Khamis, Mei 25, 2023

Lawatan Tapak Untuk Persediaan Outdoor Expo Malaysia 2023

Bergambar di lokasi kanopi pameran bersebelahan dengan gelanggang futsal

Penolong Pemimpin Krew, Skipper Wan Muammar Qaddafi Hasanudin dan Ahli-ahli Krew; Saudari Nurul Nadirah Roslan, Saudara Muhammad Aliff Izzuddin Baharuddin dan Saudara Muhammad Wafiq Hazwa telah berkunjung membuat lawatan tapak ke Kompleks Sukan Kelana Jaya bagi membuat persediaan untuk Pameran Persekutuan Pengakap Malaysia sempena Outdoor Expo Malaysia 2023 yang akan diadakan pada 2 hingga 4 Jun 2023 yang akan datang.

Memeriksa tapak yang bakal dibina model tapak perkhemahan

Ini merupakan tahun kedua acara utama bagi komuniti aktiviti luar ini diadakan. Untuk tahun kedua berturut-turut, pihak penganjur telah memanjangkan jemputan kepada Persekutuan Pengakap Malaysia melalui Pemimpin Krew. Pengarah Ekspo, Encik Fathee Razali merupakan panelis Webinar Hari Konservasi Ekosistem Bakau Antarabangsa bagi tahun 2022 anjuran Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan. 

Mengasingkan buluh yang disediakan oleh penganjur

Bagi pameran tahun ini, gerai Persekutuan Pengakap Malaysia akan dipecahkan kepada tiga pengendali iaitu Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan dan Sekretariat Pengakap Udara Kebangsaan. Krew akan membantu membina model tapak perkhemahan Pengakap dan menguruskan aktiviti-aktiviti di gerai pameran Pengakap Laut. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan