Master and Commander: The Far Side of the World adalah berkisar tentang Perang Nepoleon pada 1805 dengan watak utamanya ialah Kapten "Lucky Jack" Aubrey yang mengetuai HMS Surprise mengeluarkan arahan kepada anak kapalnya untuk memburu kapal privateer Perancis, Archeron. Filem ini mempamerkan banyak tradisi-tradisi Tentera Laut di zaman awal, organisasi kapal, tradisi kepelautan dan lain-lain lagi. Setelah melalui pertempuran yang panjang di laut, HMS Surprise berjaya mengalahkan angkatan laut Perancis dan merampas Archeron.
Selasa, Oktober 23, 2012
Sabtu, Oktober 20, 2012
Sistem Boya IALA (Siri 1)
Penanda port di perairan Tanjung Pelepas, Johor
Boya sisi (lateral buoy) mengikut definisi International Association of Lighthouse Authorities (IALA) adalah penanda laut yang digunakan untuk navigasi maritim bagi menandakan bahagian tepi sesebuah laluan. Setiap penanda (mark) menunjukkan bahagian tepi bagi laluan yang selamat dalam terma port (sebelah kiri) atau starboard (sebelah kanan). Sesebuah bot/kapal yang sedang memasuki pelabuhan dan ingin mengekalkan posisi dalam laluan utama hendaklah sentiasa memastikan bahawa penanda port hendaklah sentiasa berada di sebelah kiri bot/kapal manakala penanda starboard hendaklah sentiasa berada di sebelah kanan bot/kapal. Apabila terdapat kekeliruan arah dalam sesuatu zon, penanda cardinal akan digunakan bagi menunjukkan laluan yang selamat.
Saiz penanda relatif kepada ketinggian pagar
Penanda dibezakan oleh bentuk dan warna, sama ada hijau atau merah. Disebabkan faktor sejarah, terdapat dua sistem berbeza yang digunakan di seluruh dunia yang mana perbezaannya terletak pada warna. Sebelum diseragamkan oleh IALA, terdapat 30 sistem yang berbeza diamalkan di seluruh dunia. Selepas IALA bersidang pada 1980, sebuah negara anggota bersetuju menerima sistem bersepadu yang baru iaitu Rantau A dan Rantau B. Rantau A merangkumi negara-negara Eropah, Australia, New Zealand, sebahagian besar Afrika serta sebahagian besar Asia (selain Filipina, Jepun dan Korea). Rantau B pula merangkumi negara-negara Amerika Utara, Amerika Tengah, Amerika Selatan, Filipina, Jepun dan Korea.
Penanda port (sebelah kiri) dan penanda starboard (sebelah kanan) bagi Rantau A
Penanda port (sebelah kiri) dan penanda starboard (sebelah kanan) bagi Rantau B
Bagi Rantau A, penanda port berwarna merah dan mempunyai kerlipan lampu merah pada sebarang rentak. Penanda starboard pula berwarna hijau dan mempunyai kerlipan lampu hijau pada sebarang rentak. Bagi Rantau B pula, penanda port berwarna hijau dan mempunyai kerlipan lampu hijau pada sebarang rentak. Penanda starboard pula berwarna merah dan mempunyai kerlipan lampu merah pada sebarang rentak. Di kedua-dua rantau, penanda port biasanya berbentuk segi empat atau mempunyai bahagian atas yang rata. Penanda starboard pula berbentuk kon (atau pada masa kini berbentuk segi tiga) dan mempunyai bahagian atas yang menumpu.
Perbezaan kaedah mengenali penanda antara waktu siang (warna dan bentuk) dengan waktu malam (kerlipan lampu)
Bentuk penanda adalah amat penting kerana warna agak sukar dibezakan dalam sesetengah keadaan. Begitu juga apabila melibatkan individu yang mempunyai rabun warna merah-hijau. Penanda juga biasa dilabelkan secara unik sama ada menggunakan huruf atau nombor di mana label ini akan digunakan untuk mengenalpasti penanda tersebut di atas carta nautika. Selain itu, lampu penanda juga akan berkelip mengikut rentaknya sendiri yang unik bagi tujuan yang sama.
Genre Artikel
Ilmu Kepelautan (Seamanship Knowledge)
Selasa, Oktober 09, 2012
Tahniah Kepada Semua Penerima Manikayu
Sea Dad sedang dikalungkan dengan manikayu empat butir oleh Pesuruhjaya Latihan Negara
4th Mate, Saudara Abdullah Sani (kiri) dan Koordinator Selaman Skuba Krew, Saudara Mohd Fikri bin Rusni (kanan)
sedang dikalungkan dengan manikayu dua butir (Unit Kelana) oleh Pesuruhjaya Latihan Negara
Genre Artikel
Berita Penting (Important News)
Langgan:
Catatan (Atom)







