Krew telah mewakili Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan bagi memenuhi jemputan untuk mengadakan Pameran Pengakap Laut sempena Hari Kokurikulum SK Bandar Teknologi, Kajang pada hari Sabtu, 15 Ogos 2015 yang lalu bermula jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang. Ini merupakan jemputan kali ketiga oleh sekolah tersebut setelah menjemput kali pertama pada tahun 2013. Jemputan ini amat bermakna kerana membuka peluang kepada pihak Sekretariat untuk memberi pendedahan kepada para pelajar sekolah rendah tentang Pengakap Laut.
Coordinator-in-charge, 6th Mate Encik Ismail bin Ibrahim
Sedang menyediakan glob bintang
Bagi pameran ini, Krew telah diwakili oleh:-
1. 6th Mate Encik Ismail bin Ibrahim (Coordinator-in-charge)
2. 5th Mate Encik Mohd Hafizal bin Azizudin
3. Yeoman Saudara Muhammad Shazwan bin Mohd Shafizal
4. Ahli Krew Saudara Mior Ahmad Ramadhan bin Mior Shahridan
5. Ahli Krew Saudari Sofiah binti Madzlin
6. Ahli Krew Saudara Athira Suraya binti Azman
Ahli-ahli Krew sedang memberi penerangan kepada para pengunjung
Material-material yang dipamerkan adalah yang bersifat permainan "puzzle", buku kanak-kanak yang berkaitan dengan laut, bot kawalan jauh, teleskop mini, glob bintang, peralatan snorkel, peralatan renang dan lain-lain lagi. Sebagai tandar penghargaan, pihak sekolah telah memberikan cenderahati berupa plak rasmi sekolah dan sijil penghargaan. Pihak Sekretariat dan Krew mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbiran SK Bandar Teknologi, Kajang atas jemputan ini dan berharap kerjasama ini akan berterusan pada tahun-tahun yang akan datang.
Plak cenderahati rasmi dan sijil penghargaan yang diberikan oleh pihak sekolah






Tiada ulasan:
Catat Ulasan