Rabu, November 03, 2010

Pameran Kokurikulum SMK Bandar Baru Sentul

Suasana di gerai pameran SMK Bandar Baru Sentul

Sempena Hari Kokurikulum SMK Bandar Baru Sentul pada 20 Oktober 2010 yang lalu, saudara Najib Jasmani dari Kumpulan Pengakap Kelana E Sentul telah memohon bantuan krew untuk mengadakan pameran mini berkenaan Pengakap Laut bertujuan mendedahkan Pengakap Laut kepada pelajar-pelajar di sekolah tersebut. Pameran ini digabungkan dengan pameran informatif bagi Pengakap dan Pengakap Udara.

Saudara Najib memberi penerangan kepada para pelajar yang melawat gerai pameran

Antara material Pengakap Laut yang dipamerkan adalah poster ikan-ikan air tawar dan air masin, bendera Semaphore, uniform Pengakap Laut, Boatswain's Call dan risalah kempen S.O.S. (Save Our Seafood). Pemimpin Krew telah meluangkan masa untuk melawat pameran ini dan berbincang dengan Guru Pemimpin iaitu Cikgu Siti Zuraidah untuk menubuhkan unit Pengakap Laut di SMK Bandar Baru Sentul bermula tahun depan. Semoga hasrat ini akan menjadi kenyataan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan