Ahad, Mei 28, 2023

Kursus Austere Advance First Aid

 
Penerangan berkenaan kandungan peti pertolongan cemas dan pembalut

Sesi ceramah pengenalan berkenaan Austere & Emergency Medicine

Kursus pertolongan cemas Austere Advance First Aid sedang diadakan pada hujung minggu ini (27 & 28 Mei 2023) dan hujung minggu depan (3 & 4 Jun 2023) bertempat di SJK (C) Salak South, Salak Selatan. Kursus ini adalah anjuran Austere & Emergency Medicine dan diadakan hasil inisiatif oleh Skipper Chan Zi-Lie. Austere & Emergency Medicine adalah suatu organisasi antarabangsa yang beribu pejabat di Wyoming, Amerika Syarikat.

Amali pemeriksaan keadaan mangsa

Setiap peserta dibekalkan dengan mannequin masing-masing untuk amali CPR

Ahli Krew Saudara Lee Wei Rong telah menjadi wakil tunggal Krew yang menyertai kursus ini. Bidang Austere Medicine adalah didefinisikan sebagai cabang perubatan yang diamalkan dalam persekitaran yang mempunyai sumber terbatas/terhad - sama ada di dalam belantara, negara membangun atau selepas berlakunya bencana.

Makan tengah hari bersama-sama warga kursus

Ribuan terima kasih diucapkan kepada tuan rumah iaitu mantan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Seputeh, Encik Darren Wan Jie Kang dan isteri, Puan Mandy Leow Suet Ying yang sudi menyantuni para peserta dan membawa mereka makan tengah hari. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan