Selasa, November 16, 2010

Kursus Kawad Kaki dan Istiadat PPMWPKL

Ahli-ahli Pengakap Muda dan Remaja yang menjadi pelatih di dalam kursus ini

PPMWPKL telah mengadakan Kursus Kawad Kaki dan Istiadat peringkat negeri WP Kuala Lumpur sebagai lanjutan kepada Kursus Kawad Kaki dan Istiadat peringkat kebangsaan yang telah diadakan pada awal Julai 2010 yang lalu. Kursus ini dianjurkan oleh Encik Abdul Jalil Abdul Samad dan Encik Chan Zi-Lie selaku wakil PPMWPKL dalam kursus peringkat kebangsaan tersebut. Lokasi yang dipilih ialah SK Kiaramas pada 22 hingga 24 Oktober 2010 yang lalu. Kursus ini turut dibantu oleh jurulatih-jurulatih lain seperti Encik Jamal Harim, Encik Zaliridzal dari Ibu Pejabat, Sarjan Fadzil dari Selangor dan Encik Jurimi dari Pahang.

Pemimpin-Pemimpin Pengakap yang menjadi peserta termasuk Encik Ekbert dari Selangor

Penolong Pemimpin Krew iaitu Puan Rohani Haji Ahmad telah menjadi fasilitator untuk Istiadat Laung Agung. Krew telah diwakili oleh Saudara Izhar Mat Isa selaku Koordinator Istiadat Krew. Keseluruhannya. Pemimpin Krew dan dua orang ahli krew telah membantu menguruskan pelatih-pelatih kawad (yang menjalankan praktikal kawad dan istiadat) dari unit Muda dan Remaja SMK Kiaramas. Mereka yang belum memiliki Lencana Keahlian telah diuji doleh Pemimpin Krew dan dianugerahkan Lencana Keahlian sebelum kursus ini tamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan