Hormat Pengakap adalah suatu kaedah pengenalan antara ahli-ahli Pengakap di seluruh dunia. Seseorang Pengakap itu melakukan Hormat Pengakap dengan tangan kanannya kecuali di dalam kawad tongkat, di mana tangan kanan digunakan untuk memegang tongkat. Oleh itu, Hormat Pengakap dilakukan menggunakan tangan kiri ketika berkawad tongkat.
Selasa, Ogos 24, 2010
Isnin, Ogos 23, 2010
Water Confidence
Menjalankan aktiviti water confidence secara berkumpulan
Keyakinan untuk berada di dalam air akan membantu seseorang menjadi perenang dan pelaut yang baik. Aspek ini juga adalah amat dipentingkan bagi menjadi seorang ahli Pengakap Laut yang berkualiti. Video di bawah menunjukkan bagaimana latihan water confidence dijalankan untuk kanak-kanak yang berusia antara 5 hingga 7 tahun.
Genre Artikel
Ilmu Kepelautan (Seamanship Knowledge)
Isnin, Ogos 16, 2010
Peperiksaan Radio Amatur

Seramai tiga orang ahli krew telah selamat mendaftar untuk menduduki peperiksaan radio amatur (RAE) anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada 6 Oktober nanti. Setiap calon perlu mengisi borang dengan lengkap dan membayar RM50 untuk menduduki peperiksaan tersebut. Sekiranya berjaya, calon akan mendapat lesen radio kelas B dan boleh memohon untuk mendapatkan call sign 9W2---. Semoga calon-calon ini akan berjaya dalam peperiksaan tersebut dan memberi semangat kepada ahli-ahli yang lain untuk turut sama meneroka bidang perhubungan menggunakan radio amatur.
Genre Artikel
Aktiviti Krew (Crew Activities)
Keratan Akhbar Sambutan Hari Pengakap Sedunia dan 100 Tahun Pengakap di Kuala Lumpur

Keratan akhbar mengenai Sambutan Hari Pengakap Sedunia dan 100 Tahun Pengakap Pengakap di Kuala Lumpur peringkat PPM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diterbitkan di muka surat C8, Akhbar Metro Ahad pada hari ini (15 Ogos 2010). Krew telah mengadakan Pameran Pengakap Laut sebagai salah satu daripada sub-aktiviti sempena sambutan ini. Lebih istimewa lagi, gambar First Mate, saudara Mohd Norfardrol Marshar sedang mengajar isyarat bendera Semaphore telah menjadi gambar utama bagi laporan tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua warga krew KL Charlie Rovers yang terlibat di dalam pameran ini.
Genre Artikel
Berita Penting (Important News)
Rabu, Ogos 04, 2010
Sistem Awasan (Sea Watch System)
Disediakan oleh: Izhar Mat Isa
Di kapal-kapal (biasanya kapal perang), Sistem Awasan (Sea Watch System) membahagikan anak-anak kapal kepada beberapa kumpulan seperti berikut:

Kebiasaannya, setiap kapal akan mempunyai Watch dan Station Bill di mana ia sebuah jadual yang lengkap membahagikan semua anak kapal kepada 4 jenis awasan dan tugasan yang perlu dilakukan bagi setiap awasan tersebut.
Awasan di laut biasanya akan diubah oleh Ship Master (kapal dagang) / Commanding Officer (kapal perang) mengikut kesesuaian keadaan.
Genre Artikel
Ilmu Kepelautan (Seamanship Knowledge)
Pameran Pengakap Laut KL 2010
Sempena acara sambutan 100 Tahun Pengakap Kuala Lumpur dan Hari Pengakap Sedunia peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, krew telah berpeluang mengadakan Pameran Pengakap Laut bagi mempromosikan ilmu-ilmu dan pengetahuan berkaitan Pengakap Laut kepada semua warga Pengakap Kuala Lumpur. Acara ini telah diadakan di Taman Metropolitan Batu, Jalan Ipoh pada hari Ahad, 1 Ogos yang lalu.
Suasana di gerai pameran krew pada 1 Ogos yang lalu
Seramai lapan orang ahli krew telah menyumbangkan tenaga untuk menjayakan pameran ini yang pertama kalinya diadakan di Kuala Lumpur. Lokasi acara sambutan ini di Taman Metropolitan Batu adalah sangat sesuai dan mempunyai pelbagai kemudahan seperti tandas, surau dan bekalan elektrik. Taman ini turut mempunyai tasik yang luas dan sesuai untuk dijadikan tapak latihan Pengakap Laut sekiranya dibenarkan oleh pihak DBKL.
Genre Artikel
Aktiviti Krew (Crew Activities)
Lilit Pemati Biasa (Common Whipping)
Lilit pemati biasa atau common whipping adalah jenis lilit pemati yang paling mudah dan digunakan untuk mencegah hujung tali daripada terurai. Lilit pemati biasa tidak sepatutnya digunakan untuk mematikan hujung tali yang hendak digunakan sebagai running ends. Lilit pemati ini turut dikenali sebagai wolf whipping di beberapa negara.
Genre Artikel
Simpulan dan Ikatan (Rope works)
Langgan:
Catatan (Atom)
