
Pelbagai jenis joran yang dijual di Kepong Tackle
Skipper telah mengadakan lawatan ringkas ke sebuah kedai pancing iaitu Kepong Tackle yang terletak di tengah-tengah pekan Kepong pada petang Jumaat, 11 Februari 2011 yang lalu. Lawatan ini diadakan untuk mendapatkan anggaran kos barangan memancing selain meneliti alatan-alatan lain yang dijual di kedai ini.
Pelbagai jenis fishing reel dengan pelbagai harga
Kepong Tackle adalah kedai utama yang membekalkan alat-alat memancing di sekitar Lembah Kelang. Di sini terdapat pelbagai joran dari harga yang paling murah kepada harga yang sangat tinggi bergantung kepada jenama, kualiti dan fungsinya. Begitu juga dengan fishing reel atau mesin yang dijual dari harga semurah RM10 sehinggalah menjangkau ribuan ringgit.

Beberapa jenis jaket keselamatan yang turut dijual di sana
Selain itu, Kepong Tackle turut menjual pelbagai jenis jaket keselamatan daripada RM45 hinggalah melebihi RM200. Jaket keselamatan ini merangkumi pelbagai fungsi dan sesuai digunakan sama ada di air tawar atau di laut. Barangan lain yang dijual di sini antaranya adalah alatan snorkel, rakit getah (inflatable raft), joran teleskopik, joran panjang untuk kegunaan di pantai, pelampung keselamatan dan enjin bot kecil yang menggunakan bateri.

Pelbagai barangan lain yang turut dijual di Kepong Tackle termasuklah alatan snorkel, inflatable raft, enjin bot kecil (menggunakan bateri), joran teleskopik, joran panjang dan pelampung keselamatan
Info-info berkenaan Kepong Tackle juga boleh didapati dengan melayari laman web mereka di http://www.kepongtackle.com/. Semoga ahli-ahli krew dapat meluangkan masa ke sini untuk mula meneroka dunia memancing. :)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan