Saudara Adham Aiman memberi penerangan tentang perisian Ship Simulator kepada YH. Dato' Dr. Elli bin Haji Mohd Tahir, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur
Sesi penerangan tentang carta nautika dan alatan kerja carta
Bergambar beramai-ramai bersama YH. Dato' Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan delegasi VIP yang mengunjungi Pameran Pengakap Laut
Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seputeh telah menganjurkan program Karnival Sehari Bersama Pengakap Daerah Seputeh pada hari Ahad, 15 Januari 2017 bertempat di SJK (C) Salak Selatan. Program ini telah dirasmikan oleh YH. Dato' Dr. Elli bin Hj. Mohd Tahir, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur. Krew telah menerima jemputan untuk mengadakan Pameran Pengakap Laut sebagai salah satu daripada pengisian program ini.
Saudari Athirah di base Ship Simulator
Antara buku-buku rujukan kepelautan yang dipamerkan
Banting informasi untuk Kem Pendidikan Marin Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan
Carta nautika, alatan kerja carta, buku rujukan simbol dan singkatan carta MAL 1, buku jadual pasang surut air laut Semenanjung Malaysia
Alatan rekreasi air seperti pakaian renang, pakaian menyelam dan bot kawalan jauh
Banting informasi tentang apa itu Pengakap Laut?, Perhimpunan Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan dan Kursus Kepimpinan Asas Pemimpin Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan
Beberapa montaj aktiviti Pengakap Laut ditayangkan secara terus menerus menggunakan kemudahan projektor LCD yang terdapat di kelas tersebut
Sebuah bilik darjah telah diperuntukkan sebagai lokasi Pameran Pengakap Laut. Antara elemen yang dipamerkan ialah banting informasi, simulator kapal, buku-buku rujukan kepelautan, komponen asas kerja carta dan sijil-sijil penghargaan daripada pelbagai agensi. Hadir berkhidmat sebagai koordinator pameran adalah seperti senarai di bawah. Bosun Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin turut berkesempatan hadir selepas waktu tengah hari.
1. Ahli Krew Muhammad Adham Aiman bin Nor Apandi
2. Ketua Troop 183 Saudari Nurul Nadirah binti Roslan
3. Ahli Troop 183 Wan Faizatul Syarniesha binti Wan Suhaimi
4. Ahli Troop 183 Nur Afiqah Irfahani binti Azmi
5. Ahli Troop 183 Nur Athirah binti Razali
6. Ahli Troop 183 Nurfarisya Husna binti Ismail
7. Ahli Troop 183 Nur Safiya binti Nazir
Skipper bergambar bersama para koordinator Pameran Pengakap Laut yang diketuai oleh Saudara Adham Aiman
Saudara Adham Aiman bersama Bosun Wan Muammar Qaddafi
Skipper bersama Saudara Adham Aiman
Selain Pameran Pengakap Laut dan Pameran Pengakap, acara lain yang turut diadakan ialah komunikasi radio amatur serta sesi bermain projek perintis seperti ferris wheel, merry go round, viking ship, catapult dan lain-lain lagi. Projek perintis ini telah dibina oleh Ahli-ahli Krew Kelana 'A' Daerah Setiawangsa menerusi tunjuk ajar oleh beberapa orang Jurulatih Antarabangsa dari Hong Kong.
Kompilasi gambar di tapak projek perintis
Video "ferris wheel"
Video "viking ship"
Program ini secara keseluruhannya telah dihadiri oleh kira-kira 300 orang Ahli Pengakap Kanak-kanak dari seluruh Kuala Lumpur. Krew mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Encik Darren Wan Jie Kang, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Seputeh yang telah sudi menjemput kami untuk mengadakan pameran dalam program yang menarik ini.