Ketua Pengarah Laut Malaysia; 
YBrs. Tuan Chua Kok Ching, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia 
dan dif-dif kehormat di gerai Pameran Pengakap Laut

Menerima kunjungan Kapten Sukhbir Singh, 
Ketua Penolong Pengarah Unit Kompetensi dan Peperiksaan Pelaut, Jabatan Laut Malaysia

Sebelum bergerak pulang, suatu perjumpaan telah diadakan di Beach Street bersama Encik Lim Wee Seong, alumni Pengakap Laut Penang Free School. Beliau berhasrat untuk membangunkan semula Pengakap Laut di Penang Free School dan berharap pihak Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan akan dapat membantu memberikan garis panduan untuk menjayakan usaha tersebut.


Berbincang sambil menjamu selera bersama Encik Lim Wee Seong di Old Town White Coffee, 
Lebuh Pantai sebelum bergerak pulang ke Kuala Lumpur

Ahad, Ogos 16, 2015

Pameran Pengakap Laut SK Bandar Teknologi, Kajang


Krew telah mewakili Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan bagi memenuhi jemputan untuk mengadakan Pameran Pengakap Laut sempena Hari Kokurikulum SK Bandar Teknologi, Kajang pada hari Sabtu, 15 Ogos 2015 yang lalu bermula jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang. Ini merupakan jemputan kali ketiga oleh sekolah tersebut setelah menjemput kali pertama pada tahun 2013. Jemputan ini amat bermakna kerana membuka peluang kepada pihak Sekretariat untuk memberi pendedahan kepada para pelajar sekolah rendah tentang Pengakap Laut.

Coordinator-in-charge, 6th Mate Encik Ismail bin Ibrahim

Sedang menyediakan glob bintang

Bagi pameran ini, Krew telah diwakili oleh:-
1. 6th Mate Encik Ismail bin Ibrahim (Coordinator-in-charge)
2. 5th Mate Encik Mohd Hafizal bin Azizudin
3. Yeoman Saudara Muhammad Shazwan bin Mohd Shafizal
4. Ahli Krew Saudara Mior Ahmad Ramadhan bin Mior Shahridan
5. Ahli Krew Saudari Sofiah binti Madzlin
6. Ahli Krew Saudara Athira Suraya binti Azman


Ahli-ahli Krew sedang memberi penerangan kepada para pengunjung

Material-material yang dipamerkan adalah yang bersifat permainan "puzzle", buku kanak-kanak yang berkaitan dengan laut, bot kawalan jauh, teleskop mini, glob bintang, peralatan snorkel, peralatan renang dan lain-lain lagi. Sebagai tandar penghargaan, pihak sekolah telah memberikan cenderahati berupa plak rasmi sekolah dan sijil penghargaan. Pihak Sekretariat dan Krew mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbiran SK Bandar Teknologi, Kajang atas jemputan ini dan berharap kerjasama ini akan berterusan pada tahun-tahun yang akan datang.

Plak cenderahati rasmi dan sijil penghargaan yang diberikan oleh pihak sekolah