Pada 12 dan 13 Jun yang lalu, ahli-ahli Pengakap Kelana Kuala Lumpur telah membuku gerai Scout For Natura (SFN) di kawasan Pasar Seni, Kuala Lumpur. Krew telah diwakili oleh saudara Izhar Mat Isa.

Saudara Izhar bersama rakan-rakan Kelana yang lain di gerai program
Pelbagai aktiviti menarik telah dilakukan sepanjang dua hari program ini berjalan. Pada hari Sabtu, program ini dikendalikan oleh rakan-rakan Pengakap Kelana dari Sentul, manakala pada hari Ahad, dikendalikan oleh Pengakap Kelana dari Keramat.


