Isnin, Januari 16, 2017

Karnival Sehari Bersama Pengakap Daerah Seputeh

 
 Saudara Adham Aiman memberi penerangan tentang perisian Ship Simulator kepada YH. Dato' Dr. Elli bin Haji Mohd Tahir, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur

 Sesi penerangan tentang carta nautika dan alatan kerja carta

 Bergambar beramai-ramai bersama YH. Dato' Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan delegasi VIP yang mengunjungi Pameran Pengakap Laut

Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seputeh telah menganjurkan program Karnival Sehari Bersama Pengakap Daerah Seputeh pada hari Ahad, 15 Januari 2017 bertempat di SJK (C) Salak Selatan. Program ini telah dirasmikan oleh YH. Dato' Dr. Elli bin Hj. Mohd Tahir, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur. Krew telah menerima jemputan untuk mengadakan Pameran Pengakap Laut sebagai salah satu daripada pengisian program ini.

 Saudari Athirah di base Ship Simulator

 Antara buku-buku rujukan kepelautan yang dipamerkan

 Banting informasi untuk Kem Pendidikan Marin Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan

Carta nautika, alatan kerja carta, buku rujukan simbol dan singkatan carta MAL 1, buku jadual pasang surut air laut Semenanjung Malaysia

 Alatan rekreasi air seperti pakaian renang, pakaian menyelam dan bot kawalan jauh

 Banting informasi tentang apa itu Pengakap Laut?, Perhimpunan Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan dan Kursus Kepimpinan Asas Pemimpin Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan

Beberapa montaj aktiviti Pengakap Laut ditayangkan secara terus menerus menggunakan kemudahan projektor LCD yang terdapat di kelas tersebut

Sebuah bilik darjah telah diperuntukkan sebagai lokasi Pameran Pengakap Laut. Antara elemen yang dipamerkan ialah banting informasi, simulator kapal, buku-buku rujukan kepelautan, komponen asas kerja carta dan sijil-sijil penghargaan daripada pelbagai agensi. Hadir berkhidmat sebagai koordinator pameran adalah seperti senarai di bawah. Bosun Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin turut berkesempatan hadir selepas waktu tengah hari.

1. Ahli Krew Muhammad Adham Aiman bin Nor Apandi 
2. Ketua Troop 183 Saudari Nurul Nadirah binti Roslan
3. Ahli Troop 183 Wan Faizatul Syarniesha binti Wan Suhaimi
4. Ahli Troop 183 Nur Afiqah Irfahani binti Azmi
5. Ahli Troop 183 Nur Athirah binti Razali
6. Ahli Troop 183 Nurfarisya Husna binti Ismail
7. Ahli Troop 183 Nur Safiya binti Nazir

Skipper bergambar bersama para koordinator Pameran Pengakap Laut yang diketuai oleh Saudara Adham Aiman

Saudara Adham Aiman  bersama Bosun Wan Muammar Qaddafi

Skipper bersama Saudara Adham Aiman

Selain Pameran Pengakap Laut dan Pameran Pengakap, acara lain yang turut diadakan ialah komunikasi radio amatur serta sesi bermain projek perintis seperti ferris wheel, merry go round, viking ship, catapult dan lain-lain lagi. Projek perintis ini telah dibina oleh Ahli-ahli Krew Kelana 'A' Daerah Setiawangsa menerusi tunjuk ajar oleh beberapa orang Jurulatih Antarabangsa dari Hong Kong. 

Kompilasi gambar di tapak projek perintis

Video "merry go round"

Video "ferris wheel"

Video "viking ship"


Program ini secara keseluruhannya telah dihadiri oleh kira-kira 300 orang Ahli Pengakap Kanak-kanak dari seluruh Kuala Lumpur. Krew mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Encik Darren Wan Jie Kang, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Seputeh yang telah sudi menjemput kami untuk mengadakan pameran dalam program yang menarik ini.

Ahad, Januari 15, 2017

#HumanityStartsWithMe - Aquaria KLCC & Moana

Bergambar beramai-ramai di lobi Aquaria KLCC sebelum bergerak masuk

Projek #HumanityStartsWithMe anjuran KL Charlie Rovers telah diteruskan lagi pada 14 Januari 2017 yang lalu. Kali ini, Ahli-ahli Krew KL Charlie Rovers telah membawa anak-anak Rumah Titian Kaseh melawat Aquaria KLCC dan menonton filem animasi "Moana".

Anak-anak Rumah Titian Kaseh tiba di perkarangan KL Convention Centre

Program bermula sekitar jam 12.00 tengah hari di Rumah Titian Kaseh, Taman Tasik Titiwangsa. Seramai kira-kira 60 orang anak-anak yatim dari Rumah Titian Kaseh telah terlibat dalam program kali ini. Mereka dibawa menaiki bas dari Rumah Titian Kaseh ke Aquaria KLCC yang terletak di dalam bangunan Kuala Lumpur Convention Centre di Jalan Pinang. Sebelum memasuki Aquaria KLCC, mereka terlebih dahulu makan tengah hari di KLCC Park dan solat Zuhur di surau KL Convention Centre.

Makan tengah hari beramai-ramai di KLCC Park

Setelah itu, Ahli-ahli Krew telah membawa anak-anak Rumah Titian Kaseh ini masuk ke Aquaria KLCC sekitar jam 2.00 petang. Aquaria KLCC menempatkan lebih 250 jenis spesis akuatik yang ditempatkan dalam akuarium di kawasan seluas 5600 m². Selain itu, terdapat terowong di bawah air sepanjang kira-kira 90 meter di mana pengunjung boleh menyaksikan pelbagai jenis ikan dan hidupan akuatik termasuk penyu dengan lebih dekat lagi. Aquaria KLCC disusunatur mengikut perjalanan dari air tawar di kawasan paya hingga ke air masin di laut.

Para peserta memerhatikan hidupan laut yang dipamerkan di Aquaria KLCC

Ahli Krew Saudara Mior Ahmad Ramadhan bersama Adik Faris yang kurang upaya pendengaran dan percakapan

Di dalam terowong bawah air Aquaria KLCC

Lawatan di Aquaria KLCC selesai sekitar jam 4.00 petang. Anak-anak Rumah Titian Kaseh dibawa ke pusat membeli belah KL Pavillion menerusi jejambat pejalan kaki KLCC - Bukit Bintang. Mereka menunaikan solat Asar di surau KL Pavillion. Selepas itu, mereka memasuki pawagam Golden Screen Cinema sekitar jam 5.20 petang bagi menonton filem animasi Moana. Mereka dibekalkan dengan air minuman dan pop-corn.

Anak-anak Rumah Titian Kaseh sedang beratur untuk memasuki pawagam Golden Screen Cinema di KL Pavillion

Ahli-ahli Krew bergambar sebelum memasuki pawagam

Filem animasi Moana dipilih untuk program ini kerana menceritakan tentang tradisi kepelautan di rantau Pasifik. Watak utamanya ialah seorang gadis bernama Moana yang merupakan anak kepada seorang Ketua Puak di sebuah pulau Motunui di Polynesia. Moana adalah seorang yang berkeazaman tinggi dan tahan lasak. Walau bagaimanapun, kehidupannya terbatas di pulau tersebut sahaja. Bapanya tidak pernah membenarkan Moana untuk keluar dari kawasan perairan pulau tersebut dengan alasan pulau itu mempunyai sumber yang mencukupi untuk semua penduduknya.

Anak-anak Rumah Titian Kaseh sedang menonton filem animasi Moana

Satu alaf sebelum itu, seorang legenda separuh dewa bernama Maui telah mencuri azimat mistik yang merupakan hati Dewi Te Fiti. Semasa hendak melarikan diri, Maui telah diserang oleh puaka lava, Te Ka menyebabkan azimat mistik tersebut jatuh ke lautan bersama mata kail hikmat milik Maui. Ini menyebabkan Maui terkurung di sebuah pulau dan tidak dapat berubah bentuk menjadi pelbagai jenis haiwan seperti sebelumnya.

Satu adegan daripada filem animasi Moana

Seribu tahun selepas itu, ketika masih kecil, Moana telah dipilih sendiri oleh lautan untuk menerima azimat mistik tersebut dan menyatukan kembali dengan pemiliknya iaitu Dewi Te Fiti. Tidak lama selepas itu, tanaman di pulau tersebut tidak menjadi dan mengalami kerosakan teruk. Ini menyebabkan Moana berlayar ke lautan untuk mencari Maui yang dipercayai boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut. Setelah menemui Maui, mereka menempuh pelbagai cabaran dalam usaha untuk mengembalikan azimat tersebut kepada Dewi Te Fiti. Filem animasi ini tamat sekitar jam 7 petang.

Ahli-ahli Krew bergambar beramai-ramai setelah selesai tayangan filem animasi Moana

Setelah itu, Ahli-ahli Krew dan anak-anak Rumah Titian Kaseh bergerak menaiki bas untuk kembali ke Rumah Titian Kaseh. Mereka semua menikmati makan malam sebelum menamatkan program dengan majlis penyerahan cenderahati kepada pengurusan Rumah Titian Kaseh. Krew mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

Isnin, Julai 18, 2016

Larian Kemanan Pengakap 2016

  
Warga Krew yang menyertai Larian Keamanan Pengakap 2016 bergambar di pentas utama bersama 
YBhg. Tan Sri Ketua Pengakap Negara, YBhg. Dato' Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara dan 
YH. Dato' Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur

Buat julung-julung kalinya, Persekutuan Pengakap Malaysia telah menganjurkan Larian Keamanan Pengakap 2016 (Scouts Peace Run). Larian ini telah diadakan pada pagi Ahad, 17 Julai 2016 yang lalu dan disertai oleh kira-kira 1,700 orang peserta awam dari pelbagai latar belakang. Larian ini bermula di Padang Merbok, Kuala Lumpur sekitar jam 7.30 pagi melibatkan dua kategori iaitu larian 5 kilometer dan 10 kilometer.

Para peserta sedang bersedia untuk memulakan larian sekitar jam 7.30 pagi

Barisan kepimpinan Persekutuan Pengakap Malaysia yang hadir di Padang Merbok

Hadir merasmikan acara ini ialah Ketua Pengakap Negara, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Paduka Dr. Hj. Shafie bin Hj. Mohd Salleh. Antara kepimpinan tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia yang turut hadir ialah:-
  1. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, YBhg. Mej. Jen. Prof. Dato' Dr. Hj. Mohd Zin bin Bidin;
  2. Ketua Pegawai Eksekutif PPM, YM. Dato' Raja Ruslan bin Raja Samah; 
  3. Ketua Pegawai Operasi PPM, YBrs. Encik Mohd Zaki bin Nurud-din @ Nordin;
  4. PKPPN (Messenger of Peace), YBhg. Encik Amir Hamzah bin Aman
  5. PKPPN (Profil Kepengakapan), YBhg. Encik Ahmad Sabri bin Saad
  6. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur, YH. Dato' Dr. Elli bin Hj. Mohd Tahir
YH. Dato' Dr. Elli bin Haji Mohd Tahir, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur 
di hadapan gerai Pameran Pengakap Laut

Bersama 5th Mate Encik Mohd Hafizal bin Azizudin
 
Ahli-ahli Krew berehat di gerai Pameran Pengakap Laut selepas selesai larian


Seramai lapan orang Ahli Krew telah menyertai larian tersebut dan berjaya menyelesaikan larian dengan jayanya:
  1. Bosun Saudara Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin
  2. Ahli Krew Saudara Mior Ahmad Ramadhan bin Mior Shahridan
  3. Ahli Krew Saudari Zuhayra Raihan binti Zahisham
  4. Ahli Krew Saudara Luqman Haziq bin Ramli
  5. Ahli Krew Saudara Mohd Afizal bin Suhaimi
  6. Ahli Krew Saudara Aiman Haziq bin Mohd Fadzil
  7. Ahli Krew Saudara Harieshkumar A/L Thillai Nathan
  8. Saudari Fatin (dari Pengakap Laut Sarawak)

Ahli-ahli Troop 183 yang hadir membantu di gerai Pameran Pengakap Laut
 
Krew telah diamanahkan untuk mengadakan Pameran Pengakap Laut semasa larian ini. Hadir membantu di gerai Pameran Pengakap Laut ialah 
  1. Encik Evengel S. Logeswarren - PKPPNg. WP Kuala Lumpur (Kumpulan Terbuka)
  2. 5th Mate Encik Mohd Hafizal bin Azizudin
  3. Ketua Troop 183 Saudari Nurul Nadirah binti Roslan
  4. Ahli Troop 183 Saudari Norsyazleen Fadzilah binti Khalid
  5. Ahli Troop 183 Saudari Nur Athirah bin Razali

 Para peserta melakukan tarian zumba selepas selesainya larian tersebut

Pihak penganjur telah berkolaborasi dengan Nestle (M) Sdn. Bhd dan F&N. Air milo, bijirin dan air 100 Plus telah disediakan secara percuma untuk para peserta. Para peserta telah menerima t-shirt Larian Keamanan Pengakap 2016 lebih awal sebelum larian tersebut. Selepas tamatnya larian, para peserta menjalani aktiviti tarian zumba. Semua yang menamatkan larian menerima pingat dan sijil Larian Keamanan Pengakap 2016. Acara ini tamat sepenuhnya sekitar jam 11.00 pagi.

Skipper bergambar dengan rakan-rakan PPMWPKL sebelum bergerak pulang

Selasa, Julai 12, 2016

Ziarah Aidilfitri KCB


Ziarah Aidilfitri KCB atau "mini open house" telah diadakan di kediaman Skipper di KCB pada hari Ahad, 10 Julai 2016 yang lalu. Majlis ringkas ini diadakan khas untuk warga Krew dan rakan-rakan yang sedang berada di Lembah Klang dan bakal pulang ke tempat pengajian masing-masing selepas selesainya cuti Hari Raya. Menu utama untuk majlis ringkas ini ialah laksa Sarawak. Jutaan terima kasih kepada semua yang dapat meluangkan masa untuk hadir. 


Senarai yang hadir adalah seperti berikut:-
1. 1st Mate Mohd Norfardrol Marshar bin Mohd Sharip
2. Puan Mardhiyah bin Yaacob (isteri 1st Mate) dan anak mereka, Ariana
3. 6th Mate Ismail bin Ibrahim
4. Puan Durratun Nashihin bin Mokhtar (isteri 6th Mate) dan anak-anak mereka: Ammar, Safiyah dan Fateh
5. Technical Coordinator Mohd Hizam bin Che Abdul Rahim
6. Puan Norashikin (isteri Encik Hizam) dan anak mereka, Aleesya
7. Storekeeper Puan Rosbiah binti Mohd Shah
8. Bosun Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin
9. Ahli Krew Muhammad Fahimi bin Ahmad Roslan
10. Ahli Krew Amierul Firdaus bin Azwanizam
11. Ahli Krew Mohd Afizal bin Suhaimi
12. Ahli Krew Syed Mirza Faiz bin Syed Muzlin
13. Ahli Krew Lee Wei Rong
14. Ahli Krew Hariesh Kumar
15. Encik Nur Firdaus bin Norazman (Pasukan Kelana Laut 'C' Daerah Sepang)
16. Encik Sayyid Haziq (Pasukan Kelana Laut 'C' Daerah Sepang)
17. Encik Amirul Asyraf (Pasukan Kelana Laut 'C' Daerah Sepang)

Isnin, Mei 02, 2016

Perkhidmatan di Perkhemahan Bulan Sabit Merah Malaysia Peringkat Negeri WP Kuala Lumpur


Barisan Ahli-ahli Krew yang telah hadir berkhidmat membantu sesi pengajaran dan pengujian Lencana Kem Kraf BSMM

Skipper telah menerima jemputan daripada Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan untuk membantu mengendalikan sesi pengajaran Lencana Kem Kraf BSMM sempena Perkhemahan Lencana Kecekapan Belia Bulan Sabit Merah Malaysia Peringkat Negeri WP Kuala Lumpur. Perkhemahan ini telah diadakan bertempat di SMK Bandar Baru Sentul pada 29 April hingga 2 Mei 2016 dan dihadiri kira-kira 320 orang peserta yang merupakan ahli-ahli Bulan Sabit Merah Malaysia dari seluruh WP Kuala Lumpur.

Jurulatih Jemputan Krew, Tuan Chan Zi-Lie dan Ahli Krew Saudara Muhammad Adham Aiman menyediakan tali untuk sesi pengajaran dan pengujian simpulan

Krew telah diminta mengajar dan menguji lapan jenis simpulan yang terdapat di dalam sukatan pelajaran Lencana Kem Kraf BSMM iaitu:-
  1. Simpulan buku sila (reef knot)
  2. Simpulan bunga geti (sheet bend)
  3. Simpulan tindih kasih (bowline)
  4. Simpul pulih (sheep shank)
  5. Lilit tindih kejap (rolling hitch)
  6. Lilit balak (timber hitch)
  7. Simpul kerusi (fireman's chair knot)
  8. Simpul abah-abah (manharness knot)
Saudara Ashrul Nuqman selaku fasilitator Kumpulan 1

Saudara Ameer Iskandar selaku fasilitator Kumpulan 2

.
Saudari Siti Diana Kamila selaku fasilitator Kumpulan 3

Saudara Riky Danieal selaku fasilitator Kumpulan 4

 Saudara Amierul Firdaus selaku fasilitator Kumpulan 5

Saudara Mior Ahmad Ramadhan selaku fasilitator Kumpulan 6


Saudara Aiman Haziq selaku fasilitator Kumpulan 7

Saudara Zairin Adam selaku fasilitator Kumpulan 8
 
Skipper telah dibantu oleh lapan orang Ahli Krew seperti berikut:-
  1. Saudara Mior Ahmad Ramadhan bin Mior Shahridan 
  2. Saudari Siti Diana Kamila binti Nadim
  3. Saudara Ameer Iskandar bin Zainal Abidin
  4. Saudara Amierul Firdaus bin Azwanizam
  5. Saudara Zairin Adam bin Abdul Aziz
  6. Saudara Riky Danieal bin Misman
  7. Saudara Aiman Haziq bin Mohd Fadzil
  8. Saudara Ashrul Nuqman bin Abd. Aziz

Skipper menandatangani slip ujian peserta

Ahli Krew Saudara Muhammad Adham Aiman bin Nor Apandi juga telah hadir membantu persediaan peralatan pada sebelah pagi sebelum beredar atas urusan kerja. Jurulatih Jemputan Krew, Tuan Chan Zi-Lie juga turut hadir membantu sesi ini selain menguruskan pentauliahan ahli-ahli Bulan Sabit Merah Malaysia pada sebelah tengah hari.

Bergambar bersama para peserta setelah selesai sesi

Setiap Ahli Krew telah ditugaskan untuk mengajar dan menguji kira-kira 25 orang peserta. Masa yang diperuntukkan ialah selama 4 jam. Pihak penganjur telah menyediakan sarapan pagi, minum pagi dan makan tengah hari untuk semua warga Krew yang hadir berkhidmat. Turut disediakan ialah sijil penghargaan untuk setiap warga Krew yang berkhidmat dan dua unit hamper.

Bergambar selepas menerima sijil dan hamper daripada pihak penganjur

Krew amat berterima kasih kepada Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan yang sudi menjemput Krew untuk berkhidmat di perkhemahan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Ahli Krew Saudara Muhammad Adham Aiman yang menjadi mediator perantara antara pihak penganjur dengan Krew, sekaligus memastikan persediaan berjalan dengan lancar. Semoga kerjasama yang telah terjalin ini akan dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.

Konvensyen Pengakap Kelana Kebangsaan 2016

Para perwakilan Konvensyen Pengakap Kelana Kebangsaan bergambar beramai-ramai di anjungan 
Pusat Belia Antarabangsa, Cheras

Persekutuan Pengakap Malaysia telah menganjurkan Konvensyen Pengakap Kelana Kebangsaan 2016 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras pada 29 April hingga 1 Mei 2016 yang lalu. Konvensyen ini bertujuan mengumpulkan perwakilan Pengakap Kelana dari seluruh negara bagi memberi pendedahan tentang hala tuju Pengakap Kelana di samping info terkini daripada Majlis Belia Malaysia. Turut diadakan ialah Mesyuarat Agung dan Pemilihan Majlis Pengakap Kelana Negara bagi sesi 2016 - 2018.

Persekutuan Pengakap Malaysia WP Kuala Lumpur telah menghantar lima orang Pengakap Kelana sebagai perwakilan ke acara ini. Krew amat bertuah kerana Bosun Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin telah terpilih untuk mengisi salah satu daripada lima slot perwakilan tersebut. Perwakilan PPMWPKL adalah seperti berikut:-
  1. Saudara Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin - Krew Kelana 'C' (Laut) WP Kuala Lumpur
  2. Saudara Chin Yew Onn - Krew Kelana 'E' Daerah Batu
  3. Saudara Aliff Ajwad - Krew Kelana 'D' Daerah Wangsa Maju
  4. Saudara Samuel Tee - Kelana Daerah Seputeh
  5. Saudari Tam Ho Yan - Kelana Daerah Seputeh

Bosun sedang membentangkan usul

Bosun telah membawa dua usul ke dalam perbincangan dengan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara di konvensyen tersebut iaitu berkenaan pelaksanaan Skim Latihan Pengakap Kelana Laut dan penganjuran Rovermoot.

Ahad, Januari 10, 2016

Gotong-Royong Di Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda

Bergambar beramai-ramai setelah selesai menjalankan gotong-royong

Krew telah menyertai warga Pengakap WP Kuala Lumpur untuk bergotong-royong bersama masyarakat dan pelajar Kolej UNIKOP bagi membersihkan Masjid Saidina Hamzah di Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur. Delegasi PPM WP Kuala Lumpur telah diketuai oleh YBrs. Encik Latiff bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur. Krew telah diwakili oleh:-

1. Skipper Encik Mohd Hilmi bin Abu Bakar
2. Pengurus Aset Puan Rosbiah binti Mohd Shah
3. Bosun Saudara Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin
4. Purser Saudara Mohd Ridzwan bin Rosman
5. Ahli Kelana Saudara Afiq Hafizuddin bin Mizan
6. Ahli Kelana Saudara Aiman Haziq bin

Warga Krew yang hadir bergambar selepas selesai bergotong-royong

Bergambar bersama-sama para Calon Pengakap Raja Tahun 2015 yang hadir

Selain kami, turut hadir mewakili Pengakap WP Kuala Lumpur ialah para Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WP Kuala Lumpur, para Pesuruhjaya Pengakap Daerah dan calon-calon Pengakap Raja Tahun 2015. Pelbagai tugasan seperti mengelap cermin tingkap, membersihkan jeriji besi, mengemop lantai, menukar mentol lampu dan sebagainya telah diselesaikan sepanjang gotong-royong ini. 





Warga Krew sedang menjalankan tugas masing-masing

Krew mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda yang sudi memberikan peluang untuk menjalankan khidmat masyarakat ini. Semoga acara ini telah dapat memberi pengalaman yang amat berguna kepada warga Krew dan semua yang telah hadir membantu.