Pelayar optimist sedang berlayar
Optimist adalah perahu layar bersaiz kecil dan dikendalikan berseorangan oleh kanak-kanak yang berumur sehingga 15 tahun. Pada hari ini, majoriti Optimist dibina menggunakan material plastik yang diperkuatkan dengan fiber. Namun begitu, masih terdapat sebilangan kecil yang dibina menggunakan kayu.
Optimist adalah antara perahu layar yang paling popular di seluruh dunia dengan lebih 130,000 unit didaftarkan. Ia diiktiraf sebagi Kelas Antarabangsa oleh Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (International Sailing Federation). Rajah di bawah menunjukkan bahagian-bahagian sebuah perahu layar Optimist.
Sail atau layar adalah selembar kain kanvas yang digunakan untuk memerangkap angin. Apabila diletakkan pada sudut yang betul, Optimist akan berlayar dengan laju. Boom pula berfungsi untuk menegangkan layar. Apabila arah angin berubah, boom boleh dipusingkan ke sebelah Port atau Starboard dengan melaraskan main sheet (tali utama) untuk memastikan Optimist tersebut tetap mendapat sokongan angin.
Tiller adalah sebuah besi panjang yang digunakan oleh Skipper Optimist untuk menentukan hala tuju perahu layar Optimist tersebut di mana tiller akan disambungkan dengan rudder yang berada di bahagian belakang Optimist. Centreboard pula adalah sekeping fiber yang boleh dinaikkan dan diturunkan berdasarkan keperluan pelayaran. Centreboard juga merupakan elemen penting untuk menaikkan semula Optimist sekiranya ia terbalik (capsized).

.jpg)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan