Rabu, Jun 10, 2015

Perasmian Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Qur'an Peringkat Antarabangsa Ke-57 1436H/2015M

Warga PPMWPKL bergambar di luar Dewan Merdeka PWTC

Persekutuan Pengakap Malaysia WP Kuala Lumpur (PPMWPKL) telah menerima jemputan untuk hadir ke perasmian Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Qur'an Peringkat Antarabangsa Ke-57 1436H/2015M bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada hari Selasa, 9 Jun 2015 yang lalu. Seramai kira-kira 30 orang warga PPMWPKL termasuk Pemimpin Krew telah hadir untuk memenuhi jemputan tersebut.


Suasana di dalam Dewan Merdeka PWTC semasa perasmian

Perasmian telah disempurnakan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Acara ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan disertai oleh ramai peserta dari seluruh dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan