Menjamu selera dengan nasi beriyani yang dihidangkan untuk para tetamu
Program Kenduri 1 Wilayah Persekutuan Parlimen Batu telah diadakan
bertempat di Pusat Komuniti Sentul Perdana, Bandar Baru Sentul pada hari
Rabu, 22 Februari yang lalu. Kebetulan program ini sama tarikhnya
dengan Hari Pengasas Pengakap Sedunia. Krew telah dijemput untuk
mewakili Persekutuan Pengakap Malaysia WP Kuala Lumpur dalam program
ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Muhammad Najib bin
Jasmani, Ahli Parlimen Belia Malaysia merangkap Penolong Pesuruhjaya
Pengakap Daerah Segambut dan Encik Gulam Muszaffar bin Gulam Mustakim, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu yang telah menjemput kami ke majlis ini.
Skipper
mewakili Persekutuan Pengakap Malaysia WP Kuala Lumpur menerima simbolik
V4KL2017 berupa tong cat dan roller untuk program kesukarelawanan di
Parlimen Batu
Program ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YBM. Datuk Seri Tengku
Adnan bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan. Turut hadir ialah
YBhg. Dato' Seri Mhd. Amin Nordin bin Abdul Aziz, Datuk Bandar Kuala
Lumpur dan YB. Senator Datuk Hj. Yahaya bin Mat Ghani, Ahli Dewan Negara
yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu. Program ini dijadikan medan
pelancaran untuk program V4KL2017 (Volunteer for KL 2017) iaitu program
kesukarelawanan untuk warga ibu kota.
Bertemu dengan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Setiawangsa, Encik Rusjdi Syahrani
Selain Skipper, Krew turut diwakil oleh Bosun Wan Muammar Qaddafi bin
Hasanudin dan Ahli Krew Muhammad Adham Aiman bin Nor Apandi. Skipper
telah dijemput untuk menerima simbolik V4KL2017 berupa tong cat dan
roller daripada YBM. Menteri Wilayah Persekutuan sebagai tanda komitmen
Persekutuan Pengakap Malaysia WP Kuala Lumpur dalam program
kesukarelawanan ini.


