Pengakap Laut WP Kuala Lumpur sekali lagi telah menganjurkan Kursus Kayak Star Award 1, kali ini Edisi 1/2013 untuk warga Pengakap yang berminat. Mulai tahun ini, penyertaan ini turut dibuka kepada peserta yang berusia 15 tahun dan ke atas bagi menyediakan ahli-ahli Pengakap Laut untuk menyertai ekspedisi kayak apabila menjadi ahli Pengakap Remaja Laut nanti. Ekspedisi berkayak ini adalah prasyarat Lencana Ekspedisi iaitu salah satu daripada lima Lencana Tertinggi Pengakap Remaja sebelum melangkah ke Pentarafan Pengakap Raja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan