Hadirin mesyuarat bergambar beramai-ramai setelah selesai mesyuarat
Mesyuarat Agung Sekretariat Pengakap Kelana Negeri WP Kuala Lumpur 2023 telah diadakan pada hari Sabtu, 20 Mei 2023 bertempat di Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia WP Kuala Lumpur, Bangunan Selayang Capitol, Bandar Baru Selayang.
Saudara Zairin Adam bin Abdul Aziz selaku Pengerusi Sekretariat Pengakap Kelana Negeri WP Kuala Lumpur
bagi penggal 2021-2023 menyampaikan ucapan di dalam mesyuarat agung tersebut
Dengan berlangsungnya mesyuarat agung ini, perkhidmatan Saudara Zairin Adam bin Abdul Aziz sebagai Pengerusi Sekretariat Pengakap Kelana Negeri WP Kuala Lumpur dan Saudara Adam Razin bin Awira sebagai Ahli Yang Dipilih bagi penggal 2021-2023 telah sampai ke penghujungnya.
Saudara Muhammad Aliff Izzuddin, Saudari Nurul Nadirah dan Saudara Muhammad Wafiq
telah bertanding dan memenangi pemilihan masing-masing
Beberapa orang Ahli Krew telah mencalonkan diri untuk bertanding di pemilihan SPKNg WP Kuala Lumpur tahun ini iaitu:
- Saudara Muhammad Aliff Izzuddin bin Baharuddin (bertanding jawatan Naib Pengerusi)
- Saudari Nurul Nadirah binti Roslan (bertanding jawatan Ahli Yang Dipilih)
- Saudara Muhammad Wafiq bin Hazwa (bertanding jawatan Ahli Yang Dipilih)
- Saudara Aisy Baihaqi bin Mohamad Shukri (bertanding jawatan Ahli Yang Dipilih)
Warga Krew Kuala Lumpur Charlie Rovers di mesyuarat agung SPKNg WP Kuala Lumpur
Saudara Aisy Baihaqi walau bagaimanapun telah menarik diri kerana tidak dapat hadir pada saat akhir disebabkan faktor yang tidak dapat dielakkan.
Saudara Adam Razin bin Awira menyerahkan cenderahati kepada wakil Kelana Daerah Bukit Bintang
Sukacita dimaklumkan bahawa tiga lagi calon iaitu Saudara MuhammadAliff Izzuddin, Saudari Nurul Nadirah dan Saudara Muhammad Wafiq telah berjaya memenangi pemilihan tersebut. Krew mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan tersebut dan amat berterima kasih kepada semua yang sudi mengundi mereka bertiga. Semoga dipermudahkan segala urusan dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan bagi penggal 2023-2025 ini.
Menyantuni rakan-rakan Kelana dari krew lain yang menghadiri mesyuarat agung tersebut









Tiada ulasan:
Catat Ulasan