Isnin, Ogos 17, 2015

Pameran Pengakap Laut di Fort Cornwallis

Skipper menerima cenderahati daripada YBhg. Dato' Haji Baharin bin Dato' Abdul Hamid,
Ketua Pengarah Laut Malaysia

Krew telah mewakili Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan untuk memenuhi jemputan Jabatan Laut Malaysia bagi mengadakan Pameran Pengakap Laut sempena Hari Terbuka Rumah Api Fort Cornwallis dan Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pengangkutan Malaysia 2015. Acara ini telah diadakan di perkarangan Rumah Api Fort Cornwallis, Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada hari Sabtu, 15 Jun 2015 yang lalu. Ini merupakan permulaan yang amat baik untuk kerjasama rasmi antara Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan dengan Jabatan Laut Malaysia.

Bergambar di atas Jambatan Pulau Pinang Kedua sewaktu dalam perjalanan ke Pulau Pinang

Rumah Api Fort Cornwallis

Hadir merasmikan acara ini ialah YBhg. Dato' Haji Baharin bin Dato' Abdul Hamid, Ketua Pengarah Laut Malaysia yang juga Pengerusi Lembaga Dius Api. Beliau juga telah berkesempatan mengunjungi gerai Pameran Pengakap Laut dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan di atas kesudian memenuhi jemputan Jabatan Laut Malaysia untuk mengadakan pameran tersebut.

Skipper Mohd Fikri sedang membuat persediaan di gerai pameran

Ucapan perasmian oleh YBhg. Dato' Ketua Pengarah Laut Malaysia

YBhg. Dato' Ketua Pengarah Laut Malaysia merasmikan pembukaan 
Balai Pameran Alat Bantuan Pelayaran Fort Cornwallis

YBhg. Dato' Ketua Pengarah Laut Malaysia berhubung dengan stesen radio amatur 
di rumah api yang lain menggunakan callsign 9M4LFC

Krew telah diwakili oleh lima orang seperti berikut:-
1. Encik Mohd Hilmi bin Abu Bakar (Skipper KL Charlie Rovers / ASC Pengakap Laut KL)
2. Encik Mohd Fikri bin Rusni (Scuba Diving Coordinator KL Charlie Rovers / ASC Pengakap Laut Johor)
3. Saudara Wan Muammar Qaddafi bin Hasanudin (Bosun KL Charlie Rovers)
4. Saudara Afiq Hafizuddin bin Mizan (Ahli Krew KL Charlie Rovers)
4. Saudara Ameer Iskandar bin Zainal Abidin (Ahli Krew KL Charlie Rovers)

YBhg. Dato, Haji Baharin bin Dato' Abdul Hamid, Ketua Pengarah Laut Malaysia dan
YBrs. Tuan Chua Kok Ching, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia 
merasmikan kawasan pameran dengan gimik pembukaan rakit kecemasan (life raft)


Menerima kunjungan YBhg. Dato, Haji Baharin bin Dato' Abdul Hamid, Ketua Pengarah Laut Malaysia; 
YBrs. Tuan Chua Kok Ching, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia 
dan dif-dif kehormat di gerai Pameran Pengakap Laut

Menerima kunjungan Kapten Sukhbir Singh, 
Ketua Penolong Pengarah Unit Kompetensi dan Peperiksaan Pelaut, Jabatan Laut Malaysia

Sebelum bergerak pulang, suatu perjumpaan telah diadakan di Beach Street bersama Encik Lim Wee Seong, alumni Pengakap Laut Penang Free School. Beliau berhasrat untuk membangunkan semula Pengakap Laut di Penang Free School dan berharap pihak Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan akan dapat membantu memberikan garis panduan untuk menjayakan usaha tersebut.


Berbincang sambil menjamu selera bersama Encik Lim Wee Seong di Old Town White Coffee, 
Lebuh Pantai sebelum bergerak pulang ke Kuala Lumpur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan