Khamis, November 25, 2010

Lilit Taut-Line

Struktir lilit taut-line

Lilit taut-line adalah sejenis simpulan gelung yang boleh dilaraskan dan sesuai digunakan untuk mengekalkan ketegangan tali. Simpulan ini amat berguna kerana ia boleh dilaraskan dari semasa ke semasa supaya tali kekal tegang. Simpulan ini disediakan dengan menyirat lilit tindih kejap (rolling hitch) pada bahagian tali tetap (standing rigging) selepas suatu gelung dibentuk mengelilingi suatu objek penyangkut (contohnya pancang).

Langkah-langkah untuk menyediakan lilit taut-line

Tegangan dikekalkan dengan melaraskan kedudukan lilit tindih kejap tersebut di sepanjang bahagian tali tetap. Ini akan menegangkan tali tetap tanpa perlu mengikut semula simpulan tersebut. Lilit taut-line biasanya digunakan untuk menegangkan tali khemah pada pancangnya. Ia juga boleh digunakan untuk menambat bot secara boleh laras di kawasan berombak dan mengikat barangan pada kenderaan. Di dalam sejarah, lilit taut-line turut digunakan oleh angkasawan semasa STS-82 iaitu misi kedua kapal angkasa untuk membaiki Teleskop Angkasa Hubble.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan