Rabu, Oktober 06, 2010

Sea Measurement

Disediakan oleh: Izhar Mat Isa

Sebagai seorang pelaut yang cekap, dia mestilah mahir menganggar dan menentukan jarak sama ada menggunakan atau tanpa peralatan tertentu. Kemahiran ini dianggap penting kerana ia dapat membantu pelaut dari sebarang malapetaka di laut seperti pelanggaran (collision) atau terdampar (grounded).

Kegagalan menentukan jarak dengan tepat semasa melakukan rencana pelayaran (passage plan) boleh mengakibatkan kesan yang sangat buruk kepada pelaut dan kapal kerana jarak mempengaruhi Jangka Masa Bertolak dan Tiba [Estimated Time of Arrival (ETA) danEstimated Time of Departure (ETD)], jumlah masa pelayaran, jumlah masa di tangan (time in hand), kelajuan kapal semasa pelayaran (speed of advance), kelajuan baru (new speed - kelajuan baru kapal apabila kapal dipengaruhi dengan kelajuan angin dan arus), jumlah bahan bakar bagi enjin dan generator, jumlah air bagi kegunaan enjin, generator dan kegunaan harian serta jumlah makanan (kering/basah) yang diperlukan sepanjang pelayaran.

Sea Measurement adalah seperti berikut:

Kaedah menentukan jarak semasa kerja-kerja carta adalah menggunakan compass atau divider. Sesuatu jarak diambil menggunakan alatan ini dan ditentukan dengan bacaan yang terdapat pada carta (guna ukuran yang terdapat pada sebelah kiri atau kanan carta sahaja)


Semasa pelayaran, biasanya pelaut akan menggunakan radar navigasi (navigation radar) bagi menentukan jarak antara kapal dengan kapal lain atau kawasan daratan atau apa-apa juga objek yang boleh dikesan melalui radar. Jarak juga boleh ditentukan menggunakan Global Positioning System (GPS).

Bagi kapal-kapal kecil, bot, sampan atau kapal layar yang tidak dilengkapi peralatan seperti di atas, kebiasaannya pelaut hanya menganggar sahaja jarak tersebut menggunakan mata (Mark 2 Eyeballs).

Sea Measurement juga digunakan untuk menentukan kedalaman air. Selain Echo Sounder atau Sonar (memberi bacaan kedalaman air dalam unit meter atau fathom), pelaut juga menggunakan Hand Lead Line - sejenis alat ringkas menentukan kedalaman air. Ia terdiri daripada ladung besi dan tali yang mempunyai sukatan dalam fathom.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan