Delegasi PPMWPKL bergambar bersama YBhg. Puan Foziah binti Buang dan
YBhg. Tuan Haji Rofli bin Mohamed
Delegasi Persekutuan Pengakap Malaysia WP Kuala Lumpur (PPMWPKL) yang diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, YH. Dato' Dr. Elli bin Hj. Mohd Tahir telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) yang baru dilantik, YBhg. Puan Foziah binti Buang pada hari Khamis, 25 Jun 2015. Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk meneruskan hubungan yang erat antara PPMWPKL dengan JPWPKL khasnya dalam penganjuran aktiviti-aktiviti kepengakapan.
YH. Dato' Dr. Elli bin Hj. Mohd Tahir menyerahkan Profail PPMWPKL kepada
YBhg. Puan Foziah binti Buang
Perbincangan yang berlangsung bersama YBhg. Puan Foziah turut disertai oleh mantan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur, YBhg. Tuan Haji Rofli bin Mohamed yang juga merupakan Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan JPWPKL. Delegasi seramai 12 orang ini turut disertai oleh:
- Encik Latiff bin Abu Hassan - Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur
- Encik Mohd Hilmi Abu Bakar (Skipper) - PKPPNg. WPKL (Program & Pengakap Laut)
- Encik Chong Beng Ming - PKPPNg. WPKL (Pentadbiran - Pendaftaran Ahli)
- Encik Howard Lai - PKPPNg. WPKL (Tugas-Tugas Khas)
- Puan Hjh. Zuraida binti Jaafar - Pesuruhjaya Pengakap Daerah Wangsa Maju
- Encik Abdul Halim bin Nanyan @ Othman - Pesuruhjaya Pengakap Daerah Titiwangsa
- Encik Kamarulbashah bin Hussin - Pesuruhjaya Pengakap Daerah Lembah Pantai
- Encik Danny Yue - Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batu
- Encik Karthik A/L Govindarajoo - Pesuruhjaya Pengakap Daerah Segambut
- Encik Darren Wan Jie Kang - Pesuruhjaya Pengakap Daerah Seputeh
Perbincangan sedang berlangsung
Pelbagai perkara telah dapat dibincangkan termasuk kedudukan Persekutuan Pengakap Malaysia di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah di dalam sistem pendidikan dan peranan PPMWPKL dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti kepengakapan untuk warga Pengakap di WP Kuala Lumpur. YH. Dato' Dr. Elli bin Hj. Mohd Tahir juga telah mengambil peluang ini untuk memaklumkan secara rasmi kepada YBhg. Puan Foziah binti Buang tentang penganjuran Jambori Pengakap Malaysia Ke-13 pada tahun 2016 yang akan datang di mana PPMWPKL telah dipilih sebagai tuan rumah.
YH. Dato' Dr. Elli bin Hj. Mohd Tahir bergambar bersama YBhg. Tuan Haji Rofli bin Mohamed,
mantan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur


















