Khamis, Mac 10, 2011

Lawatan Ke Bengkel Bot Jalan Genting Klang

Bengkel bot fiber Alpha Sierra Sdn Bhd di Jalan Genting-Klang, Setapak

Pada hari Rabu, 9 Februari 2011 yang lalu, Pemimpin Krew telah berkesempatan berkunjung ke bengkel bot fiber Alpha Sierra Sdn. Bhd. di Jalan Genting Klang, Setapak, Kuala Lumpur semasa waktu makan tengah hari bagi membuat survey tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh bengkel ini.

Bot besar yang sesuai untuk latihan berkumpulan

Pemimpin Krew tiba di bengkel ini sekitar jam 1 tengah hari dan disambut oleh pemilik bengkel, Encik Shaharim Ariffin yang telah meluangkan masa untuk memberi pelbagai penerangan tentang pembuatan bot fiber dan kos-kos yang berkenaan. Terdapat pelbagai jenis bot yang dibina di bengkel ini dipamerkan di bahagian luar bengkel untuk tujuan promosi. Harga bot dan kayak adalah sekitar RM1300 hingga RM 1600.

Bot yang lebih runcing pada bahagian "bow" adalah sesuai untuk memecut dan perlu dikendalikan oleh individu yang mahir

Tujuan lain Pemimpin Krew berkunjung di sini adalah untuk menilai kemungkinan untuk membawa ahli-ahli Pengakap Muda Laut SMK Bandar Baru Sentul untuk melawat bengkel ini dan mempelajari asas membaiki bot fiber sebagai memenuhi keperluan Lencana Ahli Bot. Bengkel ini sememangnya berpotensi dan sesuai untuk dijadikan salah satu daripada lokasi latihan.

Bot dari jenis ini adalah sesuai untuk latihan awal Pengakap Muda Laut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan