Jumaat, Jun 12, 2015

Kunjungan Hormat Ke PPM Negeri Perak

Bergambar bersama-sama kepimpinan PPM Negeri Perak di lobi Hotel Taiping Perdana

Delegasi Persekutuan Pengakap Malaysia WP Kuala Lumpur seramai enam orang yang diketuai oleh YH. Dato' Dr. Elli bin Haji Mohd Tahir, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur telah mengadakan kunjungan hormat kepada PPM Negeri Perak bertempat di Hotel Taiping Perdana, Taiping pada hari Khamis, 11 Jun 2015 yang lalu.

Mesyuarat dan perbincangan sedang berjalan

Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan menimba pengetahuan daripada PPM Negeri Perak dalam aspek penganjuran jambori berikutan kejayaan mereka menganjurkan Jambori Antarabangsa Pengakap Negeri Perak pada November 2014 yang lalu. Langkah ini juga merupakan suatu yang amat penting dalam persediaan PPMWPKL untuk menganjurkan Jambori Pengakap Malaysia Ke-13 pada tahun hadapan.

YH. Dato' Dr. Elli bin Mohd Tahir menyampaikan cenderahati kepada YBhg. Tuan Haji Ahmad Azam Shah bin Abdul Majid, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak

Anggota delegasi yang lain adalah seperti berikut:
1. Encik Latiff bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur
2. Encik Dzulfikar Kamal bin Kamarudin - Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Latihan)
3. Encik Mohd Hilmi bin Abu Bakar - Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Program & Pengakap Laut)
4. Encik Zulkifli bin Muhammad Hanafiah - Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Perhubungan)
5. Encik Abdul Halim bin Nanyan @ Othman - Pesuruhjaya Pengakap Daerah Titiwangsa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan