Selasa, Oktober 12, 2010

Simpul Pulih (Sheepshank)

Simpul pulih adalah sejenis simpulan yang digunakan untuk memendekkan tali tanpa memotongnya atau untuk menguatkan tali pada tempat yang reput atau hampir putus. Simpulan ini tidak stabil dan boleh terlerai sekiranya beban yang dikenakan adalah terlalu berat atau terlalu ringan.

Struktur simpul pulih

Simpulan ini mempunyai beberapa ciri-ciri yang membolehkannya memendekkan tali iaitu:
  • Ia mempunyai dua lilitan iaitu satu di setiap hujung simpulan yang akan mengunci struktur simpulan itu
  • Simpul ini tetap selamat apabila di dalam keadaan tegangan, lebih kasar tali yang digunakan, ia akan lebih selamat
  • Simpul ini akan mudah terlerai apabila tegangan tersebut dialihkan

Simpulan ini digunakan untuk mengikat beban pada trak dan dalam aplikasi pelayaran. Diperkenalkan lama sebelum penciptaan tali sintetik yang licin menyebabkan simpulan ini tidak sesuai digunakan pada tali tersebut. Oleh itu, simpulan alternatif perlu digunakan seperti Man-o'war sheepshank dan kamikaze knot.

Di bawah adalah dua kaedah untuk menyediakan simpul pulih. Kedua-dua kaedah ini adalah mudah untuk dipelajari dengan kaedah kedua adalah lebih ringkas.

Kaedah pertama

Kaedah Kedua

Tiada ulasan:

Catat Ulasan