Isnin, Januari 30, 2017

Latihan Persediaan Calon Pengakap Raja Troop Pengakap Laut 183

 
 Sesi kerja carta nautika menggunakan carta Pelabuhan Barat

Latihan Persediaan Calon Pengakap Raja Troop Pengakap Laut 183 telah dijalankan di Kem Changkat Budaya, Jenderam Hilir, Dengkil pada 27 hingga 29 Januari 2017 yang lalu iaitu semasa cuti sambutan Tahun Baru Cina. Seramai empat orang Ahli Pengakap Remaja Laut dari Troop Pengakap Laut 183 SMK Bandar Baru Sentul telah mengambil bahagian dalam sesi latihan ini. Mereka ialah:-

1. Ketua Troop 183 Saudari Nurul Nadirah binti Roslan
2. Ahli Troop 183 Saudari Wan Faizatul
3. Ahli Troop 183 Saudari Nur Emysha
4. Ahli Troop 183 Saudari Nur Athirah

Latihan istiadat mengibarkan bendera

Antara latihan yang dijalankan ialah latihan membina gejet, pertolongan cemas, peta topografi dan kompas, kerja carta nautika dan istiadat mengibarkan bendera. Peserta turut diberikan penerangan tentang persediaan ke arah Pra Pentarafan Pengakap Raja dari segi ujian dan peralatan. Sesi latihan ini telah dibantu oleh dua orang Ahli Krew yang juga Pengakap Raja WP Kuala Lumpur iaitu Bosun Saudara Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin dan Ahli Krew Saudara Mior Ahmad Ramadhan bin Mior Shahridan. Mereka turut berkongsi pengalaman mereka semasa menjalani Pentarafan Pengakap Raja. Sesi latihan sedikit terjejas disebabkan hujan yang amat lebat pada petang Sabtu.

 Latihan membina gejet

Tiada ulasan:

Catat Ulasan