Isnin, Mei 02, 2016

Konvensyen Pengakap Kelana Kebangsaan 2016

Para perwakilan Konvensyen Pengakap Kelana Kebangsaan bergambar beramai-ramai di anjungan 
Pusat Belia Antarabangsa, Cheras

Persekutuan Pengakap Malaysia telah menganjurkan Konvensyen Pengakap Kelana Kebangsaan 2016 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras pada 29 April hingga 1 Mei 2016 yang lalu. Konvensyen ini bertujuan mengumpulkan perwakilan Pengakap Kelana dari seluruh negara bagi memberi pendedahan tentang hala tuju Pengakap Kelana di samping info terkini daripada Majlis Belia Malaysia. Turut diadakan ialah Mesyuarat Agung dan Pemilihan Majlis Pengakap Kelana Negara bagi sesi 2016 - 2018.

Persekutuan Pengakap Malaysia WP Kuala Lumpur telah menghantar lima orang Pengakap Kelana sebagai perwakilan ke acara ini. Krew amat bertuah kerana Bosun Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin telah terpilih untuk mengisi salah satu daripada lima slot perwakilan tersebut. Perwakilan PPMWPKL adalah seperti berikut:-
  1. Saudara Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin - Krew Kelana 'C' (Laut) WP Kuala Lumpur
  2. Saudara Chin Yew Onn - Krew Kelana 'E' Daerah Batu
  3. Saudara Aliff Ajwad - Krew Kelana 'D' Daerah Wangsa Maju
  4. Saudara Samuel Tee - Kelana Daerah Seputeh
  5. Saudari Tam Ho Yan - Kelana Daerah Seputeh

Bosun sedang membentangkan usul

Bosun telah membawa dua usul ke dalam perbincangan dengan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara di konvensyen tersebut iaitu berkenaan pelaksanaan Skim Latihan Pengakap Kelana Laut dan penganjuran Rovermoot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan