Disediakan oleh: Izhar Mat Isa

Rupabentuk bendera Alpha
MAKNA:
"I have a diver down; keep clear at slow speed."
With three numerals, azimuth or bearing.
KEGUNAAN:
Dikibarkan apabila kapal sedang menjalani kerja-kerja selaman sama ada di tengah laut atau pelabuhan.
PERINGATAN:

Rupabentuk bendera Bravo
MAKNA:
"I am taking in, or discharging, or carrying dangerous goods".
KEGUNAAN:
Dikibarkan apabila kapal sedang melakukan kerja-kerja memunggah bahan mudah meletup dan terbakar atau sedang mengisi minyak (refueling) sama ada di laut atau di pelabuhan. Jika dikibarkan oleh kapal tentera laut, kapal berkenaan sedang melakukan aktiviti yang sama atau sedang melakukan aktiviti latihan tembakan meriam (gun) atau misil (missile) atau roket (rocket) atau terpedo (torpedo) atau piroteknik.
PERINGATAN:
Jika sedang memunggah bahan yang mudah meletup atau terbakar, anak-anak kapal dilarang menghisap rokok dan menyalakan api dedah. Anggota bertugas dikehendaki menyediakan alat pemadam api pelbagai jenis sebanyak mungkin jika berlaku kebakaran. Peringatan dari semasa ke semasa perlu dilakukan agar tiada anak-anak kapal yang melanggar arahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan