Khamis, April 28, 2011

Melawat Tunang Saudara Izhar di KPJ Damansara

Turut hadir di Hospital Pakar KPJ Damansara ialah ibu bapa Saudara Izhar dan ibu Saudari Dila

Beberapa hari yang lalu, ahli-ahli krew dikejutkan dengan berita bahawa tunang Saudara Izhar iaitu Saudari Dila mengalami jatuh di klinik dan mengalami kecederaan tulang belakang. Berita ini sangat membimbangkan memandangkan mereka berdua akan melangsungkan pernikahan dalam tempoh tidak sampai sebulan saja lagi. Mengikut kata doktor yang merawat, kes slip disc ini membabitkan tiga cakera tulang belakang.

Saudara Izhar sedang bertanyakan keadaan kesihatan tunangnya :)