Selasa, November 16, 2010

Lilit Balak @ Timber Hitch

Rupabentuk lilit balak

Lilit balak adalah penting di dalam aktiviti kepengakapan. Lilit balak ini digunakan untuk melilitkan tali pada sebatang kayu. Ia amat mudah dirungkaikan apabila telah selesai digunakan.

Langkah-langkah untuk menyediakan lilit balak

Untuk meyediakan simpulan ini, tali dilalukan mengelilingi kayu sebelum hujung tali disimpulkan mengelilingi hujung tetap, dan melalui gelung yang baru saja dibuat. Buat tiga pusingan pada gelung dan tarik hujung tetap untuk mengetatkannya. Tiga pusingan adalah sesuai untuk tali semulajadi seperti jut, manakala tali sintetik seperti nylon biasanya menggunakan lima pusingan.

Di dalam aktiviti kepengakapan, lilit balak digunakan untuk mengikat batang kayu bagi memudahkan ia ditarik. Selain itu, lilit balak juga digunakan sebagai simpul permulaan untuk menyediakan ikatan serong (diagonal lashing).

Lilit balak pada gitar akaustik

Simpulan ini turut dikenali sebagai "Bowyer's Knot" kerana ini sering digunakan untuk menyimpulkan hujung tali busur panah ke bahagian bawah busur "English Longbow". Simpulan ini juga digunakan untuk menyimpulkan tali ukulele (gitar Hawaii) dan gitar akaustik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan