Ahad, Jun 14, 2015

Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Pengenalan KP 3405

Bergambar beramai-ramai setelah selesai kursus

Pemimpin Krew telah diamanahkan untuk menjadi Ketua Kursus bagi Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Pengenalan (KP 3405) yang telah diadakan pada hari Sabtu, 13 Jun 2015 yang lalu bertempat di SMK Seri Ampang, Kuala Lumpur. Penganjuran kursus ini merupakan salah satu tugasan yang perlu diselesaikan sebelum dikalungkan dengan manikayu tiga butir.

Encik Jamal Harim Abdullah sedang menyampaikan ceramah tentang Sejarah Kepengakapan

Jurulatih Jemputan Krew iaitu Encik Jamal Harim bin Abdullah dan Encik Muhammad Rahimi bin Mahmud telah berkhidmat sebagai penceramah kursus. Ahli Kelana Kanan Encik Mohd Hilmi bin Mat Saad dan Puan Rosbiah binti Mohd Shah pula telah berkhidmat sebagai Pembimbing Kursus. Bosun Saudara Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin yang telah mengikuti kursus ini dua tahun yang lalu berkhidmat sebagai Kuartermaster Kursus.

Pemimpin Krew sedang menyampaikan ceramah tentang Dasar Agama

Seramai lapan orang Ahli Krew telah menjadi peserta di dalam kursus ini. Selain memulakan langkah dalam bidang kepimpinan Pengakap, mereka juga telah menyelesaikan salah satu daripada prasyarat untuk mendapatkan Lencana Kepimpinan Pengakap Kelana. Ahli-ahli yang terlibat ialah:-
  1. Saudari Jennifer Loh Pui Pui
  2. Saudara Mohammad Ridzwan bin Rosman
  3. Saudara Mior Ahmad Ramadhan bin Mior Shahridan
  4. Saudara Muhammad Norkhairin bin Rollan
  5. Saudari Siti Diana Kamila binti Nadim
  6. Saudara Ameer Iskandar bin Zainal Abidin
  7. Saudara Muhamad Khairul Aman bin Baharum
  8. Saudara Muhammad Fahimi bin Ahmad Roslan
Bekas makanan mesra alam generasi baru Eco Bento dengan logo Pengakap Laut digunakan untuk 
menyajikan nasi lemak dan kuih-muih semasa minum pagi

Pameran mini Pengakap Laut turut diadakan

Selain warga Krew, secara keseluruhannya, kursus ini telah disertai oleh 21 orang peserta termasuk daripada Krew Kelana 'C' Daerah Sepang, KLKM MSU, Krew Kelana 'B' Daerah Bukit Bintang dan guru-guru SK Taman Maluri. Para peserta juga sempat meraikan hari lahir Tuan Sharudin bin Abdul Hadi iaitu salah seorang daripada Jurulatih Antarabangsa yang hadir sebagai penceramah.

Meraikan hari lahir Tuan Sharudin bin Abdul Hadi, Jurulatih Antarabangsa PPM

Tahniah diucapkan kepada semua yang hadir dalam kursus ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan